26/04/2026
"Sayang Mak Ayah, Jom Ajar Depa Rekod Sat" 🌸
"Mak... Ayah... saya nak tanya sikit, hari ni dah picit mesin tekanan darah tu ka?
Bukan apa mak, darah tinggi ni dia tak habaq mai kalau dia nak mai singgah. Kadang kita rasa pening sikit, kita ingat sebab cuaca panaih, rupanya darah kita tengah 'mendidih'.
Sebab tu la kita nak pesan sangat-sangat... jangan setakat ambik bacaan saja, tapi tolonglah catat sat.
Kenapa kena catat dan buat purata?
Biar Doktor Senang Hati: Bila mak ayah pi klinik, doktor tak payah teka-teka dah. Tengok nota mak ayah, doktor dah tau dah ubat mana hat paling serasi.
Nampak Corak Darah Kita: Kadang waktu pagi dia okay, waktu petang dia naik sikit. Bila kita buat purata seminggu, barulah kita tau keadaan jantung kita hat sebenar.
Tanda Kita Sayang Diri: Nak tengok cucu membesaq depan mata, nak pi kenduri-kendara dengan kawan-kawan... jadi kena la jaga 'enjin' badan kita ni elok-elok.
Hampa hat anak-anak tu pun, kalau balik kampung, tolong la belikan meesin tekanan darah dan buku nota kecik sorang satu kat mak ayah.
Tolong ajag depa macam mana nak kira purata bacaan tu.
Benda ni nampak kecik, tapi ni la 'hadiah' paling berharga hat kita boleh bagi kat mak ayah—iaitu kesihatan depa. Insya-Allah, moga mak ayah kita semua sentiasa dalam lindungan Allah, sihat walafiat selalu. Amin..." ✨