23/10/2022
بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله
Bismillahi masya Allah
Artinya: "Dengan menyebut nama Allah yang segala sesuatu terjadi atas kehendak dan kuasa-Nya."
-Kisah Mistik Alam Melayu (kisah 6 )-
(Pengamal Ilmu Kuat *****)
Kisah terjadi dalam lingkungan 2tahun yg lepas, mcm biasa setiap malam selepas mgrib kami akan berkumpul bersama jemaah di pusat rawatan, sambil menunggu pesakit Yang hadir, ada Yang datang telah membuat temujanji, ada p**a yg datang secara (walk-in) semuanya kami terima asal kan sanggup menunggu giliran masing²...
Rawatan kami mulai seusai solat magrib dalam lingkungan jam 8 malam, selalu jam 8.30 malam sudah mulai ramai pesakit Yang menunggu.
Mcm biasa kami teruskan rawatan ,setelah hampir 2 jam kami merawat pesakit Yang datang secara bergilir gilir mengikut giliran, terpadang disudut jendela.. Sosok seorang lelaki berpakaiaan kemas, memakai topi dengan seorang rakan nya Yang berbadan gempal..
Dari zahir tidak nampak sebagai pesakit..Dari sudut pandangan "kasar" nampak sihat dan ceria sahaja,
Tak apelah, mgkin jemaah luar mahupun sahabat² luar datang untuk ziarah kot ."bisik kami..
Selalu nya, bila Hari Yang tiada rawatan ,sahabat² luar atau jemaah² lain akan datang Ke teratak kami untuk berbual, berkongsi ilmu dan pandangan masing²... Kami menerima sesiapa sahaja Yang hadir untuk bersilaturahim..
Setelah selesai rawatan pesakit Yang lain, tiba lah giliran lelaki tersebut..
Assalamualaikum"
Waalaikumusalam.. Jemput masuk bang "jawab kami..
Apa hajat bang?
Dia kenal kan diri nya, nama nya ****** ,tinggal disekitar sini juga...
Maaf bang sy tak cll dulu sebelum Mai,
Tak apa... Kami terima sahaja siapa Yang dtg, cuma kalau ramai Kenapa sabar lah menunggu.. .
Apa hajat abg ye? Tanya kami sekali lagi,
Wajah nya tampak resah, mimik wajah nya telah menunjukan Yang dia punyai masalah... Kini wajahnya Yang ketika tadi nampak tenang berubah seperti ketakutan umpama melihat harimau di depan Mata... Pucat lesi dan berpeluh membasahi wajah.
Dia masih tidak menceritakan apa Yang berlaku,
Zippppppp, dia membuka beg silang yg dipakainya, dan mengambil sebotol minyak kecik didalam nya lalu menyerah kan pada kami...
Kami mengambil minyak tersebut, dan mengenggam sambil membaca beberapa ayat suci Al Quran, energi / signal negatif sudah mula di rasai, dan kami tahu apa kegunaan minyak INI, cuma untuk menyakin kan lagi kami meminta empunya tubuh bercerita..
Begini bang, saya malu nk cerita... Tapi sy Kena juga cerita.. Sy dah tak tahan sangat dgn semua ni..
Saya baru sahaja berkawin, lebih kurang 8bulan... 2 bulan awal perkahwinan kami melalui nya dengan bahagia tanpa sebarang masalah sehingga lah saya tersilap langkah membuat keputusan kononya untuk nampak "hebat" dimata isteri..
6bulan Yang lalu, sy mengambil minyak ini Dari seseorang, (dirahsiakan),disebabkan saya mengalami lemah syahwat (tenaga batin)... Minyak ni sy pakai hampir 6 bulan, dan ada mantera yg saya sulami ketika memakai minyak INI seperti mana Yang telah tuan nya beri..
Namun, selepas pada tu, saya mula tertekan... Nafsu serakah tidak mengira waktu, syahwat bergelora, sehingga kan isteri saya tidak tahan lagi dgn kehendak nafsu saya Yang serakah...isteri sy mula rasa tertekan Dan takut kerana sering Kali dia melihat kelibat sy dirumah,sedangkan wktu tersebut saya bekrja .sehingga dia berangapan saya membela "hantu raya".dan paling membuatnya tertekan tiap Kali nafsu Itu datang hampir 5-6 Kali dia perlu melayan nafsu jahat ni, dan lepas pada Itu dia ambil keputusan untuk keluar Dari rumah dan p**ang tinggal bersama adik nya dek kerana berasa kecewa dan tertekan dgn perbuatan sy... Sampai lah satu malam tu, sy bermimpi didatangi sosok lembaga berbulu lebat, hitam dgn Mata merah menyala datang menyuruh sy membuat "sajian" untuk nya... Lembaga tersebut menyuruh sy menyiapkan seekor ayam hitam(ayam cemani) Yang disembelih Dari arah belakang tengkuk dan darah nya dijamu pada lembaga tersebut setiap malam jumaat.. Setelah saya sedar Dari mimpi tu, sy anggap ITU hanya mainan tido, namun Dari situ lah sy mula diganggu kerana tidak memenuhi kehendak lembaga tersebut..
Saya malu untuk keluar rumah, kerana bila mana sy bertemu dgn orang² diluar,tidak Kira lelaki atau perempuan Yang sy temui, secara tiba² kema*uan sy akan mengeras sehingga sakit Yang amat sangat, bila malam tido sering Kali saya mimpi bersetubuh sehingga kan keesokan Hari bila bangun tubuh saya lemah..
Kadangkala, org sekeliling saya tidak mahu berkawan dgn sy, ada Yang ckp bau saya busuk, wajah saya hitam, Yang paling mengaibkan bila kemalu*an sy sering Kali mengeras bila berhadapan dengan siapa sahaja... Perkara ITU buat saya malu,dan takut.. Sehingga kan terpksa sy berhenti bekerja kerana tidak tahan dgn p**auan dan kejian rakan sekerja.. Dan saya sekarang benar² menyesal dan ingin kembali bersama isteri saya, saya amat merinduinya (menangis teresak esak)
Baik lah, kami ikthiar Bantu.. Tapi abg kena janji dan benar² tekad dalam hati untuk berubah dan melepaskan semua amalan² khurafat sy abg pernah lakukan ni.... Bertaubat sungguh² dan mohon ALLAH ampun kan dosa² abg, dan janji dgn ALLAH tidak akan mengulangi lagi... Kami membiarkan dia berseorang didalam bilik hampir 20minit untuk menyelesaikan hutang dosa antara Hamba Dan RABB NYA..(solat taubat)
Setelah Itu kami masuk semula, dan melihat wajah nya penuh keinsafan dan penyesalan, air Mata mengalir dipipi masih lagi tidak kering..
Baik lah abg.. Mari kita mulakan..
Duduk atas sejadah ni, syahadah 3Kali dan selawat tiga Kali, pejam Mata rapat²..ikhlas hati lepaskan semua nya..
Bismilllah.... Rawatan dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al Quran... Secara tiba² kemalu*n nya menengak mengeras Yang amat sangat sehingga dia menjerit kesakitan, kami bisik padanya "lawan abg kita nk tarik benda ni, nk putuskan amalan yg dah sebati dgn abg".. Dia hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata pon kerana kesakitan Yang amat sangat..
Tiba² seluruh tububnya mengeluarkan peluh Yang amat busuk, seakan akan bangkai bau nya.. Peluh Yang keluar itu berwarna sedikit hitam ,lalu dgn beberapa ayat dibacakan ... Dan akhir sekali ayat Dari Surah Al isra' ayat 81 kami bacakan.
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ﴿٨١﴾
: Waqul jaa alhaqqu wazahaqa albatilu inna albatila kana zahooqan.
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Maka direntaplah segala ilmu dan pengisiaan khadam Td Dari jasad nya....lalu dipasak dan dikunci..
Lalu pesakit tersebut muntah berulang Kali, sehingga lah ia sedar kembali dalam keadaan yg agak lemah..
Selesai lah amanah pada Itu... Lalu mcm biasa pesakit dibekalkan dengan air penawar dan mandiaan limau sebagai asbab untuk memulihkan jasad & rohani nya..
Peringatan bersama : Jangan Tertipu dengan kenikmatan dunia, sehingga kan kita tidak menghiraukan antara Yang Hak Dan Batil sehingga kan sanggup bersahabat dgn jin hanya semata² untuk mendapatkan Kenikmatan Syahwat Yang hanya bersifat sementara dan akhir nya memakan diri..
Islam Agama Yang Sempurna ,segala permasalahan telah pon diajar Cara penyelesaian nya berpandukan Al Quran & Sunnah,maka pilih lah jalan Yang diredhai NYA... Untuk Masalah "Senjata Kelakian" ada Cara dan penawar Yang harus dan Dibenarkan disisi Islam.. Maka cari lah penawar tersebut dgn mengunakan kaedah Yang tidak bertentangan dgn hukum hakam agama dan bukan lah dengn Cara bersahabat dgn jin..
***sumber asal cerita dari guru, diceritakan kembali oleh (admin) untuk sumber bacaan sahabat muka buku 🙂
Moga memberi manfaat buat kita semua..
Wa Allah hu'Alam 💚☝️