
27/09/2024
KENCING KOTOR (URINARY TRACT INFECTION -UTI)
Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit jangkitan saluran kencing (UTI) atau pernah mengalami simptom kencing kotor?
Jangkitan saluran kencing ataupun urinary tract infection (UTI) merupakan sejenis jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam sistem urinari. Ini termasuklah pada bahagian buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra.
UTI boleh dirawat menggunakan antibiotik. Namun, rawatan tidak selalunya diperlukan kerana UTI kadangkala sembuh dengan sendirinya. Oleh sebab itu, ramai yang bertindak mengabaikan UTI disebabkan mereka tahu ia boleh sembuh sendiri.
UTI selalunya akan menyebabkan pesakit rasa tidak selesa. Jangkitan yang berlaku berulang kali perlulah diperiksa oleh doktor supaya punca di sebalik jangkitan tersebut dapat dikenal pasti.
Simptom kencing kotor atau jangkitan saluran kencing:
- Rasa pedih atau sakit semasa kencing
- Air kencing berbau
- warna air kencing keruh atau berdarah
- kerap rasa ingin terkencing walaupun jumlah air yang keluar hanya sedikit.
- Sakit di bahagian belakang badan
- Demam
- Loya atau muntah
Untuk maklumat lanjut:
📞05 805 2805
📲012 291 0048