Bekam Masterpiece Maliki Taiping4U

Bekam Masterpiece Maliki Taiping4U Jom bekam . . Buat temujanji sekarang

KAWALAN KESELAMATAN DAN LALULINTAS SEMPENA KEBERANGKATAN PERGI YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN & YTM CHE PUAN MAHKOTA KELANT...
16/03/2023

KAWALAN KESELAMATAN DAN LALULINTAS SEMPENA KEBERANGKATAN PERGI YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN & YTM CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN KE KUALA LUMPUR

IPD Kota Bharu, 16 Mac 2023 - Polis Daerah Kota Bharu telah mengadakan kawalan keselamatan & lalulintas diluar dan dalam Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sempena Keberangkatan pergi YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan bersama rombongan ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu dengan kekuatan seramai 1 Pegawai Kanan Polis dan 17 Pegawai Rendah Polis.

Hadir sama YDH DSP. Iskandar Bin Mohamed ( KBPJKK IPD Kota Bharu ), Insp. Harjit Singh Chehl A/L Ranjit Singh, BSJD IPD Kota Bharu, selaku Pegawai Medan,dan Penolong pegawai medan SM Zakaria bin Ali, Ketua Polis Balai LTSIP.

Sepanjang penugasan tiada kejadian tidak diingini berlaku penugasan selesai dengan baik dan lancar.





#16032023

Alhamdulillah.. Lepas pkp kita on balik.. Slow slow..
09/07/2022

Alhamdulillah.. Lepas pkp kita on balik.. Slow slow..

07/12/2019

Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris p**a ianya disebut sebagai Cupping.
Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.
Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.
KEUTAMAAN BERBEKAM.
Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :
“Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” ( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas).
Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :
Dalam riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!’”
(Sohihul Jami’ : 5671)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam!” (Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).
Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat p**a menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan.
HADIS-HADIS BERKAITAN BEKAM
Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.
Silalah memperhalusi hadis-hadis berikut bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :
1. Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam , dan ‘kay’ dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’ ” (Sahih al Bukhari, At Thibb, Juz 1, halaman 5680)
2. Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a ia berkata : Saya pernah mendengar nabi bersabda :
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada
sayatan alat bekam , minuman madu, atau sundutan dengan api (kay) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak sukat berubat dengan ‘kay’” (Sahih al Bukhari)
MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)
KEBAIKAN BERBEKAM
* Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
* Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
* Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur..

Jom bekam..
30/04/2019

Jom bekam..

03/07/2018

Pada sunnah ada keberkatan, pada bekam ada kesembuhan... In sya Allah

30/01/2018

Assalamualaikum semua... Pada sunnah ada keberkatan.. Pada bekam ada kesembuhan.. Salam tahun baru 2018 untuk semua...

16/09/2017

Assalamualaikum...kepada yang berhajat untuk berbekam boleh buat temujanji.. 0194786753 @0175260368..

Sakit tak berbekam?Hati tersentuh apatah lagi sakit, ini kan p**a fizikal ditoreh pisau, cabut sehelai bulu roma pun ter...
11/03/2017

Sakit tak berbekam?

Hati tersentuh apatah lagi sakit, ini kan p**a fizikal ditoreh pisau, cabut sehelai bulu roma pun terasa, apatah lagi dicucuk jarum.

Sakit berbekam tidaklah membawa kepada trauma. Percayalah! Sakit ketika berbekam amatlah sedikit sekiranya nak dibandingkan dengan sakitnya ketika di hari tua nanti. Jika tiada manfaatnya , ingatlah! Nabi Muhammad SAW juga berbekam!

*****************************************************************************

Apakah kelebihan berbekam ?

1. Menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW
Mendapat pahala & kebaikan melakukannya.

2. Mengeluarkan darah kotor, darah beku, darah berpenyakit
Darah kotor mesti dikeluarkan agar tidak menjadi makanan jin & syaitan.
Tidak memberi peluang kepada makhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka

3. Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit kencing manis (diabetis).

4. Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit gout

5. Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah
Untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan & masalah jerawat

6. Mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk membuang kolestrol.

7. Meringankan otot-otot yang tegang
Untuk menyembuhkan sakit-sakit badan/ketegangan otot/lenguh-lenguh sendi

8. Merawat & menyembuhkan masalah stress
Melegakan (tekanan)/anxiety (kegelisahan) yang berpanjangan.

9. Mengeluarkan angin kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan
Menyembuhkan masalah angin di dalam badan

10. Melancarkan peredaran darah di dalam sistem badan
Melancarkan tenaga dalaman badan agar seimbang

11. Sebagai awet muda
Apabila darah kotor di dalam badan berkurangan, darah segar (darah baru ) mengalir lancar dlm badan, menghantar oksigen ke sel- sel badan dengan lebih efisien

12. Menyembuhkan sakit kepala / pening kepala / migrain
Merawat masalah mata rabun. Menyegarkan badan, menyihatkan badan & mencergaskan minda

13. Merawat & menyembuhkan
penyakit hati, batu karang, batu hempedu, sakit kerongkong (pharyngitis), strok (angin ahmar), asma (lelah), sakit jantung (angina pectoralis/pectoris), vertigo (keadaan di mana terjadi rasa pening2 kepala yang amat sgt. Berasa mual2 & muntah, terhuyung-hayang ketika berjalan /berdiri), dll.

*****************************************************************************

Dapatkan perkhidmatan bekam sunnah terus ke rumah anda

Whatsapp +60175260368 untuk booking slot!!!
Whatsapp +60175260368 untuk booking slot!!!
Whatsapp +60175260368 untuk booking slot!!!

Servis Bekam Sunnah 11 cup + 4 cup percuma
RM60 sahaja! RM60 sahaja! RM60 sahaja!

Assalamualaikum, banyak sebenarnya kelebihan berbekam ni. Tak rugi pun buat. Hubungi nombor yang tertera untuk maklumat ...
02/03/2016

Assalamualaikum, banyak sebenarnya kelebihan berbekam ni. Tak rugi pun buat. Hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.

21/12/2015

Anda Perlu Faham Dulu Konsep Bekam Berfungsi Untuk Tubuh Anda. Ramai Yang Berpendapat Bekam Ni Hanya Nak Keluarkan Darah Kotor Sahaja. Tapi Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Darah Kotor Tu? Ada Sampah Ke Dalam Darah Anda? Ada Sawang Ke Dalam Darah Anda?

--------------------------------------------------------
Ramai Orang Ingat Bekam Ni Macam Ni:
--------------------------------------------------------
➨ Berbekam Bila Dah Kena Sesuatu Penyakit

➨ Berbekam Hanya Untuk Orang Lelaki Dan Orang Perempuan Tak Perlu

➨ Berbekam Boleh Datangkan Ketagihan Nak Berbekam Lagi

----------------------------------------------------------------------
OK, Mari Kita Lihat Konsep Klinikal Yang Mudah Ini
----------------------------------------------------------------------
★★★ Bagi Lelaki Dewasa Jumlah Sel Darah Merah Ialah Antara
4,500,000,000,000 hingga 6,500,000,000,000 Sel.

★★★ Mudahnya : 4.5 TRILLION Hingga 6.5 TRILLION Sel Darah Merah Untuk Setiap Lelaki Dewasa.

★★★Bagi Wanita Dewasa Jumlah Sel Darah Merah Ialah Antara
3,800,000,000,000 hingga 5,800,000,000,000 Sel.

★★★ Mudahnya : 3.8 TRILLION hingga 5.8 TRILLION Sel Darah Merah Untuk Setiap Wanita Dewasa.

★★★ Umur Setiap Sel Darah Merah Dalam 120 Hari, Pada Hari Yang Ke-120, Sel Darah Merah Ini Akan MATI.

★★★ Setiap Saat, Terdapat 2,000,000 (2 JUTA ) Sel Darah Merah Yang Mati.

---------------------------
PERSOALANNYA
---------------------------
➨ Kemanakah Sel Darah Mati Itu Pergi?
➨ Apa Effect Sel Darah Mati Kepada Tubuh Anda?
➨ Bagaimana Nak Keluarkan Sel Darah Mati Itu Keluar Dari Tubuh?

-----------------------
JAWAPANNYA
-----------------------
★★★ Tidak Pergi Ke Mana-Mana. Sel Darah Mati Itu Masih Berada Dalam
Saluran Darah Anda Dan INILAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI "DARAH KOTOR" TU.

★★★ Sebilangan Sel Darah Mati Ini Akan Dihapuskan Oleh Sel Darah Putih Dan Juga DiNyahkan Di Organ Limpa Dan Sebahagiannya Masih Bebas Dalam Saluran Darah. Jadi Yang Masih Bebas Ni Akan Menyebabkan DARAH MENJADI LEBIH LIKAT DAN PEKAT.

★★★ Kepekatan Darah Terus Bertambah Menjadi Pekat Dan Likat Seiring Dengan Peningkatan Usia MAKA TERCETUSLAH MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI --> SAKIT KEPALA --> STROKE --> SERANGAN JANTUNG.

★★★ Apabila Darah Pekat, Perjalanan Darah Yang Membawa Oksigen Ke Otak Menjadi Kurang Sebab Perjalanan Darah Perlahan, Bila Kepala Tidak Dapat Oksigen Yang Cukup Akan Sebabkan Sakit Kepala. Jadi JANTUNG AKAN BEKERJA LEBIH KUAT TANPA HENTI UNTUK PASTIKAN KEPALA DAPAT CUKUP OKSIGEN. Lama-Kelamaan Jantung Akan Kepenatan Untuk Terus Mengepam Darah.

★★★ CARA YANG TERBAIK UNTUK KELUARKAN SEL DARAH MATI ADALAH DENGAN BERBEKAM.

Bekam sunnah merupakan sains perubatan islam tertua di dunia..seeloknya bekam diharuskan dua kali sebulan untuk 3 bulan pertama dan seterusnya sebulan sekali untuk proses penyembuhan & mengekalkan kesihatan yang optimum
Untuk yang berhajat untuk berbekam boleh call, wassap atau SMS ke 0194786753...

07/10/2015

Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?
i) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.
ii) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.
iii) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.
Apa lagi cara perubatan yang cukup menjimatkan.. Buat temujanji anda sekarang

30/09/2015

Assalamualaikum.. Dalam sunnah ada keberkatan, Dalam bekam ada kesembuhan.. Bekam terus ke rumah temujanji di no 0194786753 call, sms atau wassap..

Address

Taiping
32100

Telephone

+60194786753

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Masterpiece Maliki Taiping4U posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram