02/07/2022
๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ค๐ฅ๐๐ญ ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐ข๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ค๐ญ๐๐ซ๐ข๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐จ๐ง๐๐ฅ๐ฅ๐
BRUSSELS: Pengeluaran produk oleh kilang coklat terbesar dunia di Belgium terpaksa dihentikan akibat penularan bakteria Salmonella.
Firma itu memaklumkan kilang gergasi Switzerland, Barry Callebaut di bandar Wieze, Belgium terpaksa menghentikan eksport produk serta-merta selepas penemuan bakteria berbahaya berkenaan.
Kilang itu juga mengeluarkan coklat cecair secara borong bagi 73 pelanggan seperti Hershey, Mondelez, Nestle dan Unilever.
Sehingga kini, tiada laporan diterima mengenai mana-mana pengguna coklat dijangkiti Salmonella yang menyebabkan salmonellosis iaitu penyakit yang menyebabkan cirit-birit dan demam.
Pihak kilang mengenal pasti lesitin iaitu pengemulsi yang biasa digunakan sebagai sumber pencemaran dalam pembuatan coklat.
Jurucakap, Korneel Warlop berkata, semua produk yang dikeluarkan sejak ujian dilakukan disekat serta-merta.
โBarry Callebaut sedang menghubungi semua pelanggan yang mungkin menerima produk tercemar.
โPengeluaran coklat di Wieze digantung sehingga diberitahu kelak,โ katanya.
Kebanyakan produk yang didapati tercemar masih berada di kilang itu dan pihak syarikat tidak akan menjual produk secara terus kepada pengguna.
Ini menunjukkan produk yang sudah tercemar belum dijual di pasaran lagi.
Bagaimanapun, pihak syarikat tetap menghubungi semua pelanggan dan meminta mereka tidak menghantar sebarang produk yang dibuat dengan coklat sejak 25 Jun lalu.
โKeselamatan makanan adalah sangat penting bagi Barry Callebaut dan pencemaran ini agak luar biasa.
โKami mempunyai piagam dan prosedur keselamatan makanan yang jelas,โ katanya.
Susulan itu, Agensi Keselamatan Makanan Belgium, AFSCA membuka siasatan mengenai kes tersebut.-AFP
Source: https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/07/kilang-coklat-terbesar-dunia-dicemari-bakteria-salmonella/?fbclid=IwAR0QA53ioRtBS8ot1gwhitii2JsQ03wcQRihcXx9f1ALhBdWGNdW9zJc1y0