05/05/2026
𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐖𝐞𝐞 𝐊𝐚 𝐒𝐢𝐨𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬, 𝐜𝐮𝐛𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐥𝐚𝐢𝐦 𝐜𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐢𝐣𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧.
Beberapa hari lepas, Pengerusi MCA Wee Ka Siong telah mendakwa Kerajaan MADANI gagal memenuhi janji untuk menawarkan tempat kepada Pelajar Cemerlang 10A SPM ke Matrikulasi.
Beliau mendakwa, beliau telah menerima sekurang-kurangnya 11 kes yang mana Pelajar Cemerlang 10A SPM tidak ditawarkan.
Kenyataan beliau adalah berunsur fitnah dan tidak berasas sama sekali. Saya telah mencabar beliau untuk memberikan nama pelajar-pelajar kepada KPM supaya kami boleh sediakan jawapan.
Pada 4 Mei 2026, beliau telah kata kesemua 11 Pelajar Cemerlang ini telah berjaya mendapat tempat di Matrikulasi hasil daripada RAYUAN MCA.
Hakikatnya adalah, kesemua Pelajar Cemerlang tersebut telah awal ditawarkan tempat ke Matrikulasi oleh KPM seperti yang dijanjikan, seorang seawal 27 April 2026 dan 10 orang lagi pada 29 April 2026.
Biar saya ringkaskan perkara ini mengikut garis masa kejadian.
𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
KPM telah mengumumkan pengambilan secara automatik Pelajar Cemerlang 10A SPM yang memohon masuk ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.
𝟐𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
KPM telah mengumumkan keputusan pengambilan melalui Portal Matrikulasi.
Namun, terdapat Pelajar Cemerlang yang mendapat keputusan 10A selepas semakan semula belum mendapat tawaran. Perkara ini disebabkan data bagi Pelajar Cemerlang 10A (semakan semula) belum muktamad lagi.
Tarikh akhir permohonan semakan semula keputusan SPM adalah pada 29 April 2026.
𝟐𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya telah menyatakan bahawa seramai 286 Pelajar Cemerlang 10A (semakan semula) yang telah mendapat keputusan setakat 28 April 2026 akan diberikan notifikasi tawaran kemasukan Program Matrikulasi pada keesokan hari.
𝟐𝟗 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
Seramai 286 Pelajar Cemerlang 10A (semakan semula) telah menerima notifikasi melalui SMS berkenaan dengan kejayaan kemasukan ke Program Matrikulasi. Pelajar-pelajar tersebut boleh menyemak dan menerima tawaran melalui Portal Matrikulasi pada 6 Mei 2026.
𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
WKS mendakwa Kerajaan MADANI gagal memenuhi janji untuk menawarkan tempat kepada Pelajar Cemerlang 10A SPM ke Matrikulasi.
Menurut dakwaan beliau, beliau telah menerima sekurang-kurangnya 11 kes yang mana Pelajar Cemerlang 10A SPM tidak ditawarkan.
𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya telah mengeluarkan kenyataan untuk menyatakan Kerajaan MADANI kekal dan tetap menunaikan janji dalam perkara ini.
Saya nyatakan kepada WKS supaya menyerahkan nama 11 orang Pelajar Cemerlang yang didakwa tidak ditawarkan, untuk membolehkan KPM memberikan jawapan dengan segera.
Pada hari yang sama, Bahagian Matrikulasi KPM juga telah meninggalkan komen di FB WKS dan meminta senarai nama tersebut.
𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tiada senarai nama diberikan selepas hampir 48 jam berlalu, Bahagian Matrikulasi KPM telah mengambil inisiatif untuk menghubungi WKS. Akhirnya, senarai nama 11 Pelajar Cemerlang telah diberikan.
Semakan KPM mendapati bahawa:
(𝐀) 𝐒𝐚𝐭𝐮 (𝟏) 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝟐𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔;
(𝐁) 𝐒𝐞𝐩𝐮𝐥𝐮𝐡 (𝟏𝟎) 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐨𝐭𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐭𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟗 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐣𝐚𝐦 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝟏𝟏.𝟎𝟏 𝐩𝐚𝐠𝐢.
Dengan kata lain, sebenarnya kesemua Pelajar Cemerlang tersebut TELAH mendapat tawaran pada semua masa material.
Kenyataan WKS adalah bertarikh 1 Mei dan beliau sudah tentu tahu tawaran telah diberikan lebih awal daripada itu!
Kenapa beliau masih melontarkan dakwaan terhadap Kerajaan MADANI?
Tidak timbul isu tawaran tidak diberikan, tidak ada isu Kerajaan MADANI tidak menunaikan janji.
𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Lebih menjijikkan, WKS mengeluarkan kenyataan "mengumumkan" kesemua 11 Pelajar Cemerlang tersebut telah mendapat tempat di Matrikulasi "selepas rayuan dibuat oleh MCA".
𝐖𝐞𝐞 𝐊𝐚 𝐒𝐢𝐨𝐧𝐠, 𝐬𝐭𝐨𝐩 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐩𝐥𝐨𝐲𝐬…
Jelas, ini bukan hasil rayuan MCA. Ini adalah pembaharuan polisi MADANI.
Tahniah kepada semua yang mendapat tawaran. 𝐊𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚-𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚, 𝐢𝐚 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧-𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚.
Malaysia Madani, Rakyat Disantuni!