Klinik Kesihatan Trong

Klinik Kesihatan Trong KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami warga Klinik Kesihatan Trong πŸŒ™βœ¨

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami.

Maaf zahir & batin jika ada kekurangan sepanjang kami berkhidmat.

Jaga kesihatan, makan berpada-pada πŸ˜„ Dan pandu dengan selamat ya!







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Selamat Menyambut Hari Pembantu Pegawai PerubatanπŸ“… 10 Mac 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kep...
10/03/2026

Selamat Menyambut Hari Pembantu Pegawai Perubatan

πŸ“… 10 Mac 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pembantu Pegawai Perubatan (PPP) atas komitmen, dedikasi dan pengorbanan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Peranan PPP amat penting dalam memastikan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam rawatan kecemasan, penjagaan pesakit serta sokongan kepada pasukan kesihatan di fasiliti kesihatan.

Semoga segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sentiasa dihargai dan menjadi inspirasi kepada semua dalam memacu pemodenan perkhidmatan serta meningkatkan kualiti kesihatan rakyat.

β€œMemacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan.”

Ikhlas daripada
Warga Klinik Kesihatan Trong











Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

🌸 Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2026 🌸Seluruh warga Klinik Kesihatan Trong merakamkan setinggi-tinggi penghargaa...
08/03/2026

🌸 Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2026 🌸

Seluruh warga Klinik Kesihatan Trong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua wanita atas sumbangan, komitmen dan pengorbanan yang amat bermakna dalam pelbagai lapangan kehidupan.

Wanita merupakan tunjang penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Kecekalan, dedikasi serta semangat yang ditunjukkan oleh wanita dalam menjalankan pelbagai tanggungjawab wajar dihargai dan diperkasakan.

Semoga sambutan Hari Wanita Sedunia ini terus menjadi inspirasi untuk memartabatkan peranan wanita serta memperkukuh kesejahteraan masyarakat dan negara.

✨ Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara

Ikhlas daripada Warga Klinik Kesihatan Trong




Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 10πŸ’§ Tanda Dehidrasi Waktu PuasaKurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi s...
01/03/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 10

πŸ’§ Tanda Dehidrasi Waktu Puasa

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi semasa berpuasa.

Antara tanda:
β€’ Mulut terlalu kering
β€’ Pening atau lemah
β€’ Air kencing sedikit atau berwarna pekat

Rehat dan dapatkan air secukupnya selepas berbuka.
Dapatkan rawatan jika simptom teruk.
Kekal hidrasi, puasa lebih selesa.







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 9😴 Cara Elak Mengantuk Waktu PuasaRasa mengantuk waktu siang adalah perkara b...
27/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 9

😴 Cara Elak Mengantuk Waktu Puasa

Rasa mengantuk waktu siang adalah perkara biasa, tetapi boleh dikurangkan dengan rutin yang betul.

β€’ Ambil sahur seimbang
β€’ Minum air secukupnya waktu malam
β€’ Pastikan tidur mencukupi

Rehat yang cukup membantu kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari berpuasa.







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 8🍽️ 3 Kesilapan Waktu BerbukaSelepas seharian berpuasa, elakkan kesilapan ini...
26/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 8

🍽️ 3 Kesilapan Waktu Berbuka

Selepas seharian berpuasa, elakkan kesilapan ini:

❌ Terus makan terlalu banyak
❌ Minum manis berlebihan
❌ Makan terlalu laju

Berbuka secara sederhana membantu elakkan kembung, pedih perut dan keletihan selepas makan.

Mulakan dengan air dan makanan ringan, kemudian makan secara perlahan.
Berbuka sederhana, badan lebih selesa.







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 7❓ Mitos vs Fakta: Gastrik & PuasaMitos: Semua pesakit gastrik tak boleh puas...
25/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 7

❓ Mitos vs Fakta: Gastrik & Puasa

Mitos: Semua pesakit gastrik tak boleh puasa
Fakta: Kebanyakan masih boleh berpuasa jika keadaan terkawal.

Mitos: Tak makan β†’ gastrik makin teruk
Fakta: Pemilihan makanan sahur dan berbuka yang betul boleh membantu mengawal simptom.

Berbuka dan dapatkan rawatan jika sakit perut teruk, muntah berterusan atau ada muntah/najis berdarah.
Jaga perut, puasa lebih selesa.







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 6🩺 Gastrik & PuasaPesakit gastrik biasanya masih boleh berpuasa jika keadaan ...
24/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 6

🩺 Gastrik & Puasa

Pesakit gastrik biasanya masih boleh berpuasa jika keadaan terkawal.

βœ”οΈ Ambil ubat seperti diarahkan doktor
βœ”οΈ Elakkan makanan terlalu pedas, berlemak atau kopi kosong
βœ”οΈ Makan secara sederhana ketika berbuka dan sahur

❗ Berbuka dan dapatkan rawatan jika sakit perut teruk, muntah berterusan atau ada muntah/ najis berdarah.

Jaga perut, puasa lebih selesa.







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 5πŸ’Š Ubat & PuasaBagi pesakit yang mengambil ubat harian, waktu pengambilan uba...
23/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 5

πŸ’Š Ubat & Puasa

Bagi pesakit yang mengambil ubat harian, waktu pengambilan ubat mungkin perlu disesuaikan sepanjang Ramadan.

Rujuk doktor untuk ubah waktu ubat ke sahur atau berbuka dan jangan ubah dos sendiri tanpa nasihat perubatan.

Jika tidak sihat semasa berpuasa, dapatkan pemeriksaan di klinik.
Kesihatan diutamakan ketika berpuasa.






Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 4🩺 Pesakit Diabetes BerpuasaPesakit diabetes masih boleh berpuasa dengan pema...
22/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 4

🩺 Pesakit Diabetes Berpuasa

Pesakit diabetes masih boleh berpuasa dengan pemantauan yang betul dan nasihat doktor.

βœ”οΈ Rujuk doktor sebelum Ramadan
βœ”οΈ Sesuaikan waktu & dos ubat
βœ”οΈ Pantau bacaan gula jika tidak sihat

❗ Hentikan puasa jika bacaan gula terlalu rendah (16.7 mmol/L), atau jika mengalami tanda hipoglisemia seperti berpeluh, pening dan lemah.

Kawal diabetes dengan baik supaya puasa lebih selamat dan bertenaga.







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 3πŸ’§ Air & Hidrasi Waktu PuasaBulan puasa, pastikan minum air secukupnya antara...
21/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 3

πŸ’§ Air & Hidrasi Waktu Puasa

Bulan puasa, pastikan minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur.

Utamakan air kosong dan kurangkan minuman manis atau berkafein.

Hidrasi yang baik membantu kurangkan keletihan, pening dan sakit kepala semasa berpuasa.
Minum cukup, puasa lebih selesa.






Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 2🍽️ Sahur Sihat: Apa Perlu Makan & ElakSahur membantu mengekalkan tenaga dan ...
20/02/2026

Siri Ramadan Klinik Kesihatan Trong – Hari 2

🍽️ Sahur Sihat: Apa Perlu Makan & Elak

Sahur membantu mengekalkan tenaga dan hidrasi sepanjang berpuasa. Pilih makanan yang seimbang supaya badan kekal bertenaga dan tidak cepat lapar atau haus.

Disarankan semasa sahur:
βœ”οΈ Makanan tinggi serat seperti nasi, roti, oat, sayur dan buah
βœ”οΈ Sumber protein seperti telur, ikan, ayam, kekacang atau yogurt
βœ”οΈ Minum air secukupnya

Perlu dielakkan:
❌ Makanan bergoreng dan terlalu berlemak
❌ Makanan terlalu masin atau pedas
❌ Minuman berkafein berlebihan

Sahur yang sihat membantu mengurangkan rasa lapar, dahaga dan keletihan sepanjang hari.

Jaga pemakanan, kekal bertenaga sepanjang Ramadan.







Klinik Kesihatan Trong
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Address

Jalan Beruas
Taiping
34800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Trong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram