Pengarah Hospital Taiping

Pengarah Hospital Taiping Halaman rasmi Pengarah Hospital Taiping untuk hebahan maklumat dan pengumuman rasmi.

02/03/2026

Moh Dengorkan Bual Bicara Fit Sihat di Saluran Radio Perak FM

Tarikh: 3 Mac 2026
Masa : 10.10 pagi

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Lobi Blok CSB, Hospital Taiping serta tunaikan kewajipan zakat fitrah segera.
02/03/2026

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Lobi Blok CSB, Hospital Taiping serta tunaikan kewajipan zakat fitrah segera.

27/02/2026

𝐒𝐄𝐔𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍, 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍

Pagi ini, langkah saya ke Hospital Taiping terasa berbeza. Ada rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, selain syukur dan bangga.

Saudara Daniel Fauzi,
Seorang insan yang mungkin bagi sesetengah orang beliau adalah seorang pengawal keselamatan tetapi bagi kami, beliau adalah wajah ketulusan yang menjaga hospital ini dengan sepenuh jiwa.

Sebelum ini beliau bertugas menjaga kawalan berdekatan parkir saya, saya melihat sendiri bagaimana beliau berdiri di bawah langit yang tidak selalu cerah, kadang hujan mencurah, kadang mentari terik membakar.. namun beliau tetap setia di situ. Tiada rungutan, tiada keluh kesah. Hanya kesungguhan yang diam dan keikhlasan yang tidak meminta dilihat.

Apabila video beliau tular menerusi pemilik akaun berkaitan yang juga merupakan waris pesakit kami, ramai yang melihat tugasnya. Tetapi hakikatnya pagi ini, saya melihat hatinya.

Kami juga manusia. Kami berdiri, kami berkhidmat, kami cuba melakukan yang terbaik setiap hari walau sering tidak terlihat, walau sering tidak disebut. Namun kali ini, terasa berbeza. Terasa hangat, terasa dihargai.

Dan penghargaan itu bukan hanya milik saudara Daniel tetapi dirasai oleh seluruh warga kerja yang setia memikul amanah di hospital ini.

Saudara Daniel Fauzi, terima kasih kerana menjadi cahaya dalam diam. Terima kasih kerana menjaga bukan sekadar kawasan parkir, tetapi menjaga maruah perkhidmatan ini dengan penuh kasih dan tanggungjawab. Saudara mengingatkan kami bahawa nilai sebenar seseorang bukan pada jawatannya, tetapi pada keikhlasan jiwanya.

Semoga langkah saudara terus diberkati. Semoga setiap titik peluh itu menjadi saksi sebuah pengabdian yang mulia. Dan semoga saudara terus menjadi inspirasi.. bukan kerana saudara dilihat, tetapi kerana saudara benar-benar berkhidmat dengan hati.

Ikhlas,
Dr. Khuzaini bin Abd Karim
Pengarah
Hospital Taiping

Kredit : Pemilik akaun tiktok .

26/02/2026
Terimakasih atas keprihatinan dan ingatan... 😊
26/02/2026

Terimakasih atas keprihatinan dan ingatan... 😊

26/02/2026

PROGRAM JOM DERMA DARAH!

📌 Balai Lintang, Masjid Daerah Taiping
🗓 24 & 26 Februari 2026 (Selasa & Khamis)
⏱ 8 malam hingga 11 malam

Sebelum menderma sila pastikan:
⭐️ Bawa kad pengenalan dan buku merah (sekiranya ada)
⭐️ Rehat/tidur yang cukup sekurang-kurangnya 5 jam
⭐️ Makan sebelum menderma dan minum air secukupnya.

Selamat datang dan selamat berkhidmat di negeri Perak.. 👍🏻👍🏻😃
24/02/2026

Selamat datang dan selamat berkhidmat di negeri Perak.. 👍🏻👍🏻😃

23/02/2026

Jadual kempen derma darah sepanjang minggu ini dari 23 Feb-01 Mac 2026. Kepada yang berkelapangan hadirlah menderma darah di lokasi berhampiran anda.Terima kasih kepada penderma darah dan penganjur program derma darah yang sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠.

#𝐃𝐞𝐫𝐦𝐚𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠
#𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚
#𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡𝐭𝐚𝐤𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡𝐜𝐮𝐭𝐢

Congratulations OMFS Dept! 👍🏻👏🏻
23/02/2026

Congratulations OMFS Dept! 👍🏻👏🏻

Jom .. 👍🏻💪
22/02/2026

Jom .. 👍🏻💪

Ramadan datang lagi. Jom sama-sama gandakan pahala kita dengan menderma darah di bulan yang mulia ini. Bagi penderma darah Muslim sekitar daerah Taiping, apa kata selepas berbuka boleh terus singgah ke masjid-masjid terpilih ini untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kita membantu mereka yang memerlukan. Tabung Darah Hospital Taiping turut dibuka pada waktu malam seperti di jadual berikut. Jomm derma darahhh!!😄

#𝐃𝐞𝐫𝐦𝐚𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠
#𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚
#𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡𝐭𝐚𝐤𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡𝐜𝐮𝐭𝐢

19/02/2026
𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan kebe...
18/02/2026

𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan.

Semoga Ramadan kali ini menguatkan kesabaran, menyuburkan keikhlasan dan menambah semangat kita untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah kepada masyarakat.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga Hospital Taiping dan umat Islam sekalian.

Ikhlas daripada,
Dr. Khuzaini bin Abd Karim
Pengarah
Hospital Taiping

Address

HOSPITAL TAIPING Jalan Taming Sari Taiping Darul Ridzuan
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category