Klinik Kesihatan Tampin

Klinik Kesihatan Tampin Klinik Kesihatan Tampin

KARNIVAL JOM SIHAT 2025ANJURANPANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN TAMPINDENGAN KERJASAMAPASARAYA ECONSAVEMAJLIS DAERAH TAMP...
24/10/2025

KARNIVAL JOM SIHAT 2025

ANJURAN
PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN TAMPIN

DENGAN KERJASAMA
PASARAYA ECONSAVE
MAJLIS DAERAH TAMPIN

TARIKH : 25 OKT 2025 (SABTU)

TEMPAT : HADAPAN ECONSAVE TAMPIN

AKTIVITI
- Pemeriksaan kesihatan PERCUMA (Tekanan darah, Kadar Glukos, BMI)
- Saringan Minda Sihat
- Jualan Rahmah Madani (khas)

*10 HADIAH CABUTAN BERTUAH UNTUK DIMENANGI 🎁*

Pertanyaan?
Sila Whatsapp ke :

1) Dr Amsyar
📲 wasap.my/60176675127/

2) En Azman
📲 wasap.my/601110066969/

📢 Makluman Penting: Program Imunisasi MR-SIA 📢Program Measles Rubella Supplementary Immunisation Activity (MR-SIA) akan ...
31/07/2025

📢 Makluman Penting: Program Imunisasi MR-SIA 📢

Program Measles Rubella Supplementary Immunisation Activity (MR-SIA) akan bermula:
🗓️ 4 Ogos 2025 sehingga 13 Oktober 2025
📍 Di semua fasiliti kesihatan

👶 Sasaran:
kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 59 bulan iaitu mereka yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.

🎯 Tujuan program:
Untuk mengurangkan dan mencegah penularan penyakit Measles (Campak) dan Rubella dalam kalangan kanak-kanak.

✅ Cara mendapatkan suntikan tambahan:
a)Tempah slot melalui aplikasi MySejahtera
ATAU
b) Datang terus (walk-in) ke klinik kami.

💉 TIADA SEBARANG BAYARAN untuk program ini
‼️ PERCUMA sepenuhnya untuk semua kanak-kanak yang layak ‼️

Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi memastikan anak-anak terlindung daripada penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi.

Lindungi anak anda, lindungi komuniti.

Taklimat Kebakaran dan Latihan Fire Drill anjuran Unit JKKP, KK Tampin telah berlangsung pada hari ini. Terima kasih ata...
18/07/2025

Taklimat Kebakaran dan Latihan Fire Drill anjuran Unit JKKP, KK Tampin telah berlangsung pada hari ini. Terima kasih atas kerjasama yg diberikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Tampin untuk menjadikan program hari ini berjalan dengan lancar

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetis, penyakit ...
23/06/2025

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetis, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipidemia atau penyakit buah pinggang kronik) boleh mendapatkan vaksin influenza percuma di Klinik Kesihatan Tampin. Anda boleh dtg secara walk in atau melalui MySejahtera utk mendapatkan temujanji anda


Jemput hadir Sambutan Hari Aids Sedunia pada 28 Disember 2023 Pelbagai aktiviti menarik dijalankan :-- saringan HIV tanp...
27/12/2023

Jemput hadir Sambutan Hari Aids Sedunia pada 28 Disember 2023

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan :-
- saringan HIV tanpa nama
- kaunseling
- saringan kesihatan
- pameran HIV dan banyak lagi

Jumpa esok!

26/11/2023

🍨🍦🍬Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan

26/11/2023

‼️Pengambilan makanan yang tinggi gula akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular.🫀

Penyakit kencing manis akan mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ seperti mata, buah pinggang, saraf dan sebagainya.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menghadkan pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman agar kekal sihat.

26/11/2023

‼️KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 agar penularan wabak sentiasa terkawal, serta dapat mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan komuniti.

Sehubungan itu, KKM ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam.

26/11/2023

🍬Gula tambahan merujuk kepada gula yang ditambah ke dalam makanan untuk meningkatkan rasa, warna dan tekstur semasa pemprosesan makanan.

‼️Terdapat beberapa makanan yang menjadi sumber utama gula tambahan. Pengambilan gula tambahan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetes. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 1 daripada 5 dewasa Malaysia menghidap diabetes.

26/11/2023

🍳🥚Variasikan hidangan telur dadar anda dengan pelbagai nutrisi terbaik daripada sayur- sayuran segar dan makanan laut yang lain sebagai pelengkap hidangan anda.

Jom pilih untuk sihat‼️

Pilih makanan berkhasiat

Address

Klinik Kesihatan Tampin
Tampin Village
73000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6064431806

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram