Derma Darah Tampin

Derma Darah Tampin Masa dan tarikh pendermaan seperti dalam jadual bulanan.

Unit kami diwujudkan untuk mengadakan kempen derma darah untuk menampung keperluan bekalan darah di Negeri Sembilan

29/04/2026

โ€œAda darah tinggi? Kencing manis?
Jangan terus reject diri sendiri!

Baca dulu info ini.
Anda mungkin masih layak jadi ADIWIRA๐Ÿค—


29/04/2026

HEMATOMA (lebam)

Kesan lebam di tempat cucukan jarum merupakan salah satu komplikasi ringan penderma darah. Kekerapan ianya berlaku dalam kalangan penderma darah adalah di antara 3% hingga 5%.

BAGAIMANA LEBAM BERLAKU??

*penderma tidak menekan lama pada bahagian cucukan jarum selepas pendermaan menyebabkan darah mengalir keluar daripada luka dan berkumpul di bawah kulit.

*kecederaan pada bahagian salur darah akibat cucukan jarum yang terlalu dalam atau disebabkan oleh salur darah yang halus atau kecil

*penderma melakukan aktiviti berat sejurus selepas pendermaan darah.

BAGAIMANA MENCEGAH HEMATOMA (lebam)

1. Tekan kuat selama 5-10 minit pada bahagian cucukan jatum selepas selesai menderma.

2. Rehatkan lengan anda dan jangan lakukan aktiviti berat.

JIKA KEADAAN HEMATOMA SEMAKIN MEMBURUK ATAU TIDAK SEMBUH, ANDA PERLU SEGERA MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK/PUSAT KESIHATAN BERDEKATAN



24/04/2026

โ€œMenjelang 2030, lebih 4 juta rakyat Malaysia akan berumur lebih 60 tahun dan mungkin tidak lagi layak menderma darah. Kini tiba giliran anak muda untuk menggalas tanggungjawab ini โ€” setiap beg darah anda mampu menyelamatkan nyawa.

Layari www.pdn.gov.my untuk lokasi pendermaan darah terkini sekitar Lembah Klang.

24/04/2026

๐Ÿšจ STOK DARAH PUSAT DARAH NEGARA ๐Ÿšจ

Stok darah bagi kumpulan O & A berada pada tahap SEDERHANA .

Nyawa pesakit bergantung kepada setiap beg darah yang didermakan. Jalankan tanggungjawab sosial anda hari ini dan ayuh selamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

๐Ÿ“ Kunjungi Pusat Pendermaan Darah Statik Pusat Darah Negara atau lokasi kempen derma darah yang berhampiran dengan anda. Layari www.pdn.gov.my untuk maklumat terkini.

24/04/2026
10/04/2026

Ketahui Komponen Darah dan Kegunaan darah yang didermakan.

Sila layari laman sesawang PDN di pautan berikut untuk lokasi pendermaan dan jadual kempen derma darah terkini: https://pdn.gov.my/v2/

10/04/2026

๐Œ๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ก ๐ƒ๐ข ๐ค๐š๐ฅ๐š ๐‚๐ฎ๐š๐œ๐š ๐๐š๐ง๐š๐ฌ?

Dalam cuaca panas, badan lebih mudah kehilangan air melalui peluh. Jika seseorang ingin menderma darah dalam keadaan ini:

Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 250ml untuk elakkan dehidrasi.

Ia memastikan pendermaan lebih selamat, selesa dan efektif.

Penderma yang cukup hidrasi juga kurang risiko komplikasi ringan seperti pening.



10/04/2026

Stok Darah Pusat Darah Negara
9 April 2026

Stok darah masih berada di PARAS RENDAH.
Jalankan tanggungjawab sosial anda HARI INI.

Keperluan darah untuk pesakit adalah berterusan.
Sila layari www.pdn.gov.my untuk lokasi pendermaan darah terkini di sekitar Lembah Klang.


10/04/2026

Hai para Penderma Darah yang dikasihi..
Tahukah anda terdapat banyak kebaikan menderma darah โค๏ธ boleh rujuk poster kami di atas โค๏ธ๐Ÿ˜˜

10/04/2026

๐Ÿฉธ JOM DERMA DARAH HARI INI ๐Ÿฉธ

Kami mohon sangatโ€ฆ kalau anda sihat,
tolong datang derma darah HARI INI.

Stok darah semakin berkurangโ€ฆ
Ada pesakit di hospital yang sedang menunggu,menunggu darah untuk terus hidup.
Bagi kita mungkin cuma 10 minitโ€ฆ
tapi bagi mereka,itulah penentu antara hidup dan mati.

Jangan tunggu orang lain.
Mungkin hari ini, andalah harapan mereka.

Datanglah walaupun seorangโ€ฆ
Ajak kawan, keluarga, sesiapa sahaja.

Kami betul-betul merayuโ€ฆ setiap titisan darah anda sangat bermakna.

Tolong bantu sebarkan hebahan ini sekarang ๐Ÿ™

10/04/2026

๐ŸฉธPermintaan kumpulan darah O semakin meningkat, kami menyeru kepada para penderma darah yang sudah cukup tempoh untuk tampil menderma darah di Pusat Darah Negara.

Kehadiran anda amatlah kami hargai dalam membantu Pusat Darah Negara untuk mengekalkan stok darah di tahap yang optimum.

Teruskan menderma darah secara berkala bagi memastikan keperluan pesakit sentiasa berterusan.

Sila layari laman sesawang http://pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN.

Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

Address

Unit Tabung Darah, Hospital Tampin
Tampin
73000

Opening Hours

08:30 - 12:30

Telephone

+6064415711

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category