Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka PUSAT RAWATAN PEMULIHAN DADAH DI BAWAH SEKSYEN 6(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1983

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami warga kerja PUSPEN Tampin ingi...
17/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami warga kerja PUSPEN Tampin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh masyarakat.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kita semua. Semoga juga Aidilfitri menjadi ruang untuk kita mempereratkan silaturahim, saling memaafkan serta memperbaharui semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Dalam kegembiraan menyambut hari kemenangan ini, marilah kita bersama-sama terus menyemai nilai kasih sayang, keinsafan dan keprihatinan dalam kehidupan seharian.

โœจ Ikhlas daripada: Warga Kerja PUSPEN Tampin





15/03/2026
13/03/2026

PENCARIAN SUKARELAWAN AADK KINI DIBUKA

Anda mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi? Ingin membantu komuniti ke arah kehidupan yang lebih sihat? Inilah peluang anda!

Kami mencari anda yang berdedikasi untuk bersama-sama dalam isu penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan.

Bukan sekadar khidmat bakti, kami juga menyediakan ELAUN MENARIK bagi mereka yang terpilih!

๐Ÿ—“ Tarikh Tutup Permohonan: 10 April 2026
Bagaimana cara nak mohon?
- Imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
- Lengkapkan permohonan anda sebelum tarikh tutup!

Ada soalan? Jangan segan untuk hubungi:
๐Ÿ“ž Amirah: 03-8911 2343
๐Ÿ“ž Mohd Razali: 03-8911 2340
๐Ÿ“ง sekretariat_mtmd@aadk.gov.my

Jom jadi sebahagian daripada keluarga besar AADK! Sebarkan berita ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda.

Saifuddin Nasution Ismail
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Shamsul Anuar Nasarah




Program Tadarus & Khatam Al-Quran Peringkat Puspen Tampin 2026๐Ÿ“ Tempat: PUSPEN Tampin๐Ÿ“… Tarikh: 12 Mac 2026PUSPEN Tampi...
12/03/2026

Program Tadarus & Khatam Al-Quran Peringkat Puspen Tampin 2026

๐Ÿ“ Tempat: PUSPEN Tampin
๐Ÿ“… Tarikh: 12 Mac 2026

PUSPEN Tampin dengan penuh rasa syukur telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran, sebuah program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi membimbing kakitangan dan penghuni mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Program ini memberi peluang kepada semua peserta untuk menimba keberkatan dan ketenangan melalui bacaan al-Quran, sekaligus menanamkan nilai kesabaran, disiplin, dan kasih sayang sesama insan. Aktiviti seumpama ini mengingatkan kita bahawa setiap langkah menuju Allah adalah satu ibadah yang memberi ketenangan jiwa dan meningkatkan keimanan.

Semoga amalan membaca, memahami, dan mengamalkan Al-Quran ini menjadi bekalan rohani yang berterusan, bukan hanya di bulan Ramadan, tetapi sepanjang hayat. ๐ŸŒ™โœจ

โ€œSesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada yang bertakwa.โ€ โ€“ Surah Al-Baqarah, Ayat 2




Tempat: PUSPEN TampinTarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)World  : Membentuk  Keperibadian Manusia Sebelum Membina Dunia.World   te...
11/03/2026

Tempat: PUSPEN Tampin
Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)

World : Membentuk Keperibadian Manusia Sebelum Membina Dunia.

World telah pun berlangsung dengan penuh keberkatan di PUSPEN Tampin pada tengah hari tadi. Program ini melibatkan pegawai,kakitangan serta penghuni PUSPEN Tampin, diserikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Muzzammil (Surah ke-73) yang mengajak kita untuk sentiasa membaca Al-Quran dengan tartil,bersabar dalam menghadapi ujianNya dan juga peringatan tentang hari akhirat.

Tahniah & syabas kepada semua yang meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan keberkatan yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada kita.




KUNJUNG HORMAT PENGARAH PUSPEN TAMPIN KEPADA EXCO KESIHATAN, SUMBER MANUSIA DAN PERPADUANTampin, โ€” Satu sesi kunjung hor...
09/03/2026

KUNJUNG HORMAT PENGARAH PUSPEN TAMPIN KEPADA EXCO KESIHATAN, SUMBER MANUSIA DAN PERPADUAN

Tampin, โ€” Satu sesi kunjung hormat telah diadakan oleh Dr Uthayasoorian A/L Shanmugam, Pengarah PUSPEN Tampin kepada Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, bertempat di pejabat beliau.
Kunjung hormat ini turut diiringi oleh Pn. Norliya binti Darus, Penolong Pengarah (Pemulihan) serta En. Zulhilmie Khan bin Zaini, Penolong Pengarah (Pengurusan dan Keselamatan).

Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah bagi memperkenalkan Dr Uthayasoorian A/L Shanmugam sebagai Pengarah baharu PUSPEN Tampin yang telah berkuat kuasa pada 2 Februari 2026, selain untuk meningkat kan kerjasama berterusan serta mengeratkan hubungan strategik yang telah sedia wujud antara kedua-dua pihak iaitu PUSPEN Tampin dan Kerajaan Negeri.
Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah potensi pelaksanaan usahasama strategik yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi fungsi dan peranan PUSPEN Tampin khususnya dalam aspek rawatan, pemulihan serta pembangunan sahsiah penghuni. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai usaha memperluaskan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi menyokong agenda pemulihan yang lebih holistik dan berkesan.

Pihak PUSPEN Tampin turut mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan semasa berkaitan pelaksanaan program pemulihan serta inisiatif yang dilaksanakan dalam membantu penghuni membina semula kehidupan yang lebih positif selepas tamat tempoh pemulihan.

Sesi kunjung hormat ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara PUSPEN Tampin dan Kerajaan Negeri, sekali gus memperkukuhkan komitmen bersama dalam memperkasa usaha rawatan dan pemulihan demi kesejahteraan masyarakat.





PROGRAM IHYAโ€™ TARBAWI RAMADAN 2026 MEMPERKASAKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA PUSPEN TAMPIN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA...
26/02/2026

PROGRAM IHYAโ€™ TARBAWI RAMADAN 2026 MEMPERKASAKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA PUSPEN TAMPIN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

๐Ÿ“… 25 Februari 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ PUSPEN Tampin

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, telah berlangsung dengan penuh berkat Program Ihyaโ€™ Tarbawi Ramadan 2026, satu inisiatif kerjasama antara Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan PUSPEN Tampin.

Program ini bertujuan untuk menyantuni penghuni yang tergolong di dalam kumpulan Asnaf Riqob, menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian rohani, memperkukuh sahsiah serta menanamkan nilai keinsafan yang tinggi dalam kalangan penghuni PUSPEN Tampin dan seterrusnya keberkatan bulan Ramadan dapat memberi perubahan yang besar kepada para penghuni di dalam pembentukan tingkah laku bebas dadah dan bahan. Selain itu, proses pemulihan penghuni sebagai satu perjuangan dan jihad kebaikan.

Program ini diserikan dengan kehadiran Ketua Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan, Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibu Pejabat,
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka,
Pengarah PUSPEN Tiang Dua
Para pegawai, kakitangan MAIM dan PUSPEN Tampin serta para penghuni PUSPEN Tampin.

Antara pengisian program yang menyentuh jiwa ialah:

โœจ Alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh penghuni PUSPEN Tampin, menenangkan hati dan meningkatkan ketakwaan

โœจ Ceramah agama, menyuntik penghayatan Ramadan dan nilai pembinaan diri yang berkesan

โœจ Persembahan lagu ketuhanan oleh penghuni, menzahirkan bakat dan semangat keimanan

Semoga program ini menjadi wasilah membina sahsiah, memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan motivasi dalam kalangan penghuni untuk menempuh fasa pemulihan dengan keyakinan, kesabaran, dan semangat yang tinggi.





24/02/2026
๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan Al-MubarakRamadan hadir sebagai bulan tarbiah jiwa, penyucian hati dan pengukuhan iman. Semo...
18/02/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Ramadan hadir sebagai bulan tarbiah jiwa, penyucian hati dan pengukuhan iman. Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini diterima dan diberkati Allah SWT.

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan memperbaiki diri, memperkukuh kesabaran serta menanam nilai keikhlasan dalam setiap amanah yang digalas.

โœจ Marhaban Ya Ramadan.

Ikhlas daripada
Warga PUSPEN Tampin

Address

PUSPEN
Tampin
73000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064411922

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram