AIM JOHOR BAHRU

AIM JOHOR BAHRU AMANAH IKHTIAR MALAYSIA CAWANGAN JOHOR BAHRU

01/09/2023

Jom beramai-ramai memeriahkan Program Rewang Merdeka AIM 2023

Bengkel kepimpinan Ketua pusat cawagan Jb
02/04/2021

Bengkel kepimpinan Ketua pusat cawagan Jb

07/11/2020
30/08/2020

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan tanah air yang ke-63 khususnya buat Sahabat AIM dan warga kerja Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Jalur Gemilang berkibar megah,
simbol perpaduan seluruh negara,
Malaysia bebas dari dijajah,
Semoga negara aman sentiasa.

šŸ‡²šŸ‡¾šŸ‡²šŸ‡¾





26/08/2020
19/08/2020

APA ITU PROBIOTIK?

Probiotik adalah kuman bakteria baik yang melapisi dinding dalam usus kita dan membantu dalam sistem penghadaman dan penyerapan nutrisi daripada makanan dan membantu dalam melawan jangkitan kuman jahat atau pathogenik. Berdasarkan laporan kajian sains , jumlah bakteria didalam usus adalah sama dengan jumlah sel-sel dalam tubuh manusia.

Oleh itu fungsi dan tugasnya adalah amat penting kepada fungsi fisiologi tubuh manusia.

Berdasarkan definasi Mayo Clinic, probiotik adalah bakteria baik yang sama atau sangat serupa dengan bakteria yang hidup dalam usus manusia. Menurut Cleveland Clinic p**a, probiotik adalah bakteria dan yis yang di panggil mikroorganisma baik kerana ia memberikan manfaat kepada tubuh manusia terutamanya sistem penghadaman.


Menurut National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH) , probiotik adalah mikroorganisma hidup yang serupa dengan mikroorganisma yang berfaedah yang hidup dalam usus manusia. NCCIH juga menegaskan bahawa kita selalu salah sangka dengan menganggap bakteria merbahaya kepada kesihatan sedangkan hakikatnya probiotik adalah contoh bakteria yang sangat penting untuk kesihatan yang baik.

Kulit kita dan sistem penghadaman kita menjadi tempat tinggal kepada lebih 2000 jenis bakteria.

Kajian menunjukkan probiotik ini mempunyai faedah kesihatan terbukti efektif untuk:

• Menyokong fungsi sistem imuniti yang kuat
• Mengurangkan masalah keradangan terutama dalam usus
• Menggalakkan penghadaman yang lebih sempurna dan sihat
• Mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit

Probiotik akan bertindak dengan lebih baik jika di berikan sekali dengan prebiotik iaitu makanan kepada bakteria probiotik ini.

Bakteria baik probiotik ini bertanggungjawab untuk fungsi tubuh seperti berikut:

• Penghasilan vitamin B12
• Penghasilan Butyrate
• Penghasilan Vitamin K2
• Mengawal pembiakan kuman jahat pathogenic dalam usus
• Meransang rembesan Immunoglobulin A (IgA) dan sel T (regulatory T cells) yang penting untuk menyokong fungsi imuniti tubuh

Kuman probiotik ini sudah ada dalam system usus dan kulit kita sejak dilahirkan semasa proses kelahiran melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran yang normal melalui va**na ibu. Bayi terdedah pertama kalinya dengan kuman baik probiotik yang hidup dalam saluran peranakan ibu dan juga kulit ibunya. Ini akan mencetuskan rantaian pembiakan berterusan probiotik untuk seterusnya dalam kehidupan bayu tersebut. Susu ibu p**a kaya dengan prebiotic yang akan menjamin makanan berterusan kepada probiotik untuk berkembangbiak.

Oleh itu amat penting untuk bayi ini di susukan oleh ibunya sehingga umur 2 tahun untuk meastikan perkembangan system imuniti tubuh yang sempurna dan kuat. Oleh kerana itu bayi yang dilahirkan secara pembedahan Caesarian tidak dapat melalui proses ini dan ia akan mengganggu pop**asi probiotik dalam usus mereka. Kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan secara pembedahan memerlukan rawatan gantian probiotik yang khusus supaya mereka mendapat faedah probiotik dan sistem imuniti tubuh yang lebih sihat apabila membesar.

Sejarahnya, manusia mendapat probiotik daripada makanan yang di makan segar dari ladang dengan tanah yang subur dan juga dengan makanan yang diperam (fermented) seperti yogurt, budu, kicap, belacan, cencalok, tempe, kimchi dan sebagainya.

Lebih satu abad yang lalu, seorang saintis dari Russia yang telah dianugerahkan hadiah Nobel iaitu Dr Elie Metchnikoff telah membuat satu teori iaitu ā€œKesihatan boleh di tingkatkan dan masalah nyanyuk (senility) di lambatkan dengan memanip**asi bakteria atau mikrobiom usus dengan mengambil bakteria baik dalam dadih (yogurt)ā€.

Teori Metchnikoff ini adalah jauh ke depan berbanding masa beliau dan telah terbukti sekarang dengan pelbagai kajian saintifik yang ada.

Masyarakat zaman moden sekarang makan makanan yang rendah probiotik kerana adanya peti sejuk (fridge) yang menyebabkan makanan tidak lagi perlu di peram dan makanan segar terus dari ladang sukar didapati. Praktis pertanian moden yang banyak menggunakan air berklorin untuk merendam sayur-sayuran dan buah-buahan menyebabkan makanan kita terlalu ā€˜suci-kuman’ (sanitized). Yang lebih parah lagi, makanan haiwan ternak p**a di tambah dengan antibiotik untuk tujuan menggemukkan dan ini akan membunuh kuman-kuman baik yang ada dalam usus apabila di makan. Di sinilah kepentingan masyarakat kita mengambil suplemen probiotik untuk membantu mengatasi kekurangan daripada makanan ini.

Usus kita mengandungi kedua-dua jenis kuman baik probiotik dan kuman jahat pathogenik dengan nisbah keseimbangan yang betul. Pakar penghadaman telah membuat kajian dan memberikan anggaran bahawa 85% bakteria baik probiotik perlu ada dalam usus dan hanya 15% bakteria jahat pathogenik untuk mendapat keseimbangan yang baik untuk mengekalkan kesihatan.

Apabila nisbah keseimbangan bakteria dalam usus ini terganggu maka keadaan itu di panggil sebagai ā€˜disbiosis’. Keadaan disbiosis ini adalah berlakunya ketidakseimbangan kuman dalam usus dengan berlebihan pop**asi kulat, yis dan bakteria yang menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan tubuh manusia.

Dengan pengambilan makanan kaya dengan probiotik atau mengambil suplemen probiotik secukupnya kita boleh menyeimbangkan semula nisbah kuman usus dengan nisbah keseimbangan yang lebih sihat.

Kita perlu faham bahawa konsep kuman baik probiotik bukanlah idea yang baru kerana sepanjang sejarah manusia memang telah makan makanan yang kaya dengan probiotik sejak beribu-ribu tahun iaitu makanan yang diperam atau di tapaikan untuk mengelakkan makanan menjadi busuk dan ianya boleh disimpan untuk di makan kemudian hari. Oleh kerana manusia zaman moden telah mencipta peti sejuk, maka kaedah ini telah semakin dilupakan dan manusia zxaman sekarang mengambil terlalu banyak makanan segera dan makanan proses yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.



04/08/2020
Projek sahabat Norimah abas Pusat Nur safa017 8402206
26/06/2020

Projek sahabat Norimah abas
Pusat Nur safa
017 8402206

15/06/2020

Address

Tampoi

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072375486

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIM JOHOR BAHRU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to AIM JOHOR BAHRU:

Share