Klinik Aman Tampoi

Klinik Aman Tampoi Antenatal ultrasound
On the spot full blood count
Complete medical check up
Dengue tests,

We are also currently doing Pap smears too.

Established since 1980's, a friendly and family orientated medical practice offering treatments including medical screening, hypertension/diabetic management, standard antenatal screening and minor surgeries, now with a refreshed look and updated services

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semai Muslimin dan Muslimat.Semoga perayaan ini membawa kebahagian dan kesejahteraan...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semai Muslimin dan Muslimat.
Semoga perayaan ini membawa kebahagian dan kesejahteraan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Harap maklum bahawa Klinik Aman akan ditutup pada 21hb Mac hingga 23hb Mac 2026 dan akan beroperasi seperti biasa pada 24hb Mac dari 9 pagi hingga 9 malam.

Buka Puasa with the team!!!sevenoaksmalaysia
09/03/2026

Buka Puasa with the team!!!sevenoaksmalaysia

Come get your health screening done at our centre!!
03/03/2026

Come get your health screening done at our centre!!

Salam Ramadan daripada Klinik Aman Kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Semoga Ramadan...
19/02/2026

Salam Ramadan daripada Klinik Aman

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga Ramadan ini membawa ketenangan, kesihatan yang baik, kekuatan rohani, dan keberkatan dalam kehidupan.
Semoga ibadah puasa kita diterima dan dipermudahkan.

Jaga kesihatan, kekal selamat, dan utamakan kesejahteraan diri.
Ramadan Mubarak

Klinik Aman akan dibuka pada hari ini 19hb Febuari 2026 dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Sepanjang bulan Ramadan ini, waktu rehat kami akan berubah dari 6 petang ke 7 petang hingga 8 malam. Harap maklum.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2026. Semoga tahun ini membawa kejayaan and keberkatan kepada semua.Klinik Aman Tampoi...
16/02/2026

Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2026. Semoga tahun ini membawa kejayaan and keberkatan kepada semua.

Klinik Aman Tampoi akan ditutup pada 17hb dan 18hb Febuari 2026 ini dan akan beroperasi seperti biasa pada 19hb Febuari 2026.

Selamat menyambut perayaan Thaipusam bagi semua agama Hindu. Semoga semua doa dan usaha anda dimakbulkan.Klinik Aman Tam...
31/01/2026

Selamat menyambut perayaan Thaipusam bagi semua agama Hindu. Semoga semua doa dan usaha anda dimakbulkan.

Klinik Aman Tampoi akan ditutup pada 1hb Februari 2026 (Ahad) dan akan beroperasi seperti biasa pada 2hb Februari 2026 dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Baru-baru ini wabak Nipah Virus di India, telah membimbangkan kita. Jadi berhati-hatilah dengan gejala seperti batuk, se...
29/01/2026

Baru-baru ini wabak Nipah Virus di India, telah membimbangkan kita. Jadi berhati-hatilah dengan gejala seperti batuk, selesema, sakit kepala, demam, loya dan muntah.

Come visit us !!Hurry for a better Life))
19/01/2026

Come visit us !!Hurry for a better Life))

As we welcome the New Year, Clinic Aman thanks you for your trust in us. Wishing you and your loved ones good health and...
31/12/2025

As we welcome the New Year, Clinic Aman thanks you for your trust in us. Wishing you and your loved ones good health and well-being in the year ahead. Let this be the year you prioritise preventive care and overall health.

Please take note that Aman Clinic will be closed on 1st January 2026 and will resume operations as usual on the 2nd January 2026 from 9am to 9pm.

Sempena menyambut Tahun Baharu, Klinik Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan anda kepada kami. Semoga anda dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan sepanjang tahun ini.

Harap maklum bahawa Klinik Aman akan ditutup pada 1hb Januari 2026 dan akan beroperasi seperti biasa pada 2hb Januari 2026 dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Merry Christmas to all and have a blessed year ahead.Aman Clinic will be closed on the 25th December 2025, Friday in con...
24/12/2025

Merry Christmas to all and have a blessed year ahead.
Aman Clinic will be closed on the 25th December 2025, Friday in conjunction with the holidays and will resume operations as usual on 26th December 2025, 9am till 6pm only.

Selamat menyambut perayaan Hari Krismas.
Klinik Aman Tampoi akan ditutup pada 25hb Disember 2025, Jumaat ini sempena sambutan perayaan ini dan akan beroperasi seperti biasa pada 26hb Disember 2025 tetapi dari 9 pagi hingga 6 petang sahaja.
Harap maklum.

If You are facing this problem. Come book an appointment to check it out”.
03/12/2025

If You are facing this problem. Come book an appointment to check it out”.

Pagi bangun tidur, jari terasa ketat. Nak luruskan pun susah. Ada bunyi klik halus. Kita paksa sikit… barulah jari bergerak. Tengah hari, rasa mencucuk di pangkal jari mula datang. Petang p**a, jari tiba-tiba “tersangkut” bila nak genggam sesuatu.

Hari berganti hari, gejala sama berulang.

Dan di sinilah ramai mula tertanya-tanya,
“Kenapa jari aku jadi macam ni sebenarnya?”

Kenapa Trigger Finger berlaku?

Di dalam setiap jari ada tendon seakan tali halus yang tarik jari untuk bengkok dan lurus. Tendon ini bergerak dalam satu laluan kecil seperti terowong, dipanggil pulley.

Bila terowong ini mengecil atau meradang, atau bila tendon membengkak, ruang jadi sempit. Tendon dah tak boleh meluncur lancar. Ia tersekat, bergesel, dan tersangkut.

Di situlah bermulanya masalah:
• rasa jari sangkut
• bunyi klik
• jari lock dan susah lurus
• sakit di pangkal jari

Ini bukan salah urat, bukan sebab angin, bukan kerana tidur pelik.
Ia keradangan pada laluan tendon.

Kenapa waktu pagi paling ketara?

Ini soalan yang ramai tanya.

Masa tidur, kita tak banyak gerakkan jari. Bila lama tak bergerak:
• tendon jadi lebih kaku
• keradangan kecil di dalam jadi lebih tebal
• sendi sekitar jari jadi lebih “sejuk” dan kurang fleksibel

Hasilnya, bila bangun tidur, ruang tendon yang dah sempit tadi jadi makin sempit.
Itu sebab waktu pagi jari rasa paling susah nak bergerak dan perlukan masa untuk “panas”.

Kenapa ada bunyi ‘klik’?

Bunyi itu muncul bila tendon yang tersekat melompat keluar dari kawasan sempit. Bayangkan tali yang tersepit dalam celah sempit, bila ditarik kuat, ia terlepas dan berbunyi.

Itulah trigger.

Bila ia jadi makin teruk…

Gerakan jadi semakin sukar.
Jari boleh terkunci sepenuhnya.
Ada hari jari tak boleh buka melainkan ditarik paksa. Ada orang sampai tak boleh genggam sudu atau pegang kunci.

Semua ini berlaku perlahan-lahan… dan kita tak sedar bila ia mula mengawal hidup harian.

Apa yang perlu dibuat?

Rawatan bergantung tahap:
• rehat & hadkan pergerakan
• splint untuk stabilkan jari
• ubat & fisioterapi untuk kurangkan bengkak
• suntikan steroid untuk kes sederhana
• pembedahan kecil untuk kes terkunci atau berulang

Yang penting: jangan tunggu sampai jari benar-benar mengunci.

Akhirnya, ini mesej untuk semua. Kalau jari kita mula memberi petanda sangkut, klik, sakit, kaku pagi itu tubuh sedang beritahu, “tolong perhatikan aku sebelum terlambat.”

Jari yang kita guna setiap hari pun perlukan ruang untuk sembuh.

If you are facing problems such as hemorrhoids,Come get it checked!!
02/12/2025

If you are facing problems such as hemorrhoids,
Come get it checked!!

“Sakit nak buang air besar sampai rasa nak menangis… tapi malu nak cerita.”

Ramai orang senyap pasal buasir. Padahal buasir cuma salur darah di hujung usus dan kawasan dubur yang bengkak akibat tekanan berulang.

Selalu jadi bila kita kerap meneran sebab najis keras, duduk lama dalam tandas sambil scroll telefon, kurang minum air, kurang sayur, lepas bersalin, atau kerja angkat berat hari hari.

Tanda tandanya biasa bermula dengan rasa tak selesa dan gatal di dubur, lepas tu nampak darah merah segar di tisu atau dalam mangkuk tandas, ada benjolan keluar masa meneran, kadang kadang perit sampai takut nak ke tandas. Ramai buat tak tahu, tahan sakit, sapu apa apa

Kalau ada darah keluar setiap kali buang air besar, benjolan makin besar dan tak masuk semula, sakit sampai susah nak duduk, atau rasa pening dan lemah, itu bukan masa untuk bertahan lagi.

Tolong jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor akan nilai dulu, mungkin cukup dengan ubat makan, ubat sapu dan ubah gaya hidup. Bukan semua kes perlu pembedahan.

Jaga usus bermula dari tabiat harian yang mudah. Minum air secukupnya, lebihkan sayur dan buah, elakkan meneran, jangan lepak lama di tandas, dan cuba kawal berat badan.

Buasir bukan tanda “kurang jaga diri”, ia cuma isyarat badan minta kita ubah cara hidup. Jangan malu, jangan tangguh. Lagi awal dirawat, lagi senang sembuh dan hidup pun lebih selesa.

Address

Taman Desa Rahmat
Tampoi
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00

Telephone

+6072375386

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Aman Tampoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Aman Tampoi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram