Habbasyi Oil & Kesihatan Anda

Habbasyi Oil & Kesihatan Anda HABBASYI OIL

Pelbagai khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. 100% berasaskan habbatussauda asl

ULSER MULUT 🔍 PUNCA :▫️ Luka pada bahagian mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit▫️ Mulut yang sensitif kepada ...
06/09/2024

ULSER MULUT

🔍 PUNCA :

▫️ Luka pada bahagian mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit

▫️ Mulut yang sensitif kepada makanan yang berasid seperti strawberi, limau dan nanas

▫️ Kurang vitamin terutamanya vitamin B 12, Folate dan zat besi

▫️ ‘dental braces’

▫️ Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat

💥 TIPS MENGURANGKAN SAKIT ULSER MULUT :

☑️ Kumur dengan air garam

☑️ Meletakkan susu magnesium pada ulser tersebut

☑️ Menggunakan Gel yang boleh disapu pada bahagian ulser untuk mengurangkan sakit

☑️ Letak ais pada ulser

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan

Alhamdulillah..Selesai pos habbatussauda ✅ 1 botol ke KelantanSemoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan m...
05/08/2024

Alhamdulillah..
Selesai pos habbatussauda

✅ 1 botol ke Kelantan

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan makanan sunnah.. amin..🤗❤️

www.wasap.my/601164649588/hbo

05/08/2024

APAKAH MAKANAN SUNAH YANG SESUAI UNTUK PESAKIT MIGRAINE ?

Terdapat beberapa makanan sunnah yang sesuai migraine. Makanan ini bukanlah rawatan utama untuk melegakan migraine tetapi pengamalannya membantu mengurangkan keterukan rasa sakit kepala dan kekerapan serangan migraine.

Ini kerana makanan-makanan ini mengandungi mineral yang penting seperti potassium dan magnesium.

Antaranya :

1.Kurma:
Kurma kaya dengan magnesium, yang dapat membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.

2.Madu:
Madu mengandungi antioksidan dan sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan migrain.

3.Habbatus Sauda:
Habbatus sauda juga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan gejala migrain.

4.Buah Tin:
Buah tin mengandungi kalium dan magnesium yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan sakit kepala.

5.Zaitun: Minyak zaitun mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan sakit kepala.

6.Kismis:
Kismis kaya dengan kalium dan magnesium yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan sakit kepala.

7.Delima: Buah delima mengandungi antioksidan yang tinggi dan boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan migrain.

Jadi amalkan pemakanan ini setiap hari dengan kuantiti yang sederhana.

Selain itu banyakkan berpuasa, san turunkan berat badan.

Ambil makanan bernutrisi dan kurangkan makanan berproses dan lemak trans yang terdapat banyak dalam kek, cookies dan donut.

Kurangkan air manis dan air berkarbonat.

Minum air kosong secukupnya. Kawal stress dan dapatkan tidur secukupnya.

Makanan-makanan ini bukan sahaja sunnah dan disebut dalam al-Quran tetapi juga mempunyai manfaat kesihatan yang boleh membantu mengurangkan gejala migrain.


14/06/2024

❌ MITOS KESIHATAN YANG POPULAR ❌

🫙Kicap mengandungi garam tinggi tetapi ia tidak menyebabkan parut hitam

🚿 Mandi malam tidak akibatkan paru paru berair tetapi memberikan tidur yang lebih nyenyak

🍍 Nenas tidak akibatkan keguguran dan sebenarnya mampu melancarkan haid

🦀 Ketam berkhasiat dan kaya protein, tapi ia bukan rawatan denggi

🥗 Timun baik untuk hidrasi tubuh, ia tidak akibatkan masalah keputihan

🍳 Telur sumber protein yang baik, ia tidak akibatkan luka bernanah

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan

Alhamdulillah..Selesai pos habbatussauda ✅ 2 botol ke Kota Tinggi, JohorSemoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab men...
14/06/2024

Alhamdulillah..
Selesai pos habbatussauda

✅ 2 botol ke Kota Tinggi, Johor

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan makanan sunnah.. amin..🤗❤️

www.wasap.my/601164649588/hbo

LIMA MITOS TENTANG TELURNak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dij...
28/12/2023

LIMA MITOS TENTANG TELUR

Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress.

1. Telur menyebabkan peningkatan kolesterol?

Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnya menjadi penyebab risiko sakit jantung.

Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.

Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan oleh makan telur, udang, kambing semata.

Buktinya: Ramai je yang dah jadi anti telur, anti udang, anti kambing tapi kadar kolesterol masih tinggi.

2. Telur mentah lebih tinggi kadar protein?

Ramai yang beranggapan pengambilan telur mentah boleh membantu mendapatkan kadar protein yang lebih tinggi.

Faktanya: kadar protein dalam telur adalah sama walaupun telah dimasak. Yang berkurangan hanyalah dari segi vitamin dan mineral.

Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk makan telur mentah ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan salmonella.

Selain itu, penyerapan protein melalui telur yang telah dimasak adalah lebih tinggi berbanding telur mentah.

3. Putih telur adalah lebih baik berbanding kuning telur?

Ramai yang beranggapan telur putih adalah lebih baik berbanding telur kuning.

Faktanya: vitamin dan mineral pada telur lebih banyak terkandung dalam kuning telur. Antara vitamin yang ada ialah: vitamin D, vitamin A, vitamin E, Choline, Lutein, Zeaxanthin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Jika tidak makan kuning telur, maka sebahagian mineral dan vitamin ini tidak diperolehi.

4. Kuning telur menyebabkan gemuk?

Beberapa orang takut nak makan telur kuning sebab risau naik berat.

Faktanya: kuning telur mengandungi protein dan zat bermanfaat seperti vitamin D dan choline dimana membantu menyerap kalsium dan meningkatkan fungsi hati. Ini dapat mengelakkan kejadian hati yang berlemak. Selain itu, menurut The American Heart Association menyatakan 1 biji telur sehari bagus untuk amalan diet yang lebih sihat.

5. Wanita hamil tidak boleh makan telur?

Ini sering menjadi dilema buat semua wanita hamil kerana ada larangan untuk pengambilan telur. Ini hanyalah mitos!

Faktanya: telur adalah sumber protein yang tinggi, vitamin, mineral dan asid amino. Jadi wanita hamil amat digalakkan untuk makan telur, ikan dan kekacang. Cuma wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makan telur yang mentah untuk elak risiko jangkitan salmonella.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

23/11/2023

NUTRIEN UNTUK OTAK

Selalu kita bercakap tentang jantung sebagai organ utama tubuh. Namun otak juga sama penting seperti organ-organ lain. Ia memerlukan nutrisi yang banyak untuk berfungsi dengan secara maksima. Jika otak kita mengalami masalah, ia akan menjejaskan keseluruhan fungsi tubuh kerana fungsi organ yang lain dikawal oleh otak.

Otak kita memerlukan nutrisi dari makanan yang akan membuatkan otak ini menjadi semakin sihat. Ini adalah sebahagian dari nutrien yang diperlukan oleh otak.

1. Ikan laut berlemak

Ikan laut seperti salmon, sardin, markerel dan sejenisnya mempunyai kandungan lemak sihat Omega-3 yang cukup tinggi. Ia membantu membangunkan sel-sel otak dan saraf baru. Omega-3 juga mengurangkan risiko tubuh mengalami penyakit Alzheimer pada usia tua. Kekurangan omega-3 juga boleh menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami kecelaruan emosi seperti kemurungan. Oleh itu bagi mereka yang berusia 40an dan mengalami penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, pengambilan Omega 3 dalam diet sangat penting bagi mengelakkan masalah seperti penyai Dementia.

2. Kunyit

Kunyit mengandungi bahan yang dinamakan sebagai cucurmin yang merupakan antioksida yang bagus untuk menjaga otak secara langsung.

3. Kopi

Kopi adalah salah satu minuman yang memiliki banyak manfaat untuk otak. Ia memiliki kafein dan antioksidan yang menjaga sel-sel otak dan menurunkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan ingatan. menurunkan memori. Ambil dalam kuantiti yang sederhana.

4. Biji labu

Biji labu juga baik untuk kesihatan otak kerana mengandung mikronutein yang banyak seperti zat besi, magnesium, dan zink. Mengambil biji labu sama ada dengan menggoreng atau membakarnya dengan kuantiti sederhana (segenggaman setiap hari) beberapa kali seminggu sangat memberikan bermanfaat.

5. Brokoli

Brokoli juga merupakan makanan untuk otak yang sangat baik. Ia adalah sumber antioksidan dan anti keradangan yang baik sekali untuk kesihatan otak.

6. Cokelat hitam

Cokelat hitam (melebihi 70% koko) mengandung sebatian flavonoid yang banyak. Ia digunakan untuk melindungi sel-sel otak. Ia juga baik untuk membantu meningkatkan daya ingatan dan menstabilkan mood.

7. Telur

Telur mengandung banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan otak. Salah satu nutrisi yang bermanfaat itu adalah cholin. Ia berfungsi sebagai neurotransmitter yang membantu mengawal mood dan menguatkan ingatan. Telur juga mengandungi protein dan lemak sihat. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan yang kronik, ambil 1-2 biji setiap hari.

8. Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin yang sangat diperlukan oleh pesakit kronik terutama bagi mereka yang telah menghidap penyakit ini melebihi 10 tahun. Ia menghalang komplikasi seperti masalah saraf dan masalah ingatan.

9. Minyak Zaitun.

Minyak zaitun adalah lemak sihat membekalkan tenaga yang lebih baik berbanding gula untuk otak. Minyak zaitun juga merupakan antioksida dan anti-keradangan yang bagus untuk otak.

10. Minyak Kelapa Dara.

Sama seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara bagus sebagai alternatif bagi mereka yang tidak mampu menelan minyak zaitun.

Semoga bermanfaat.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Alhamdulillah..Selesai pos habbatussauda..✅ 1 botol ke Kota Bharu, Kelantan✅ 1 botol ke Batu Pahat, JohorSemoga dikurnia...
22/11/2023

Alhamdulillah..
Selesai pos habbatussauda..

✅ 1 botol ke Kota Bharu, Kelantan
✅ 1 botol ke Batu Pahat, Johor

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan makanan sunnah.. amin..🤗❤️

www.wasap.my/601164649588/hbo

1. Tahukah anda, selain dari sumber haiwan, tumbuhan juga merupakan sumber protein yang baik dan sihat untuk tubuh. 2. A...
18/11/2023

1. Tahukah anda, selain dari sumber haiwan, tumbuhan juga merupakan sumber protein yang baik dan sihat untuk tubuh.

2. Antara sumber protein dari tumbuhan adalah legum seperti kekacang, tauhu, tempeh, fucuk dan banyak lagi.

3. Sumber protein tumbuhan mengandungi lemak tepu yang rendah berbanding sumber haiwan.

4. Kolesterol hanya terdapat dalam sumber haiwan, oleh itu protein dari sumber tumbuhan adalah bebas kolesterol!

5. Jadi ambil juga sumber protein dari tumbuhan dalam hidangan anda setiap hari.

6. Saranan pengambilan bagi legum dalam sehari adalah sebanyak 1 sajian sehari.

✅Pilih pelbagai jenis legum (dhal, tempe dan tauhu) untuk menyediakan lauk-pauk.

✅Makan legum sebagai snek atau ditambah ke dalam lauk-pauk.

✅Ambil satu sajian legum (contoh: dhal, tempe, tauhu dan lain-lain) sebagai sebahagian daripada pengambilan protein harian anda.

Semoga bermanfaat

Alhamdulillah..Selesai pos habbatussauda..✅ 1 botol ke Pasir Mas, KelantanSemoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab m...
15/11/2023

Alhamdulillah..
Selesai pos habbatussauda..

✅ 1 botol ke Pasir Mas, Kelantan

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan makanan sunnah.. amin..🤗❤️

www.wasap.my/601164649588/hbo

Alhamdulillah..Selesai pos habbatussauda..✅ 1 botol ke Kota Tinggi, JohorSemoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab me...
19/10/2023

Alhamdulillah..
Selesai pos habbatussauda..

✅ 1 botol ke Kota Tinggi, Johor

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan makanan sunnah.. amin..🤗❤️

www.wasap.my/601164649588/hbo

Alhamdulillah..Selesai pos habbatussauda..✅ 2 botol ke PutrajayaSemoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan...
13/09/2023

Alhamdulillah..
Selesai pos habbatussauda..

✅ 2 botol ke Putrajaya

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik asbab mengamalkan makanan sunnah.. amin..🤗❤️

www.wasap.my/601164649588/hbo

Address

Tampoi

Telephone

+601164649588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Habbasyi Oil & Kesihatan Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Habbasyi Oil & Kesihatan Anda:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram