Hospital Tanah Merah - RASMI

Hospital Tanah Merah - RASMI Facebook rasmi Hospital Tanah Merah Ini adalah Laman Rasmi Facebook bagi Hospital Tanah Merah.

๐ŸŒธ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐ŸŒธ12 MEI 2026,SELASA โ€œOur Nurses. Our Future. Caring for Nurses Strengthens Economiesโ€ T...
12/05/2026

๐ŸŒธ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐ŸŒธ

12 MEI 2026,SELASA

โ€œOur Nurses. Our Future. Caring for Nurses Strengthens Economiesโ€

Tanggal 12 Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia bagi menghargai jasa dan pengorbanan para jururawat yang sentiasa komited dalam memberikan rawatan serta perkhidmatan terbaik kepada pesakit. ๐Ÿ’‰โค๏ธ

Terima kasih kepada seluruh warga jururawat HTM atas dedikasi, keprihatinan dan kesetiaan dalam menjalankan amanah dengan penuh ikhlas dan profesionalisme. Segala pengorbanan anda amat dihargai dan disanjung tinggi. โœจ


๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š! ๐Ÿ’





๐ŸŽฎ๐ŸŽ๏ธ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐ŸŽ‰๐ŸŽฏโœจSuasana Hari Terbuka pada 9 Mei 2026 meriah dengan pelbagai ak...
11/05/2026

๐ŸŽฎ๐ŸŽ๏ธ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐ŸŽ‰๐ŸŽฏโœจ

Suasana Hari Terbuka pada 9 Mei 2026 meriah dengan pelbagai aktiviti permainan yang berjaya menarik perhatian serta penyertaan para pengunjung daripada pelbagai peringkat umur ๐Ÿฅณ๐Ÿ™Œ

Antara aktiviti menarik yang berlangsung termasuklah:
๐ŸŽ๏ธ Permainan Hot Wheels
๐ŸŽฎ E-Sports
โ›ณ Golf
โ™Ÿ๏ธ Carom
๐ŸŽฒ Congkak
โ™Ÿ๏ธ Dam

Gelak tawa, semangat kesukanan dan kemeriahan jelas terpancar apabila para pengunjung bersama-sama mengambil peluang menyertai aktiviti yang disediakan ๐Ÿ’ซ

Terima kasih kepada pihak Pejabat Belia & Sukan Tanah Merah diatas kerjasama dan semua yang hadir dan turut memeriahkan sambutan Hari Terbuka ini. Semoga program seperti ini terus menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara hospital dan komuniti โค๏ธ






๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐†๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โค๏ธ๐ŸฉธSekitar sesi pendermaan darah sempena Hari Terbuka pada 9 Mei 2026.Terima kasih kepada ...
11/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐†๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โค๏ธ๐Ÿฉธ

Sekitar sesi pendermaan darah sempena Hari Terbuka pada 9 Mei 2026.

Terima kasih kepada semua penderma darah, petugas kesihatan serta para pengunjung yang turut sama menjayakan program ini. Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.







๐Ÿ›๏ธโœจ ๐†๐„๐‘๐€๐ˆ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ & ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡ โœจ๐Ÿ›๏ธSekitar sesi Jualan Rahmah dan pelbagai aneka gerai jualan yang berlangsung sempena ...
11/05/2026

๐Ÿ›๏ธโœจ ๐†๐„๐‘๐€๐ˆ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ & ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡ โœจ๐Ÿ›๏ธ

Sekitar sesi Jualan Rahmah dan pelbagai aneka gerai jualan yang berlangsung sempena sambutan Hari Terbuka HTM semasa 9 Mei 2026๐Ÿ˜Š

Pelbagai pilihan barangan, makanan serta jualan menarik disediakan buat para pengunjung dengan harga yang berpatutan dan mesra rakyat ๐Ÿ’š

Suasana turut dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung yang hadir bersama keluarga bagi memeriahkan sambutan kali ini ๐ŸŽ‰
Terima kasih kepada semua peniaga dan pengunjung yang hadir menyokong serta memeriahkan program hari ini โœจ





โœจ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐‘๐„๐‘๐”๐€๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ & ๐”๐๐ˆ๐“ ๐‡๐“๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐ˆ๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐  โœจSekitar suasana pameran reruai ketika sambutan ...
11/05/2026

โœจ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐‘๐„๐‘๐”๐€๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ & ๐”๐๐ˆ๐“ ๐‡๐“๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐ˆ๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ โœจ

Sekitar suasana pameran reruai ketika sambutan Hari Terbuka ๐Ÿ˜Š

Antara aktiviti yang telah berlangsung:
โ€ข Reruai setiap Jabatan dan Unit HTM
โ€ข Saringan kesihatan oleh PKD Tanah Merah
โ€ข Pemeriksaan gigi percuma oleh PKPD Tanah Merah
โ€ข Saringan komposisi badan oleh Wellness Hub JKN Kelantan

Pelbagai informasi, aktiviti interaktif serta perkongsian perkhidmatan telah dipamerkan kepada para pengunjung bagi memberikan pendedahan yang lebih dekat mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh setiap jabatan dan unit di HTM.

Program ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir bersama keluarga dan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama, komitmen dan usaha dalam memastikan kelancaran program serta bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini ๐Ÿ’™





๐…๐”๐ ๐–๐€๐‹๐Š ๐‡๐“๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿฅณ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธโœจโ€œ๐‘พ๐’‚๐’๐’Œ, ๐‘ญ๐’†๐’†๐’, ๐‘ฌ๐’™๐’‘๐’†๐’“๐’Š๐’†๐’๐’„๐’† ๐‘ฏ๐‘ป๐‘ด!โ€ โค๏ธSekitar Program Fun Walk Hospital Tanah Merah (HTM) yang b...
10/05/2026

๐…๐”๐ ๐–๐€๐‹๐Š ๐‡๐“๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿฅณ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธโœจ
โ€œ๐‘พ๐’‚๐’๐’Œ, ๐‘ญ๐’†๐’†๐’, ๐‘ฌ๐’™๐’‘๐’†๐’“๐’Š๐’†๐’๐’„๐’† ๐‘ฏ๐‘ป๐‘ด!โ€ โค๏ธ

Sekitar Program Fun Walk Hospital Tanah Merah (HTM) yang berlangsung semalam bersempena Sambutan Hari Terbuka Hospital Primer Kluster Kelantan Barat serta Minggu Saya Pengalaman Terbaik Pesakit 2026.

Program Fun Walk sejauh 2 kilometer ini berjaya menghimpunkan hampir 500 peserta terdiri daripada warga HTM dan masyarakat setempat dalam suasana penuh ceria, sihat dan semangat kebersamaan ๐Ÿคโœจ

Aktiviti ini turut diserikan dengan penyertaan YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan bersama YBrs. Dr. Mohd Nasir bin Abdul Kadir, Pengarah Hospital Tanah Merah; YBrs. Dr. Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam); serta Yang Dipertua Dr. Sayodi bin Che Hussin, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HTM (ALPH).

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜Š









09/05/2026
09/05/2026

๐Ÿ“ธโœจ ๐‚๐€๐Œ๐„๐‘๐€ ๐Ÿ‘๐Ÿ”๐ŸŽ ๐’๐„๐’๐’๐ˆ๐Ž๐ โœจ๐Ÿ“ธ

Sekitar sesi rakaman Camera 360 bersama YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan dan YBrs. Dr. Mohd Nasir bin Abdul Kadir, Pengarah Hospital Tanah Merah bersempena sambutan Hari Terbuka hari ini di HTM.





๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐‘๐ˆ๐Œ๐„๐‘ ๐Š๐‹๐”๐’๐“๐„๐‘ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐’๐€๐˜๐€, ๐๐„๐๐†๐€๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐’๐€๐Š๐ˆ๐“ (๐’๐๐“๐) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ...
09/05/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐‘๐ˆ๐Œ๐„๐‘ ๐Š๐‹๐”๐’๐“๐„๐‘ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐’๐€๐˜๐€, ๐๐„๐๐†๐€๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐’๐€๐Š๐ˆ๐“ (๐’๐๐“๐) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

9 Mei 2026 (Sabtu) โ€“ Hospital Tanah Merah (HTM) telah menganjurkan Hari Terbuka Hospital Primer Kluster Kelantan Barat bersempena Minggu Saya, Pengalaman Terbaik Pesakit (SPTP) Peringkat HTM Tahun 2026 yang berlangsung dengan meriah di perkarangan Kompleks Emerald (Bangunan Baharu), Hospital Tanah Merah.

Sambutan kali ini berjaya menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang pengunjung dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bersama warga kerja dan petugas HTM. Antara aktiviti yang diadakan termasuk saringan komposisi badan oleh pasukan Wellness Hub JKN Kelantan, saringan kesihatan oleh PKD Tanah Merah, reruai kesihatan oleh jabatan dan unit HTM, gerai makanan, Jualan Rahmah oleh KPDNKK Tanah Merah, pemeriksaan pergigian bergerak oleh PKPD Tanah Merah, permainan Hot Wheels, permainan e-sport dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Tanah Merah serta pelbagai aktiviti lain yang memberi manfaat dan pendedahan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi menerusi aktiviti โ€œ๐…๐ฎ๐ง ๐–๐š๐ฅ๐ค ๐–๐ข๐ญ๐ก ๐‡๐“๐Œ: ๐…๐ž๐ž๐ฅ ๐“๐ก๐ž ๐„๐ฑ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ง๐œ๐žโ€ sejauh 2 kilometer yang berjaya menghimpunkan hampir 500 peserta terdiri daripada warga HTM dan masyarakat setempat. Aktiviti tersebut turut disertai oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan bersama YBrs. Dr. Mohd Nasir bin Abdul Kadir, Pengarah Hospital Tanah Merah; YBrs. Dr. Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam); serta Yang Dipertua Dr. Sayodi bin Che Hussin, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HTM (ALPH).

Selesai aktiviti Fun Walk, majlis diteruskan dengan acara perasmian yang dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti tayangan video bertajuk โ€œ๐‡๐จ๐ฐ ๐–๐ž ๐‚๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ž ๐“๐ก๐ž ๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐๐š๐ญ๐ข๐ž๐ง๐ญ ๐„๐ฑ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ง๐œ๐žโ€. Majlis turut menyaksikan pelancaran trilogy book yang ditulis khas oleh YBrs. Pengarah HTM sebagai simbol komitmen HTM dalam memperkasakan budaya kerja yang berteraskan pengalaman pesakit.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ dengan diiringi oleh YBrs. Pengarah HTM. Dalam ucapan beliau, YBhg. Datoโ€™ menzahirkan rasa kagum dan penghargaan terhadap usaha HTM yang menitikberatkan pengalaman pesakit sebagai fokus utama selaras dengan visi hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada para penderma darah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dianjurkan sepanjang Minggu SPTP 2026.

Sesi penyampaian penghargaan khas turut diberikan kepada fasiliti terbaik serta jabatan yang mencatat pelaksanaan Kaizen terbanyak dan diakhiri dengan sesi penyerahan zakat kepada penerima yang terpilih oleh pihak KSDK HTM.

๐’๐„๐๐€๐‘๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐†

๐•๐ข๐๐ž๐จ ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Jabatan Perubatan
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Unit Rawatan Harian
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Jabatan Ortopedik

๐๐จ๐จ๐ญ๐ก ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Jabatan Perubatan
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Jabatan Dietetik dan Sajian
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Jabatan Pembedahan

๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค (๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข โ€“ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)
๐Ÿ† Wad 6B, Jabatan Perubatan

๐Š๐š๐ข๐ณ๐ž๐ง ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค (๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข โ€“ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)
๐Ÿ† Jabatan Farmasi

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan seluruh warga kerja HTM atas komitmen, dedikasi serta kecemerlangan yang ditunjukkan. Acara perasmian diakhiri dengan persembahan dikir barat daripada pelatih MENTARI Tanah Merah.

Setelah selesai majlis perasmian, YBhg. Datoโ€™ turut melawat reruai SPTP bagi sesi menandatangani ketiga-tiga buku tulisan YBrs. Pengarah HTM. Lawatan diteruskan ke reruai setiap jabatan dan unit sambil beramah mesra bersama warga kerja HTM sebelum diakhiri dengan lawatan ke Wad 5A bagi acara gimik admission kit oleh Unit Kejururawatan serta delighters oleh Jabatan Dietetik dan Sajian.Sesi penyerahan goodies bag oleh pihak ALPH kepada pesakit turut dilaksanakan di Wad 5A sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada para pesakit.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ serta semua pihak yang hadir bagi memeriahkan sambutan pada hari ini. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada Warga kerja HTM atas segala usaha, komitmen serta kerjasama dalam memastikan kelancaran penganjuran sambutan pada hari ini. Semoga segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan Hospital Tanah Merah pada masa akan datang.






.





โœจ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘โœจSekitar suasana persiapan terakhir warga hospital menjelang sambutan yang bakal berlangsung ...
08/05/2026

โœจ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘โœจ

Sekitar suasana persiapan terakhir warga hospital menjelang sambutan yang bakal berlangsung esok ๐Ÿ˜Š

Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan bagi memastikan kelancaran program, termasuk susun atur lokasi, persediaan booth, teknikal, hiasan dan pelbagai keperluan lain demi memberikan pengalaman terbaik kepada para pengunjung.

Terima kasih kepada semua petugas dan warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan persiapan ini ๐Ÿ’ชโœจ
Ayuh hadir beramai-ramai dan jumpa anda esok!

Temui kami di Sambutan Hari Terbuka Hospital Primer Kluster Kelantan Barat bersempena Minggu Saya, Pengalaman Terbaik Pesakit Tahun 2026 esok!!

๐Ÿ—“ 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Perkarangan Kompleks Emerald, Hospital Tanah Merah
๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi โ€“ 3.00 petang

Jangan lupa!!!







๐ŸŽ‰๐ŸŽฎ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐๐‚๐”๐๐€! โ›ณโ™Ÿ๏ธPelbagai sukan dan permainan menarik menanti anda seisi keluarga! โœจJangan lepaskan peluang ...
07/05/2026

๐ŸŽ‰๐ŸŽฎ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐๐‚๐”๐๐€! โ›ณโ™Ÿ๏ธ

Pelbagai sukan dan permainan menarik menanti anda seisi keluarga! โœจ

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti santai dan menyeronokkan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sama ada anda peminat permainan tradisional, sukan santai ataupun cabaran digital, semuanya ada di sini! ๐Ÿฅณ

Antara aktiviti yang disediakan:

โšฝ E-Sport FIFA
โ›ณ Golf
๐ŸŽฏ Carom
๐ŸŽฒ Congkak
โ™Ÿ๏ธ Permainan Dam

๐Ÿ’ก Selain dapat mengisi masa bersama keluarga dan rakan-rakan, anda juga berpeluang merasai suasana santai, ceria dan penuh semangat kesukanan bersama warga Hospital Tanah Merah.

Temui kami di Sambutan Hari Terbuka Hospital Primer Kluster Kelantan Barat bersempena Minggu Saya, Pengalaman Terbaik Pesakit Tahun 2026.

๐Ÿ“ Lokasi: Klinik Ortopedik, Kompleks Emerald HTM
๐Ÿ“… Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐ŸŽˆ Terbuka kepada semua peringkat umur!

โœจHanya berbaki 1 hari sahaja lagi!โœจ

Jangan lupa ajak keluarga, anak-anak dan rakan-rakan untuk sama-sama mencuba aktiviti menarik yang disediakan! ๐ŸŽŠ







Address

HOSPITAL TANAH MERAH
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tanah Merah - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tanah Merah - RASMI:

Share