Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam

Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam, Medical and health, Tingkat Bawah, Lot 8363, Mukim Maka, Daerah Kusial, Jajahan Tanah Merah, Tanah Merah.

Puasa dah sebulan…tapi berat tak turun? 🤔Ramai ingat puasa confirm kurus.Hakikatnya, cara kita berbuka & sahur yang tent...
18/03/2026

Puasa dah sebulan…
tapi berat tak turun? 🤔

Ramai ingat puasa confirm kurus.
Hakikatnya, cara kita berbuka & sahur yang tentukan hasilnya.

Punca biasa:
• Air manis & kuih berlebihan
• Gula & karbohidrat tinggi
• Kurang protein
• Kurang tidur

Puasa bantu kawal waktu makan,
tapi pilihan makanan tetap main peranan.

Kalau dah jaga makan tapi berat tak turun,
mungkin ada faktor lain yang perlu diperiksa.

17/03/2026

Jangan biar luka kotor sampai ke klinik! 🛑

Ramai yang ingat kena tunggu doktor baru boleh cuci, tapi sebenarnya langkah pertama paling penting adalah CUCI DULU. Tindakan dalam "Golden Minutes" ni sangat kritikal untuk elak jangkitan kuman (infection) yang lebih teruk.

Ingat formula ni:
1️⃣ ALIRKAN air bersih (air paip pun ok) untuk buang kotoran/pasir.
2️⃣ TEKAN dengan kain bersih untuk henti darah.

Jangan biar kuman "berpesta" dalam luka sementara korang atas motor atau dalam kereta nak ke klinik. Cuci dulu, baru gerak! 🚗💨

❌ Dan tolong, jangan letak ubat gigi atau tepung. Susah doktor nak cuci nanti!

Ramai orang fikir obesiti hanya sebab makan banyak.Hakikatnya, ia lebih kompleks daripada itu.Berat badan juga boleh dip...
12/03/2026

Ramai orang fikir obesiti hanya sebab makan banyak.
Hakikatnya, ia lebih kompleks daripada itu.

Berat badan juga boleh dipengaruhi oleh:
* Hormon
* Metabolisme badan
* Genetik
* Tekanan & gaya hidup

Sebab itu, tidak semua orang menghadapi masalah berat badan dengan punca yang sama.

Memahami punca sebenar adalah langkah pertama untuk perubahan yang lebih sihat.

11/03/2026

Sakit tumit sampai susah nak berjalan?

Seorang pesakit, seorang cikgu datang ke klinik dengan sakit tumit kedua-dua kaki hampir sebulan.
Setiap kali bangun pagi atau berjalan lama, sakit makin terasa.

Antara punca biasa Plantar Fasciitis:
• Kasut yang tidak sesuai
• Berdiri terlalu lama
• Berat badan bertambah

Selepas pemeriksaan, rawatan injection untuk plantar fasciitis dilakukan.

✔ Sakit terus lega
✔ Boleh berjalan semula seperti biasa

Kalau sakit tumit berlarutan dan makin mengganggu aktiviti harian, jangan tunggu terlalu lama.
Dapatkan pemeriksaan di Klinik Harmoni untuk rawatan yang sesuai.





11/03/2026
10/03/2026

Bila diperiksa, kedua-duanya didapati mengalami obesiti.
Ramai ingat obesiti cuma masalah rupa atau berat badan.
Hakikatnya, obesiti boleh meningkatkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah jantung sejak usia muda.

Sebab itu penting untuk kenal pasti punca dan uruskan berat badan dengan cara yang betul — termasuk pemakanan, gaya hidup dan rawatan yang sesuai.

Antara pilihan rawatan yang ada ialah suntikan kurus, tetapi ia perlu dinilai oleh doktor terlebih dahulu dan biasanya disasarkan kepada individu dengan obesiti atau berat badan berlebihan yang memberi risiko kesihatan.
Jika berat badan mula menjejaskan kesihatan, dapatkan pemeriksaan awal di Klinik Harmoni.




Pernah tak rasa macam nak pitam bila bangun dari duduk?Tiba-tiba gelap mata, kepala berpusing sekejap.Ramai anggap benda...
10/03/2026

Pernah tak rasa macam nak pitam bila bangun dari duduk?
Tiba-tiba gelap mata, kepala berpusing sekejap.

Ramai anggap benda biasa.
Padahal ia boleh jadi tanda:

• Tekanan darah rendah
• Kurang minum air (dehidrasi)
• Paras gula rendah
• Anemia
• Terlalu letih atau kurang tidur

Kalau kerap berlaku atau hampir pengsan,
jangan abaikan.

Kadang badan sedang bagi signal yang perlu diperiksa.

09/03/2026

Ayah saya selalu sapu minyak gamat bila luka… boleh ke doktor?

Minyak gamat memang popular dalam masyarakat kita.
Ramai guna sebab percaya ia bantu sembuhkan luka.
Tapi dari sudut perubatan:
🔹 Luka kecil dan bersih – biasanya tidak menjadi masalah besar.
🔹 Namun minyak gamat bukan rawatan utama untuk luka.
Beberapa perkara yang perlu tahu:
⚠️ Jika luka dalam, kotor atau dijangkiti, sapu minyak boleh perlahankan proses penyembuhan.
⚠️ Bagi pesakit kencing manis, luka yang tidak dirawat dengan betul boleh jadi lebih serius.
⚠️ Luka sepatutnya dibersihkan dan dibuat dressing dengan betul untuk elakkan jangkitan.
Kadang-kadang luka nampak kecil, tapi jika lambat sembuh, bernanah atau sakit, sebaiknya periksa dengan doktor.
📍 Klinik Harmoni
Rawatan cuci luka dan dressing luka juga disediakan.

Penjaja makanan? Berniaga di bazar?Vaksin typhoid penting untuk melindungi diri dan pelanggan daripada jangkitan kuman b...
06/03/2026

Penjaja makanan? Berniaga di bazar?

Vaksin typhoid penting untuk melindungi diri dan pelanggan daripada jangkitan kuman bawaan makanan.

Harga kini RM80

Jangan tunggu arahan atau kompaun.
Lengkapkan vaksinasi lebih awal.

Daftar di
Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam
📞 014-571 1531

Lindungi diri. Lindungi pelanggan.

05/03/2026

“Abang ni ingat sakit lutut biasa je…”

Lepas turun dari kereta 4x4, lutut terhentak sikit.
Mula-mula ingat tak ada apa — sapu minyak, rehat saja.

Tapi beberapa hari lepas tu:
• Lutut mula bengkak
• Rasa panas dan sakit bila gerak
• Nak naik tangga pun pedih

Bila periksa rupanya knee bursitis.

Knee bursitis berlaku bila kantung cecair di sekitar lutut (bursa) mengalami keradangan, biasanya disebabkan:
– Hentakan / jatuh
– Tekanan kuat pada lutut
– Pergerakan berulang

Kalau dibiarkan, bengkak boleh makin teruk sampai susah berjalan atau melutut.

Jangan anggap semua sakit lutut itu perkara kecil.
Kadang-kadang ia tanda keradangan yang perlukan rawatan.

PROMO ULTRASOUND SCREENINGAda ketulan? Sakit perut berpanjangan? Nak check kandungan?Ultrasound membantu melihat keadaan...
05/03/2026

PROMO ULTRASOUND SCREENING

Ada ketulan? Sakit perut berpanjangan? Nak check kandungan?

Ultrasound membantu melihat keadaan dalaman
secara jelas dan selamat.

Kami menyediakan:
• Antenatal Scan (2D–4D)
• Abdominal Scan
• Breast Scan
• Gynae Scan
• Lump & Bump Scan

Dilakukan oleh pegawai kesihatan wanita.
Keputusan sekitar 10 minit.
Report & filem disediakan.

Harga bermula RM40

Buat pemeriksaan di
Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam
📞 014-571 1531

Lebih jelas. Lebih yakin.

PAKEJ UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATANBadan nampak sihat bukan bermaksud dalaman juga sihat.Pemeriksaan awal boleh kesan risi...
04/03/2026

PAKEJ UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Badan nampak sihat bukan bermaksud dalaman juga sihat.

Pemeriksaan awal boleh kesan risiko
sebelum jadi masalah besar.

Pilih pakej ikut keperluan anda:
✔ Basic
✔ Premium
✔ Premium Lengkap

Termasuk ujian darah, kolesterol, gout, fungsi buah pinggang, saringan kencing manis dan banyak lagi.

Harga bermula RM70

Percuma konsultasi & pemeriksaan tekanan darah.

Buat saringan hari ini di
Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam
📞 014-571 1531

Cegah sebelum parah.

Address

Tingkat Bawah, Lot 8363, Mukim Maka, Daerah Kusial, Jajahan Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram