Klinik kesihatan Kemahang

Klinik kesihatan Kemahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik kesihatan Kemahang, Medical and health, Tanah Merah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur Program Aspirasi Keluarga MADANI FELDA Wilay...
06/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur Program Aspirasi Keluarga MADANI FELDA Wilayah Gua Musang atas jemputan yang diberikan.

Team Kesihatan dari Klinik Kesihatan Kemahang telah berpeluang menjalankan saringan kesihatan serta pameran Pap Smear bagi meningkatkan kesedaran kesihatan wanita dalam kalangan komuniti.

Turut diadakan, ceramah “Perangi Gula” yang disampaikan oleh Pegawai Dietetik, Dietitian Anis bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan pengawalan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

Semoga usaha ini memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran masyarakat ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan! 💙

Alhamdulillah, selesai sudah ceramah ringkas mengenai Diet untuk Pesakit Dialisis yang telah dijalankan sebanyak dua ses...
27/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah ceramah ringkas mengenai Diet untuk Pesakit Dialisis yang telah dijalankan sebanyak dua sesi di Unit Hemodialisis (HDU), Klinik Kesihatan Kemahang oleh Dietitian AnisCik Anis, Pegawai Dietetik (MyStep).

Dalam sesi ini, beliau menekankan 5 perkara penting dalam pemakanan pesakit dialisis iaitu pengambilan protein, fosfat, potassium, air dan sodium bagi membantu menjaga kesihatan serta kualiti hidup pesakit.

Turut diedarkan pamphlet mengenai diet untuk pesakit diabetes sebagai rujukan tambahan kepada para pesakit.

Ingat, jagalah kesihatan buah pinggang kerana apabila fungsinya hilang, ia tidak akan kembali seperti sediakala.

Majlis yang tertunggak sekian lama.Syawal telah pun melabuhkan tirai, kami baru sempat merakam gambar Lebaran Aidilfiltr...
24/04/2026

Majlis yang tertunggak sekian lama.
Syawal telah pun melabuhkan tirai, kami baru sempat merakam gambar Lebaran Aidilfiltri...

Selamat bertugas di tempat baru Dr Saadah + Dr Anis

18/03/2026

Terima lah dari kami warga Klinik Kesihatan Kemahang 🌙✨
Maaf zahir & batin, semoga syawal ini penuh keberkatan 🤍

18/03/2026

Raya dah tiba! 🌙✨

Warga Klinik Kesihatan Kemahang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 maaf zahir dan batin. Jangan lupa jaga kesihatan walau sibuk beraya! 💚

Tarikh:16/03/2026Tempat: Klinik Kesihatan KemahangCeramah  Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan untuk Ibu Mengandung 👩‍🍼🌙Ce...
16/03/2026

Tarikh:16/03/2026
Tempat: Klinik Kesihatan Kemahang
Ceramah Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan untuk Ibu Mengandung 👩‍🍼🌙

Ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Anis, Pegawai Dietetik di Klinik Kesihatan Kemahang. Antara perkongsian utama ialah persoalan yang sering ditanya: Bolehkah ibu mengandung berpuasa? serta panduan pemakanan yang sesuai sepanjang bulan Ramadhan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa terjaga.Program turut diserikan dengan sesi kuiz interaktif, dan beberapa hadiah menarik diberikan kepada peserta yang berjaya menjawab soalan dengan betul.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi kerjasama sepanjang sesi berlangsung. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu mengandung dalam mengamalkan pemakanan sihat sepanjang Ramadhan.

📢 Ceramah Pemakanan Sihat di Bulan RamadhanBertarikh 15/03/26 ,8.30 pagiPegawai Dietetik, Cik Anis  telah menyampaikan c...
15/03/2026

📢 Ceramah Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan
Bertarikh 15/03/26 ,8.30 pagi
Pegawai Dietetik, Cik Anis telah menyampaikan ceramah berkaitan **Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan kepada para pesakit di Klinik Kesihatan Batu Gajah, klinik jiran kami. Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang bulan puasa.

Antara perkongsian yang diberikan termasuk kepentingan mengambil makanan seimbang ketika bersahur dan berbuka, pengambilan air yang mencukupi serta mengawal saiz hidangan agar kesihatan dapat dikekalkan sepanjang Ramadhan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pesakit untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan berpada-pada ketika berpuasa. 🌙✨







CERAMAH PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADHANAssalamualaikum dan salam Ramadan semua ,bertarikh 02/03/26 jam 8.30 pagi..Pega...
02/03/2026

CERAMAH PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam Ramadan semua ,bertarikh 02/03/26 jam 8.30 pagi..
Pegawai Dietetik dari Klinik Kesihatan Kemahang Cik Anis telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan”

Antara perkongsian utama:
✨ Kepentingan sahur dan pemilihan makanan yang seimbang
✨ Kawalan pengambilan gula dan minuman manis
✨ Pengambilan air yang mencukupi dari berbuka hingga sahur
✨ Kawalan saiz hidangan (portion control)
✨ Elakkan pembaziran dan amalkan konsep suku-suku separuh

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu semua untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih sihat dan bertenaga 💪🌿

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama sepanjang sesi berlangsung.

13/02/2026

Sihat Itu Saya.
Video perjalanan program "Sihat Itu Saya" di klinik kesihatan Kemahang.

Alhamdulillah , program “SIHAT ITU SAYA” sesi – 1 di Klinik Kesihatan Kemahang berjalan lancar pada hari ini.Booth Pamer...
12/02/2026

Alhamdulillah , program “SIHAT ITU SAYA” sesi – 1 di Klinik Kesihatan Kemahang berjalan lancar pada hari ini.

Booth Pameran Kesihatan:
1. Farmasi (kenali ubat anda)
2. Fisioterapi
3. Kesihatan Wanita
4. Pemakanan sihat
5. Penyakit TB

Terimakasih kepada agensi-agensi yang memberi Kerjasama, tidak dilupakan jutaan terimakasih kepada semua warga Felda Kemahang yang turut serta pada programe hari ini.

Kami tidak menjangkakan kehadiran yang begitu memberangsangkan, ini membuktikan warga kemahang cakna terhadap kesihatan .

Kerjasama dari semua kakitangan klinik secara lansung atau tidak lansung amat kami hargai, tanpa sokongan staff yang menjalankan klinik , pastinya program ini akan tergendala.

Sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi dan Upk Pkd Tanah Merah menjadikan program ini lebih berwarna .

Insyaallah kita akan bertemu lagi di sesi yang ke 2

SIHAT ITU SAYA.pakat mari blako ke KLINIK KESIHATAN KEMAHANG:tarikh: 12.2.2026waktu : 8.10amtempat: klinik kesihatan kem...
09/02/2026

SIHAT ITU SAYA.

pakat mari blako ke KLINIK KESIHATAN KEMAHANG:

tarikh: 12.2.2026
waktu : 8.10am
tempat: klinik kesihatan kemahang

banyak acara menarik.
kita kongsi ilmu kesihatan untuk kelancaran kesihatan set-set kita.
banyak hadiah menarik menanti anda.

jangan lupa, KUNCI TARIKH DAN MASA anda. kita jumpa nanti

Address

Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099581192

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik kesihatan Kemahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share