21/04/2026
Hebat abang minyak hitam jalanan dan Dicky. Dua-dua orang baik dan pegang janji ❤️
Abang minyak hitam jalanan dalam posting terbaru berkongsi kisah apabila Dicky menghubunginya untuk menyerahkan sebahagian wang hasil gift TikTok sebanyak RM3,000 daripada jumlah keseluruhan RM5,000.
Wang itu ingin diberikan kerana janji yang dibuat untuk membantu orang lain. Walaupun pada awalnya abang minyak hitam jalanan menolak dan menyarankan agar wang digunakan untuk keperluan keluarga, terutama anak yang bersekolah, Dicky tetap bertegas mahu menunaikan janjinya.
Selepas berbincang dengan isterinya, Abang Minyak Hitam jalanan bersetuju menerima wang tersebut dan menginfaq semula kepada Dicky yang lebih memerlukan.
Tambahnya dia takut untuk pegang banyak wang infaq, kerana itu amanah.
Video penuh dalam komen