03/04/2026
BENGKEL PEMBANGUNAN POLISI KES RUJUKAN SEMPADAN NEGERI PAHANG-PERAK
Pada 1-2 April 2026, telah berlangsung Bengkel Pembangunan Polisi Kes Rujukan Sempadan Pahang-Perak bertempat di Institut Kanser Negara, Putrajaya. Peserta bengkel terdiri daripada Pegawai-Pegawai Tertinggi Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dan JKN Perak, Pengarah Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA), Timbalan Pengarah Hospital Kuala Lipis selaku ketua kluster Pahang Barat, Wakil Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), ketua-ketua kepakaran, ketua-ketua jabatan, pakar-pakar perubatan daripada kedua buah negeri, JKN Pahang & JKN Perak.
Pembentangan setiap kumpulan telah diadakan pada hari kedua, dengan kehadiran Pengarah Kesihatan Negeri Pahang sebagai ketua panel. Dua panel yang lain adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Pahang dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Perak.
Sebagai makluman, bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk membangun, menambahbaik polisi dan menyelaraskan proses rujukan kes dari HoSHKa ke HRPB. Dalam Mesyuarat Sempadan JKN Pahang-Perak pada 6 Oktober 2025 yang lepas, beberapa perkhidmatan kepakaran telah dibincangkan untuk membangunkan polisi masing-masing, melalui bengkel ini.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam bengkel dua negeri ini. Diharap agar polisi dan proses rujukan persempadanan yang telah dipersetujui bersama, mencapai objektif dalam memastikan kelancaran proses rujukan pesakit, penggunaan sumber yang optimum, kesinambungan rawatan yang berkualiti, efisien dan bersepadu.
https://www.facebook.com/share/p/1Gst6E5Rrh/