Wanita Ledang

Wanita Ledang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita Ledang, No 5 & 6, Jalan Dataran 1, Tangkak.

Info Terkini Prosedur memasuki Malaysia dari Singapura menggunakan jalan darat melalui Pintu Masuk Johor. Semoga memberi...
30/03/2022

Info Terkini

Prosedur memasuki Malaysia dari Singapura menggunakan jalan darat melalui Pintu Masuk Johor.

Semoga memberi manfaat dan dipermudahkan perjalanan kepada semua pihak

Saya ucapkan Selamat Bersidang kepada Semua Perwakilan Seluruh Malaysia Khususnya dari Negeri Johor dan Bahagian Ledang....
17/03/2022

Saya ucapkan Selamat Bersidang kepada Semua Perwakilan Seluruh Malaysia Khususnya dari Negeri Johor dan Bahagian Ledang.
Saya doakan semuanya dalam keadaan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah Swt.




27/02/2022
https://umno-online.my/2020/05/11/doa-sempena-ulang-tahun-umno-ke-74/Di pagi dan bulan yang penuh barakah ini, ayuh sama...
10/05/2021

https://umno-online.my/2020/05/11/doa-sempena-ulang-tahun-umno-ke-74/

Di pagi dan bulan yang penuh barakah ini, ayuh sama-sama kita berdoa sempena Ulangtahun UMNO yang ke-75.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘alamin, Wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Ya Allah…
YA Rahman…
YA Rahim…
Dengan kerendahan hati dan diri di bulan barakah ini,
Sempena Ulangtahun UMNO ke-75 ini,
Kami memohon kerahmatanMu Ya Allah,
Dan keampunanMu,
Bimbingilah kami,
Satukanlah hati-hati kami,
Rapatkanlah saf dan teguhkanlah kami,
Terus istiqomah dalam perjuangan ini,

Ya Allah…
Ya Fattah…
Ya Alim…
Naungilah kami,
Kasihanilah kami,
Kurniakanlah kami,
Dalam kekuatan,
Untuk menghadapi mehnah perjuangan ini,
Demi mempertahankan agamaMu,
Dan watan yang tercinta ini,

Ya Rahman…
Ya Rahim…
Ya Ar-hamarohimin…
Perjuangan ini masih belum selesai,
Kau permudahkanlah,
Jangan menyulitkanlah,
Kurnialah Kekuatan,
Janganlah kelemahan,
Berikanlah kesihatan,
Jangan kesakitan,
Kurniakanlah kemuliaan,
Janganlah kehinaan,
Dorongilah kami Ya Allah,
Ke arah kemenangan,
Bukan kekalahan,

Allahumma yassir wala tu’assir,
Rabbi tammim bi’khair,

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Jika Kau amanahkan kami kekuasaan,
Kurniakan kepada kami kekuatan,
Dan kemampuan untuk melaksanakannya,
Jauhkanlah diri kami dari fitnah kekuasaan,
Hindarkanlah percikan amarah dikalangan kami,
Sinarilah hati-hati kami dengan hikmah,
Hikmah perjuangan,
Lembutkanlah hati musuh-musuh kami,

Ya Allah…
Ya Malik…
Ya Kuddus…
Bantulah kami,
Ampunkanlah segala dosa dan keterlanjuran kami,
Kurniakanlah Nur Mu,
Kepada perjuangan parti keramat ini,
KepadaMu lah Ya Allah kami berserah,
KepadaMu jualah kami memohon pertolongan dan mengharap,

Amin… Amin…
Ya Robbal Alamin.

23/02/2021

Assalamualaikum Wrmtl Wbtkth

Wanita Umno Ledang bersedia membantu untuk semakan pengisian borang 5 skim bantuan kewangan Persekutuan bagi menjaga kebajikan golongan rentan terutamanya golongan warga emas, pesakit kronik dan Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga keluarga miskin terutama golongan keluarga dari kumpulan B40 elaun akan dinaikkan seperti berikut:

1.Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan seorang;

2 .Kadar Bantuan Orang Tua (BOT) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;

3 .Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;

4. Kadar bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 sebulan seorang; dan

5 Kadar Bantuan Kanak-Kanak (BKK) untuk keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 bagi seorang anak dengan maksimum RM450 kepada RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dan RM200 seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga

Kenaikan kadar bantuan ini akan bermula pada bulan Januari 2021.

Boleh dapatkan borang permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tangkak.

Untuk penghantaran borang permohonan, pemohon atau waris perlu menghantar sendiri ke JKM untuk memudahkan proses penerimaan borang.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan boleh berhubung dengan urusetia

Gambir : Hjh Zaiton Kairan - 0123195614
Tangkak : Pejabat Wanita UMNO Ledang - 0172753952
Serom - Pn Patonah Azali - 0166447617


YBhg. Bhg Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,HEBAHAN/MAKLUMAN: PERMOHONAN MASUK KE INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SU...
11/02/2021

YBhg. Bhg Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN/MAKLUMAN: PERMOHONAN MASUK KE INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) SESI JULAI 2021 TELAH DIBUKA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan kemasukan ke ILKBS bagi Sesi Julai 2021 telah dibuka untuk pendaftaran. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2021. Maklumat lanjut sila layari https://upu.mohe.gov.my/.
3. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama semua pihak untuk membuat hebahan dan mewar-warkan perkara ini secara menyeluruh.
4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan dalam perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Klik disini untuk berkomunikasi dengan bot yang direka untuk menjawab persoalan anda berkenaan dengan permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Wanita UMNO Bahagian Ledang membuat laporan polis ke atas Tan Sri Tommy Thomas diatas penulisan buku beliau yang bertaju...
11/02/2021

Wanita UMNO Bahagian Ledang membuat laporan polis ke atas Tan Sri Tommy Thomas diatas penulisan buku beliau yang bertajuk "Justice in the Wilderness" yang telah diterbitkan oleh GB Gerak Budaya. Beberapa tajuk bab buku tersebut menunjukkan kandungannya banyak berkait dengan rahsia kerajaan , berunsur fitnah dan berbaur hasutan.

Tarikh: Ahad 7 hb Februari 2021
Masa: 10 pagi
Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak.

Sekiranya anda layak untuk skim  , anda layak untuk menerima manfaat berikut:Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seu...
11/02/2021

Sekiranya anda layak untuk skim , anda layak untuk menerima manfaat berikut:

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Seperti yang diumumkan di dalam Pakej Prihatin, manfaat hospitalisasi mySalam (RM50 sehari untuk maksimum 14 hari) telah dipanjangkan kepada mereka yang:
• dimasukkan ke hospital kerana Covid 19, atau
• diarahkan untuk kuarantin di pusat kuarantin KKM atau di rumah sebagai Pesakit Bawah Siasatan (PUI)

Sehingga akhir bulan Januari 2021, MySalam telah meluluskan 67,000 tuntutan berkaitan Covid 19 berjumlah RM35 juta.

Layari laman sesawang https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BM untuk maklumat lanjut.

As salamualaikum dan Salam Muafakat Ledang Wanita UMNO Ledang ingin memaklumkan dan berkongsi maklumat  bahawa  kerajaan...
25/01/2021

As salamualaikum dan Salam Muafakat Ledang

Wanita UMNO Ledang ingin memaklumkan dan berkongsi maklumat bahawa
kerajaan Negeri Johor dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) ingin menawarkan Skim Pemulaan Perniagaan (PEMULA) kepada anak muda yang berusia 15 tahun hingga 30 tahun bagi mengikuti Kursus Senireka Gaya Rambut dan Kursus Teknologi Motorsikal selama 6 bulan yang dijalankan bersama pihak Giatmara.

Antara faedah yang akan diperoleh kepada peserta PEMULA ialah ;

1. Bayaran Pendaftaran akan ditanggung oleh YPKDT
2. Setiap peserta layak menerima bantuan peralatan perniagaan berdasarkan kepada kursus yang diikutu untuk tujuan memulakan perniagaan.
3. Peserta akan diberi pendedahan melalui Program Pembangunan Usahawan bagi membimbing mereka.
4. Bayaran elaun bulanan kepada peserta berjumlah RM200 dan bahan pembelajaran sepanjang tempoh kursus tersebut akan ditanggung oleh pihak Giatmara.

Anak-anak muda di Negeri Johor boleh mendapatkan borang pemohonan dihttp://ypkdt.org.my/wp-content/uploads/2021/01/borangpermohonanPEMULA.pdf . Tempat adalah TERHAD dan borang hendaklah dikembalikan semula kepada Pejabat YPKDT daerah masing-masing atau boleh diserahkan melalui emel di ypkd t@johor.gov.my .

Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2021


Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti ini berikrar akan terus bekerja keras melakukan tanggungjawab yg dipikul untuk...
24/01/2021

Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti ini berikrar akan terus bekerja keras melakukan tanggungjawab yg dipikul untuk berkhidmat kepada rakyat.
Kami sentiasa menganggap ini sebagai amal jariah dan akan terus berkhidmat tanpa pernah luntur malah seronok menjalankan tugas tanpa rasa terbeban .

KWUBL

Fokus Bantu Rakyat, Kukuhkan Gerak Kerja – Wanita UMNO 24 January 2021 Berita Utama KUALA LUMPUR, 24 Jan – Wanita UMNO Malaysia konsisten menyokong pendirian parti dan setiap keputusan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Kata Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini A...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Warga Ledang18 Januari 2021IsninSukacita kami ingin berkongsikan lagi, ...
18/01/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Warga Ledang

18 Januari 2021
Isnin

Sukacita kami ingin berkongsikan lagi, menerusi Belanjawan 2021, kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pelbagai inisiatif dan antaranya ialah Pemeriksaan secara PERCUMA Saringan Kanser Payudara (Ujian Mamogram) dan Saringan Kanser Pangkal Rahim/Serviks (HPV DNA).

Bagi ujian Mamogram, ia terbuka kepada semua wanita yangberumur 40 hingga 70 tahun dan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000. Bagi ujian HPV DNA, juga terbuka kepada semua wanita berumur 35 hingga 65 tahun, kumpulan B40 dan M40 yang sudah berkahwin dan pernah berkahwin.

Semua wanita yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, boleh menghubungi semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN Negeri Johor sebagaimana yang dipaparkan dalam infografik.

War-warkan supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan untuk jalani pemeriksaan, masih belum terlambat.




Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.Majlis Daerah Tangkak bertarikh 13 Januari 2021.Sama-sama kita patuhi SOP yang tel...
14/01/2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Majlis Daerah Tangkak bertarikh 13 Januari 2021.

Sama-sama kita patuhi SOP yang telah ditetapkan.



Tb 5 Januari & 8 Januari 2021Wanita UMNO Bhg Ledang bersedia membantu untuk pendaftaran dan semakan I Sinar KWSP di  3 D...
13/01/2021

Tb 5 Januari & 8 Januari 2021
Wanita UMNO Bhg Ledang bersedia membantu untuk pendaftaran dan semakan I Sinar KWSP di 3 Dun

Mulai
Selasa 5 Januari 2020
Jam 10 pagi - 1.00 petang setiap hari .
Isnin hingga Khamis.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)13 Januari hingga 26 Januari 2021 ini, Pemohon diminta berhubung dengan urusetia terlebih dahulu

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan

Gambir - 01117228582

Tangkak - 0177287952

Serom - 0166447617

Perkhidmatan lain yg kami sediakan
✅pendaftaran keahlian UMNO
✅Semakan dan bantuan pendaftaran SPR
✅Semakan PERKESO mySalam
JKM Baitulmal
iSuri dll

Kami berharap kemudahan ini dpt membantu anda semua .

Wanita UMNO Juara Rakyat
Skuad Sayang wanita UMNO bhg Ledang



Sabtu 5 hb Sept bersamaan16 Muharram 1442 bersama kepimpinan UMNO kami menziarahi 15 rumah warga emas dan sakit di Serom...
07/09/2020

Sabtu 5 hb Sept bersamaan16 Muharram 1442 bersama kepimpinan UMNO kami menziarahi 15 rumah warga emas dan sakit di Serom .
Mudah2 dapat merapatkan silaturrahim sesama kita dan moga segala amal kita diterima Allah SWT.

24/08/2020

SYARAT-SYARAT UNTUK MENYERTAI JOPAC SERVICES. 1. Warganegara Malaysia. 2. Berumur 18 tahun ke atas. 3. Keutamaan diberikan kepada golongan sasar (ibu tunggal, B40, M40, usahawan wanita, belia dan ketua keluarga). 4. Pemohon adalah digalakkan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan / telah m...

In nalillahi wa inna ilaihi rojiun .AlfatihahJasa Allahyarham sngt besar didlm kerja2 kebajikan dan Umno khususnya   .Mo...
20/07/2020

In nalillahi wa inna ilaihi rojiun .
Alfatihah

Jasa Allahyarham sngt besar didlm kerja2 kebajikan dan Umno khususnya .

Moga Allah ampun dosadosanya rahmati nya dan muliakan kematiannya lapangkan kuburnya dan jadikan Syurga sbg tmpt tinggalnya .

Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama hambaNya yg beriman dan beramal soleh

Allahumman Aaminn.

Address

No 5 & 6, Jalan Dataran 1
Tangkak
84900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Ledang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram