Pusat Rawatan Islam, Urutan & Bekam D Sufi Caw Pagoh

Pusat Rawatan Islam, Urutan & Bekam D Sufi Caw Pagoh Rawatan Islam D Sufi caw Pagoh telah berpindah ke Pusat Rawatan D sufi Bukit Gambir. Rawatan asas tauhid.

Imbas kerohanian(scan penyakit), urut tradisional, urut sufah(saraf & sendi), kyropraktik(sendi allignment), bekam, akupunktur, ru'yah gangguan.

Salam semua. Semoga anda semua sihat, ceria,dan dirahmati Allah. Untuk pengetahuan, Rawatan Islam D Sufi Caw Pagoh akan ...
06/01/2025

Salam semua. Semoga anda semua sihat, ceria,dan dirahmati Allah.
Untuk pengetahuan, Rawatan Islam D Sufi Caw Pagoh akan bergabung dengan Klinik Rawatan Islam D Sufi Bukit Gambir, insyaAllah dalam masa terdekat. Terima kasih kpd Tuan Guru Qudus atas penyusunan dan bimbingan yang sukar dinilai ini.

Al fatihah kepada Roh Allahyarham Abu Bakar Omar, sheikh yg b*k berkongsi kpd kami ilmu perubatan dan ketauhidan. Allahyarham juga adalah peneraju cawangan D Sufi Bukit Gambir bersama2 isteri beliau Pn Mizarah.
Al Fatihah (dibaca)

Produk rawatan terkini D Sufi caw Pagoh :1) Minyak tulang&sendi: untuk merawat tulang patah, retak dan sendi bermasalah....
23/11/2024

Produk rawatan terkini D Sufi caw Pagoh :
1) Minyak tulang&sendi: untuk merawat tulang patah, retak dan sendi bermasalah. Harga per botol 100ml : Rm25
2) Minyak urutan tradisional : untuk urutan seluruh badan, gigitan serangga, melecur dsb : Harga per botol 100ml : Rm13
3) Larutan bedak/krim t'cekur: untuk meredakan bengkak dan cedera otot akibat sukan atau kemalangan. Harga per bekas : Rm13
4) Larutan bedak/krim t'serai: untuk meredakan bengkak kaki diabetes, bengkak masalah saraf, gaout. Harga per bekas : Rm15
5) Krim XT-cool habbatussauda+halia+bidara :
-Gout Sakit sendi Sakit lutut
-Sengal/Kebas badan dan kaki
-Anxiety
-Bengkak
-Perut kembung
-Kaki merekah
-Batuk & Selsema
-Asma
-Migrain
-Senggugut
-Mengelakkan Kekejangan Otot
Harga per botol : Rm40
6) Sports spray magnesium XT-cool :
Magnesium Chloride (MgCl₂) adalah garam neutral diperoleh dari mineral air dasar laut.
Kegunaan Magnesium Chloride sebagai sumber kesihatan dan Suplemen untuk tubuh bagi fungsi otot, saraf, dan tulang yang berperanan mengawal Stress & Anxiety, stabilkan paras gula dalam tubuh, tidur tak lena, kekejangan otot, sakit otot & sendi, kurang tenaga dan pelbagai manfaat.
Harga per botol : Rm40
7) Minyak angin bidara zafran D Sufi: untuk melegakan sakit kepala/migrain, buang angin dlm badan, kembung perut, mabuk perjalanan jauh, sukar tidur malam, gigitan serangga, rawat gangguan dan banyak lagi. Harga : Rm10
8) Minyak angin bidara kasturi D Sufi. Harga : Rm15
9) Sabun bidara herba D Sufi :
diperbuat dari daun bidara, daun gelenggang dan daun sireh. Untuk kegunaan cucian muka, masalah jerawat, kesegaran badan, gatal kulit, ekzema, gatal kesan chicken pox, rawatan gangguan berkait kulit/tubuh. Harga : Rm15
10) Makjun Wakleh D Sufi : diperbuat dari rempah ratus jawa, kelapa dara dan madu. Untuk mengurangkan keletihan, kembalikan tenaga zahir/batin, utk ketahanan dan tenaga kerja berat, rawat batuk, selsema, pernafasan, dan rawat gangguan. Harga 8biji: Rm10

Waktu Rawatan di rumah kami (sementara):Ahad hingga Khamis -9pg-1tgh, 3.30ptg-6.30ptgWaktu rawatan keluar ke rumah pesak...
31/07/2024

Waktu Rawatan di rumah kami (sementara):
Ahad hingga Khamis -
9pg-1tgh, 3.30ptg-6.30ptg

Waktu rawatan keluar ke rumah pesakit :
Sabtu & Ahad -
9.15mlm- 12.tghmlm

Moga Allah permudahkan urusan kami dan kesembuhan utk Tuan/Puan.

Salam kpd semua. Utk makluman, rawatan Islam D Sufi caw Pagoh sedang beroperasi di rumah kediaman di taman pagoh jaya un...
13/07/2024

Salam kpd semua. Utk makluman, rawatan Islam D Sufi caw Pagoh sedang beroperasi di rumah kediaman di taman pagoh jaya untuk sementara waktu.

Alamat lokasi terkini : No 19, jln jaya 2/11, tmn pagoh jaya, pagoh 84600 muar, johor.

Kami terpaksa mencari premis baru (kemungkinan besar di Pekan Pagoh selepas ini), kerana bangunan/premis sebelum ini teruk dilanggar sebuah kereta pada tengah malam/awal pagi maal hijrah yg lepas.

InsyaAllah, jumpa kami di alamat terkini yg tersebut diatas.
Sekian, untuk makluman.

Anda batuk teruk? hingga terganggu tidur? Rasa perut tak selesa, kembung? Dah cuba pelbagai rawatan moden tapi tak sembu...
01/07/2024

Anda batuk teruk? hingga terganggu tidur? Rasa perut tak selesa, kembung? Dah cuba pelbagai rawatan moden tapi tak sembuh juga.

Penyakit gastroesophageal refluks (GERD) atau lebih mudah dikenali sebagai asid refluks, berlaku apabila asid dalam perut mengalir kembali ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan mulut dan perut.

Masalah asid refluks ini boleh mengakibatkan kerengsaan pada lapisan esofagus anda.

Tanda dan simptom GERD (termasuk yg jarang berlaku ) termasuklah:

-Sakit dada hingga disangka sakit jantung.
-Loya atau muntah
-Nafas berbau
-Kesukaran atau kesakitan ketika menelan
-Memuntahkan (regurgitation) makanan atau cecair masam
-Disfagia: terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak
-Rasa terbakar di dada yang berlaku selepas makan
-Masalah pernafasan/ asma baru muncul/ mungkin semakin teruk.
-Air liur dan kahak putih berbuih berlebihan/kerap.
-Batuk yang berpanjangan, sukar dirawat walau dengan pelbagai ubat.
-Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara
-Tidur terganggu (terutama dlm keadaan berbaring).

Disebabkan sebahagian simptom yg cenderung kpd batuk, kahak dan asma, kebanyakan doktor/perawat lebih mengutamakan kaedah ubat batuk, ubat kahak, ubat semput dan sebagainya. Akan tetapi punca sebenar simptom tersebut iaitu dari masalah Gerd juga perlu diberi perhatian. Malah banyak juga antara kes terkini, ada penglibatan gangguan 'mistik moden' yg memerlukan kedua dua kaedah rawatan islam/alternatif dan rawatan moden.
Maka kami dari kumpulan perubatan D'Sufi berpengalaman dan ada kaedah khusus (rawatan zahir batin) atau boleh ditafsirkan sebagai gabungan rawatan ubat moden + rawatan islam (doa serta iktiqad tauhid) + rawatan tradisional.
** Cari kami di Pusat Rawatan Islam, Urutan & Bekam D Sufi Caw Pagoh , terletak di tepi jalan antara taman pagoh jaya dan kg masyarakat jasa.

Hari ni sampai madu stick-madu tualang-madu hutan-madu royal jelly..utk jualan sekolah Pagoh..Rm1 saje. Murahkan?InsyaAl...
25/06/2024

Hari ni sampai madu stick
-madu tualang
-madu hutan
-madu royal jelly..utk jualan sekolah Pagoh..Rm1 saje. Murahkan?
InsyaAllah boleh jadi tambahan produk D Sufi Caw Pagoh.
Sebagai suppliment selepas rawatan. Moga dipermudahkan Allah.

Ada pesakit dtg mengadu sakit slip disc. Sebelum ke sini, dia ke hospital, jabatan/bahagian tulang pass ke bahagian sara...
25/06/2024

Ada pesakit dtg mengadu sakit slip disc. Sebelum ke sini, dia ke hospital, jabatan/bahagian tulang pass ke bahagian saraf, tapi di pass semula ke bahagian tulang...canner tu? Penin dia.
Tanya pendapat sy, sy kata...2-2 ada kaitan, sebab sarafnya yg telah tersepit di antara rawan dan tulang yg telah lari allignment/kedudukan. Sy cadangkan :
1) cek dulu dgn cara Rawatan Islam DSufi, sbb kadangkala saraf dan sendi bermasalah/lari allignment yg dibiar lama, tak mustahil akan ada terselit angin mistik atau masa kejadian juga ada 'sesuatu' sebagai ujian kepadanya dgn izin Allah. .. Ini antara sebab sukar dirawat atau sakit dtg semula walaupun pelbagai teknik spt urutan, kyropraktik( sendi allignment) dan akupunktur telah dilakukan, malah ada antaranya dah operated (pembedahan).
2) Baru kita rawat dgn cara urutan/ kyropraktik/ akupunktur....mungkin kesemua rawatan tersebut,
3) Datang sekali lagi selepas seminggu utk susulan rawatan.

InsyaAllah, segala penyakit, segala kesembuhan itu dari Allah jua.

Di Pusat Rawatan Islam D Sufi Cawangan Pagoh, antara trend penyakit terkini ialah berkaitan  saraf. Kami menggabungkan b...
25/06/2024

Di Pusat Rawatan Islam D Sufi Cawangan Pagoh, antara trend penyakit terkini ialah berkaitan saraf.
Kami menggabungkan beberapa teknik rawatan saraf atas keperluan si pesakit iaitu:
1) scan/ imbasan penyakit samaada pada zahir (jelas nampak pd luaran atau dalaman tubuh), juga kebatinan/kerohanian (gangguan makhuk halus, bisikan syaitan, kemurungan , angin pasang dan sebagainya.
2) Urutan sufah pd jaringan urat saraf dan poin sendi
3) Urutan tradisional teknik D sufi, menggunakan
minyak yg dimasak dgn akar kayu terpilih.
4) Akupunktur Tungs.
5) Kyropraktik (pembetulan kedudukan saraf, sendi & tulang )
6) Suppliment makanan ( ubat dan tumbuhan herba terpilih ).
7) Supliment ilmu agama utk pembetulan dan ketenangan hati dalam menerima ujian dari Allah.

Sakit perut/ Gerd / GastrikMasalah kesihatan tersebut sebenarnya telah lama dialami  oleh masyarakat Malaysia khususnya ...
12/06/2024

Sakit perut/ Gerd / Gastrik
Masalah kesihatan tersebut sebenarnya telah lama dialami oleh masyarakat Malaysia khususnya org Melayu. Biasanya ia menyerang kelompok tertentu yg mengamalkan cara pemakanan yg tak sesuai dgn penerimaan tubuh masing2 atau corak waktu makan yg tak teratur.
Namun kebelakangan ini sejak menghampiri pertengahan tahun 2024, seiring dgn keadaan cuaca/ perubahan angin yg tak menentu seakan mengiringi pertambahan kes2 sakit/ perut / angin gerd tersebut...seperti ada sesuatu serangan yg sukar dikenalpasti.
Bagi org beriman dan berakal seharusnya mereka bijak menafsirkan ini adalah salah satu ujjan Allah agar umat Islam khususnya kembali kpd pengampunan Allah, kebergantungan kpd Allah semata2.
Banyak juga pesakit pesakit yg telah mendapatkan pelbagai jenis rawatan serta ubat ubatan moden juga tradisional termasuk urutan tapi masih belum sembuh.
Malah ada antara masalah sakit perut/ gerd/ gastrik, (tak musatahil disertai berak berdarah) melibatkan serangan dari angin, sihir rambang/sesat dan bermacam lg.
Oleh itu, janganlah putus asa, marilah berubat di Pusat Rawatan Islam, Urutan & Bekam D Sufi Caw Pagoh .
Boleh google map 👉https://maps.app.goo.gl/wT6CTdTAqkZaCCUH6

Untuk penyakit seperti ini, kami merawat dgn pelbagai teknik:
1) Urutan tradisional di perut dan sengkak serta urutan angin pasang.
2) Urutan sufah point saraf dan sendi utk mengeluarkan gangguan angin.
3) Ubatan moden seperti pantoprazol, pentoprazol, omeprazol.
4) Ubatan 'alami' seperti Probiotik (peranan bakteria baik)
5) Scan(imbas) kesakitan dan pelbagai cara rawatan Islam D Sufi.
4) Rawatan jarum akupunktur yg banyak memainkan peranan keatas sistem saraf utama manusia. **Terdapat point2 tertentu dari celahan jari kaki, betis, peha dan bahu yg bersambung dan efektif ke atas masalah diperut termasuk angin pasang ..bersambung.... ..

Dewasa ini, masyarakat Islam banyak diuji dgn masalah organ dalaman spt perut, hempedu, usus kecil, pundi kencing, usus ...
15/05/2024

Dewasa ini, masyarakat Islam banyak diuji dgn masalah organ dalaman spt perut, hempedu, usus kecil, pundi kencing, usus besar, paru paru dan jantung, juga organ pada kepala spt mata, telinga, mulut/lidah.
Perubatan Islam D sufi caw Pagoh cuba mencungkil dari aspek sains moden, rawatan tradisional Melayu dan Cina, berpaksikan Tauhid dgn teknik rawatan Islam. Alhamdulillah, setakat ini Allah jualah yg telah menyembuhkan pesakit2 kami.

Firman Allah dlm surah Al'Ankabut. Ayat 19.
"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Dia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah". .Maka mudah bagi Allah dlm menyelesaikan segala penyakit. Dari Allah ia datang, kepada Allah jua ia kembali.

Teknik rawatan Islam kumpulan D Sufi menggabungkan
1)teori sains moden
2)iktikad tauhid
-pada zahir ( anggota tubuh luar dan dalam yg nyata ) dan
-pada batin ( rahsia kerohanian dalaman / yg ghaib)
3)urutan tradisioanal (minyak yg dimasak dgn herba), urutan sufah (point saraf dan sendi)
4)teknik akupunktur Master Tung (point tertentu) di sepanjang laluan saraf berkaitan secara zahir&batin
5)bekam sunnah dan bekam SimCheon Sa Hyeol(korean) secara zahir & batin
6)Kyropraktik (body&sendi allignment) utk slip disc, bahu, tengkuk, lutut dan lain lain.

**sedikit nota sistem saraf
Sistem saraf manusia dikelaskan kepada 2 bahagian.
- sistem saraf neuron
- sistem saraf periferi.
Saraf neuron : 2bahagian ( saraf otak dan saraf tunjang). Ia banyak melibatkan organ dalaman dari kepala melalui tengah badan (sepanjang tulang belakang) yg membentuk huruf Aliff.
Saraf periferi lebih kpd keseimbangan dan pergerakan badan ( melibatkan anggota kaki dan tangan termasuk bahu. )

Hanya Allah pd semua hal...apabila kita faham akan sifat 20 Allah yang terpasak dlm tubuh manusia. Maka jelaslah manusia adalah hamba yg diturunkan semata utk mengabdikan (menyerah diri ) sepenuhnya kpd Allah.
Sakit dan ujian dari Allah, kpd Allah jua ia kembali.

Kami mengalu-alukan kesudian anda berubat di Pusat Rawatan Islam, Urutan & Bekam D Sufi Caw Pagoh

Oh Tuhanku. Ku datang padaMu. Mohon lindungi daku dari rasa bangga diri. Aku hanya hambuMu yg kerdil dan hina, memegang ...
05/05/2024

Oh Tuhanku. Ku datang padaMu. Mohon lindungi daku dari rasa bangga diri. Aku hanya hambuMu yg kerdil dan hina, memegang amanah dari Mu. Aku hanya dahagakan kasih sayangMu, rahmat dariMu. Biarlah zahirku terlihat lemah, buruk. Biarlah darjatku rendah pada mata manusia, yg aku dambakan ialah sedikit kesetiaan yg Kau campakkan padaku demi istiqamahku dlm mengejar ilmuMu, khidmat dan pengabdianku pada Mu. Moga aku mampu hadir kepadaMu dengan penuh seri.

60 seconds · Clipped by Azmi A.Majid · Original video "Orkes El Suraya - Mohon Dan Pinta (Official Audio)" by Life Records Malaysia

16/04/2024

Hari ke2 operasi selepas cuti lama beraya di kelantan. Alhamdulillah...

Address

Pusat Perdagangan, 6, Jalan Perdagangan 9, Bukit Gambir
Tangkak
84800

Opening Hours

Monday 09:30 - 12:30
14:30 - 22:00
Tuesday 09:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 12:30
14:30 - 22:00
Thursday 09:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 12:30
14:30 - 22:00
Sunday 09:30 - 12:30
14:30 - 22:00

Telephone

+60139932161

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam, Urutan & Bekam D Sufi Caw Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Islam, Urutan & Bekam D Sufi Caw Pagoh:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram