03/09/2025
Terkena sihir di rumah sewa
Tinggal di Kota besar sewa rumah bawah kos nya tinggi.Jadi berbekal duit tabungan simpanan ada lah sedikit untuk aku memulakan kehidupan selepas kahwin.Aku & isteri memilih untuk menyewa rumah flat kerana dekat dengan tempat kerja kami.Lagipun kos sewa nya agak murah sedikit.
Tahun pertama aku kahwin , kami sangat bahagia.Namun tahun kedua perkahwinan kami sering kerap-kali bergaduh , masuk rumah jer , rasa bahang panas.Pernah kami tidak boleh tidur bersama.
Ketika bergaduh bertikam lidah , pernah beberapa kali isteri aku minta untuk diceraikan.Tetapi aku masih boleh sabar , sehingga beberapa kali jua , kami berubat secara rawatan Islam.
Yang menghairankan kami , semua ustaz-ustaz yg
merawat kami berdua berkata kami di sihir oleh kawan-kawan sekerja lah , jiran tetangga , dgn boyfriend lama lah dan lain-lain.
Balik kampung , aku ada bercerita lah hal aku dengan pak long , dia cadangkan untuk aku pagar rumah.Aku bawa lah perawat ke rumah kami.Mereka pagar , ruqyah & merawat keadaan kami berdua.
Setelah beberapa seisi rawatan kami terima , perawat bercerita , rupanya penyewa lama berkemungkinan pernah terkena sihir dengan orang luar.Jadi kami penyewa baru tidak Pagar rumah itu.
Mungkin kesan barang-barang orang lain punya kami yang terkena.
Alhamdulilah, dengan izin Allah SWT , segala petanda gangguan di atas tadi sudah hilang umpama angin lalu.
Alhamdulilah, Syukur kami masih bersama.