Poliklinik Bakti Aminin

Poliklinik Bakti Aminin Poliklinik Bakti Aminin menawar Perkhidmatan Pelbagai Disiplin Perubatan. Perkhidmatan Xray dan Ultrasound.

Perkhidmatan Rawatan Klinik Perubatan Dengan Pengkhususan Perkhidmatan Pembedahan Kecil, Klinik Antental dan Sakit Puan dan Klinik PROLOTHERAPY.

RUMAH SEWAAN PELAJAR UPSI UNTUK DIJUAL DI TAMAN UNIVERSITI TANJONG MALIM, PERAKTersedia untuk pelaburan anda ; memiliki ...
11/03/2026

RUMAH SEWAAN PELAJAR UPSI UNTUK DIJUAL DI TAMAN UNIVERSITI TANJONG MALIM, PERAK

Tersedia untuk pelaburan anda ; memiliki rumah untuk sewaan pelajar UPSI lengkap dengan perabut dan kemudahan yang tersedia ada.

Lokasi strategik;

No 7 , Jalan U1/2, Taman Universiti, Tanjong Malim, Perak.
Berhampiran dengan pintu masuk utama UPSI dan shuttle bus UPSI.
Dikelilingi dengan kemudahan kedai serbaneka, pelbagai pilihan restoran seperti makanan campur, mamak, masakan cina muslim serta cafe. Kedai komputer dan stationary untuk kemudahan pelajar.
Ekses mudah untuk ETS/Komuter KTMB

Rumah teres 2 tingkat yang telah diubah suai;
- 5 bilik dengan 4 bilikair/tandas
- Tersedia dengan perabut dan kemudahan pelajar.
Setiap pelajar disediakan : 1 tilam
1 katil
1 almari/locker
1 meja dan kerusi studi
- Mesin basuh
- Peti sejuk
- Set dapur
- Iron dan iron board
- Set perabut ruang tamu/rehat

Kadar sewa terkini / sebulan
14 orang pelajar x RM 170 = RM 2,380.00

Peluang anda sebagai pemilik baru kediaman sewaan pelajar yang tersedia ini untuk pelaburan anda.

Berminat ? whatsapp 017 219 1510

Lot banglo eksklusif untuk bina kediaman idaman anda di Diamond Creek. Tg Malim. Perak.WhatsApp 0172191510
10/03/2026

Lot banglo eksklusif untuk bina kediaman idaman anda di Diamond Creek. Tg Malim. Perak.

WhatsApp 0172191510

Explore Residential Land for Sale for RM 300,000 Lot banglo eksklusif untuk bina kediaman idaman anda di Diamond Creek in Tanjung Malim, Perak. 0.25 Acre(s), Leasehold, ID 114202178. Find your next property on Mudah.my.

2 Lot bangunan kedai untuk dijual segera di Behrang 2020Berminat hubungi 0172191510
28/02/2026

2 Lot bangunan kedai untuk dijual segera di Behrang 2020
Berminat hubungi 0172191510

Explore Shop lot for Sale for RM 385,000 2 lot bangunan kedai untuk dijual in Tanjung Malim, Perak. 1647 sq.ft, Freehold, ID 114069244. Find your next property on Mudah.my.

28/02/2026

Merayau sebelum Ramadhan 1447

Sempat MenontonTHE VOICE OF HIND RAJABSengaja diatur trip ke Cinema IOI Putrajaya, 10.30 pm @ 23.1.2026 Alhamdulillah be...
24/01/2026

Sempat Menonton

THE VOICE OF HIND RAJAB

Sengaja diatur trip ke Cinema IOI Putrajaya, 10.30 pm @ 23.1.2026
Alhamdulillah berkesempatan menontonnya.

Bagi menyaksikan;
Kepedihan
Perjuangan dan Pengorbanan
Usha dan tawakal
Maruah dan jati diri

Filem terus dari tempat kejadian
Suara rintihan yang benar, suara penyelamat yang benar, suara getaran yang mengharap yang benar malahan bunyi tembakan dari puaka jahanam yang benar terus dari ;

31"30'49" N 34"26'13"E TEL AL-HAWA, GAZA

Perasaan dan seolah-olah berada disitu !

Menjadi kedengaran esakan menahan pilu kedengaran dalam kegelapan sipenonton yang menyaksikan...menghayati

Sedangkan dada rasa sakit terhimpit walaupun air mata tak keluar....tetapi pedih , kecewa hanya mampu mengatakan ...hasbuna Allah wa nikmal wakil !

Akhirnya memujuk hati ini...
Allah tidak menjadikan kita semua sama.
Tapi Usha dan tawakal itu tetap sama. Allahu akbar !

Sesiapa berkelapangan pergilah menonton sebelum tamat penyiaran hujung bulan ini.

07/01/2026

Kayuhan penutup 2025

Tanjong Malim -- Selisik -- Felda Gedangsa -- Keledang -- SKC -- Alah Batu -- Kuala Slim -- Slim River -- Balun -- Slim -- Sg Bill -- Proton UPSI -- Tanjong Malim.

BAKER'S CYSTSeorang pesakit lelaki berumur 65 thn datang berjumpa saya. Mengadu sakit dan tidak selesa ketika berdiri da...
03/01/2026

BAKER'S CYST

Seorang pesakit lelaki berumur 65 thn datang berjumpa saya. Mengadu sakit dan tidak selesa ketika berdiri dan berjalan pada peha belakang dan bahagian betis. Beliau boleh melipatlan sendi lutut dengan sempurna.

Pemeriksaan pada sendi lutut nampak normal. Peha ( hamstring muscle ) dan betis ( calf muscle) normal.

Didapati timbul benjolan dibelakang pelipat sendi lutut ketika pesakit berdiri dan tiada benjolan ketika pesakit berbaring.

Klinikal diagnosis Baker's cyst telah dibuat.

Apakah Baker's cyst?
Kantung atau cyst yg terbentuk dari selaput synovial sendi yg tersembul akibat degenerasi sendi lutut.

Apa perlu dibuat?
1. Pemeriksaan ultrasound sendi lutut perlu dilakukan utk mengesahkan benjolan tersebut adalah Baker's cyst kerana terdpt beberapa pembentukan cyst yg lain.
2. Pemeriksaan ultrasound menyeluruh pda sendi lutut utk memastikan struktur yg rosak atau cedera dan radang yg menyebabkan terbetuk Baker's cyst.

Rawatan?
Cecair Baker's cyst perlu dikeluarkan sekiranya sakit dan menyebabkan himpitan pda struktur sekelilingnya

Terpenting rawatan pda struktur yg menyebabkan terbentuknya degenerasi sendi lutut perlu dirawat.

Pesakit tersebut akan mengikuti rawatan bersama kami mengikut temujanji yg diberikan.

Anda mengalami masalah sakit sendi urat dan otot?
Datanglah berjumpa kami utk rawatan anda dgn menghubungi 012-444 6749

03/01/2026

Rawatan Sakit Otot, Sendi dan Urat Poliklinik Bakti Aminin

Banyak aktiviti & urusan harian terbatas kerana rasa sakit² yang berlarutan?
********************************

Atasi rasa sakit otot, sendi & urat, tingkatkan pergerakkan yang selamat & selesa
Rawatan Regenerative Medicine termasuk PRP (Platelet Rich Plasma) & Intra articular injection ditawarkan berdasarkan penilaian doktor & keperluan individu
Membantu mengurangkan ketidakselesaan & menyokong pemulihan kesihatan otot, sendi & urat anda
********************************

Dapatkan pemeriksaan menyeluruh di Poliklinik Bakti Aminin, Tg Malim sekarang

"Bergerak dengan lebih selesa, hidup dengan lebih tenang, yakin."
Hubungi 012-444 6749

03/01/2026

Perkhidmatan Pembedahan Minor Yang Kami Sediakan.

Banyak aktiviti & urusan harian terbatas kerana rasa sakit² yang berlarutan?
********************************
Atasi rasa sakit otot, sendi & urat, tingkatkan pergerakkan yang selamat & selesa
Rawatan Regenerative Medicine termasuk PRP (Platelet Rich Plasma) & Intra articular injection ditawarkan berdasarkan penilaian doktor & keperluan individu
Membantu mengurangkan ketidakselesaan & menyokong pemulihan kesihatan otot, sendi & urat anda
********************************
Dapatkan pemeriksaan menyeluruh di Poliklinik Bakti Aminin, Tg Malim sekarang

"Bergerak dengan lebih selesa, hidup dengan lebih tenang, yakin."

Adakah anda mengalami keadaan yang berikut?
⛔️Jari terkunci atau jari sangkut
⛔️Ketulan/ketumbuhan di bahagian kepala, tengkuk, bahu, tangan, kaki atau belakang badan
⛔️Cedera luka terdedah
⛔️Kuku jari menjadi cekam
⛔️Nanah yg perlu dikeluarkan
⛔️Jahitan luka terbuka

Prosedur pembedahan kecil ditawarkan di Poliklinik Bakti Aminin untuk membantu anda
✅️Trigger Finger Release
✅️Circumcission (Berkhatan)
✅️Ingrown Toenail Reconstruction
✅️Incision & Drainage
✅️Secondary Suturing
✅️Jahitan Luka
✅️Ketulan
✅️Ketumbuhan
✅️Cyst
✅️Ganglion
✅️Wart

Hubungi kami 012-444 6749

02/01/2026

LANGKAH PEMBUKAAN TAHUN BARU 2026- Langkah kami, Poliklinik Bakti Aminin yang sentiasa memberi khidmat bakti.!

Pembukaan tahun 2026 - UJIAN SARINGAN KESIHATAN2 & 3 Januari 20268.00 am - 12. 00 pmUjian Saringan Darah           RM 15...
26/12/2025

Pembukaan tahun 2026 - UJIAN SARINGAN KESIHATAN

2 & 3 Januari 2026
8.00 am - 12. 00 pm

Ujian Saringan Darah RM 150

Tambahan untuk Wanita ( Dikendalikan oleh doktor wanita )
+ Gynae Scan RM 100
+ PAP Smear RM 70

Tambahan untuk Lelaki
* Prostate & KUB Scan RM 170
+ ECG RM 60

Perlu berpuasa > 8 jam

Konsultasi percuma.

Sebarang pertanyaan hubungi 012-444 6749

Perkhidmatan kami tersedia untuk anda 25/12/20253.00 pm - 8.30 pm26/12/202510.00 am - 8.30 pm(1.00 pm - 3. 00 pm rehat)B...
24/12/2025

Perkhidmatan kami tersedia untuk anda

25/12/2025
3.00 pm - 8.30 pm

26/12/2025
10.00 am - 8.30 pm
(1.00 pm - 3. 00 pm rehat)

Boleh hubungi kami
012-444 6749

Address

No 46 & 49 , Jalan Hj Mustafa Rj Kamala
Tanjongmalim
35900

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:00

Telephone

+60124446749

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Bakti Aminin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Bakti Aminin:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram