Pusat Dialysis Nephrocare Global Cawangan Tanjung Karang

Pusat Dialysis Nephrocare Global Cawangan Tanjung Karang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Dialysis Nephrocare Global Cawangan Tanjung Karang, Medical and health, Jalan makmur 1 taman makmur, Tanjung Karang.

02/04/2022

RAMADHAN BAGI PESAKIT BUAH-PINGGANG KRONIK /DIALISIS

Sempena bulan Ramadhan, ramai pesakit bertanya pelbagai soalan:

1. Boleh tak seorang pesakit buah-pinggang kronik atau dialisis berpuasa?

Tidak batal puasa jika seseorang melakukan rawatan dialisis (samada hemodialisis atau peritoneal dialisis).

Tetapi jika berpuasa itu memudaratkan kesihatan....tidak wajib dan tidak digalakkan berpuasa. Bayar fidyah. Ada pesakit dialisis tidak mampu berpuasa dan mereka akan pengsan ketika berpuasa disebabkan hypoglisemia (kurang gula) atau tekanan darah rendah sebab dehidrasi (kurang air).

2. Bagaimana dengan pengambilan ubatan ketika berpuasa?

Ubat tetap perlu diambil seperti biasa tetapi perlu diubah waktu pengambilannya iaitu ketika bersahur dan berbuka. Sila rujuk doktor yang menjaga untuk memastikan ubat diambil dengan betul.

Bagi pesakit diabetis yang ada suntikan insulin, dos insulin yang diambil ketika bersahur dan berbuka perlu minta nasihat doktor atau pegawai farmasi.

3. Apa yang perlu dijaga ketika berpuasa?

* Jangan ambil air dan garam berlebihan ketika berbuka.Minum air dan makan berpada-pada ketika berbuka

* Jangan lupa pengambilan ubat kalsium karbonat ketika makan semasa bersahur dan berbuka

* Jangan ambil buah kurma berlebihan ketika berbuka (satu ulas sudah memadai) untuk elak fosfat tinggi

* Bagi pesakit dialisis, berat kering (dry weight) perlu dipantau dan mungkin perlu diubah sebab jika berpuasa, berat kering akan turun




Lily Mushahar
Ketua Dr Pakar Buah-pinggang
Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Pusat Dialisis Nephrocare Global mempunyai jawatan kosong sebagai Jururawat Terlatih...
19/11/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pusat Dialisis Nephrocare Global mempunyai jawatan kosong sebagai Jururawat Terlatih.

Sila rujuk iklan untuk maklumat lanjut .

Sertai kami sekarang!


3. GraftGraft arteriovenous(AV) adalah satu lagi bentuk vascular akses dialisis jangka panjang, yang boleh digunakan apa...
04/11/2021

3. Graft

Graft arteriovenous(AV) adalah satu lagi bentuk vascular akses dialisis jangka panjang, yang boleh digunakan apabila orang tidak mempunyai saluran darah yang sesuai untuk fistula AV atau mempunyai fistula AV yang gagal.

Semasa pembedahan, arteri disambungkan ke vena dengan sekeping pendek tiub lembut tiruan(graf) yang ditanamkan di bawah kulit. Jarum akan dimasukkan dalam ‘graf’ semasa rawatan dialisis.

Berbanding dengan fistula AV, graf AV berisiko tinggi untuk pembekuan, jangkitan kuman berbanding dengan fistula AV.

2. AV Fistula-Fistula arteriovenous atau AV adalah kaedah yang paling biasa dan kaedah akses vaskular yang terbaik untuk...
03/11/2021

2. AV Fistula

-Fistula arteriovenous atau AV adalah kaedah yang paling biasa dan kaedah akses vaskular yang terbaik untuk hemodialisis jangka panjang kerana ia bertahan lebih lama dan kurang berkemungkinan untuk mendapatkan pembekuan atau jangkitan kuman.

-Fistula AV dibentuk di lengan bawah berhampiran pergelangan tangan secara pembedahan dengan menyambung arteri radial ke urat cephalic.

-Oleh kerana aliran darah dan tekanan lebih tinggi dalam arteri daripada vena, darah mengalir dari arteri ke vena melalui saluran yang dibentuk semasa pembedahan. Selepas beberapa minggu atau bulan, vena akan membesar dan dindingnya bertambah kuat dan tebal.

-Pematangan fistula AV itu memerlukan masa, oleh itu, ia tidak boleh digunakan untuk hemodialisis sejurus selepas dibentuk.

-Untuk hemodialisis dua jarum akan dimasukkan ke dalam fistula, satu untuk membawa darah ke dializer dan satu lagi untuk mengembalikan darah yang dibersihkan ke badan.

-Fistula AV berfungsi selama bertahun-tahun jika dijaga dengan baik. Semua aktiviti harian yang biasa boleh dilakukan dengan tangan yang mempunyai fistula AV.

Bagaimanakah darah dikeluarkan untuk pembersihan dan dikembalikan ke badan dalam proses hemodialisis?Ketiga jenis yang p...
30/10/2021

Bagaimanakah darah dikeluarkan untuk pembersihan dan dikembalikan ke badan dalam proses hemodialisis?

Ketiga jenis yang paling biasa akses vaskular untuk hemodialisis adalah

1)kateter hemodialisis
2)fistulas arteriovenous (AV) asli
3)graf sintetik.

🤍🖤🤍🖤🤍🖤🤍🖤🤍🖤🤍🖤🤍🖤

1) Central Venous Catheter (Kateter Hemodialisis)

Sebaik sahaja keputusan untuk memulakan hemodialisis segera dibuat, akses vaskular atau kateter hemodialsiis perlu dimasukkan. Akses vaskular akan membolehkan darah pesakit disalurkan dari badan ke mesin dialisis untuk dibersihkan atau ditapis.

Kaedah akses vaskular ini sesuai untuk kegunaan jangka pendek sehingga fistula matang.

Kateter dimasukkan ke dalam urat besar sama ada di leher, dada, atau kaki berhampiran pangkal paha (urat dalaman jugular, subclavian dan femoral). Dengan kateter ini, lebih daripada 300 ml/min darah boleh disalirkan keluar dari badan untuk rawatan dialisis.

Kateter hemodialisis adalah tiub yang fleksibel, berongga dengan dua lumen. Darah akan meninggalkan badan pesakit melalui satu lumen, memasuki litar dialisis, dan dikembalikan ke badan melalui lumen yang lain.

Kateter haemodialisis adalah akses segera untuk hemodialisis terutama pada kes-kes kecemasan.

Dua jenis kateter vena boleh didapati, Permcath (boleh digunakan untuk bulan ke tahun) dan IJC (boleh digunakan untuk minggu).

25/10/2021

Apakah "berat kering"?

Pada pesakit yang menjalani dialisis, "berat kering" adalah berat pesakit selepas semua cecair yang berlebihan dikeluarkan oleh dialisis. "Berat kering" mungkin perlu diselaraskan dari semasa ke semasa kerana berat sebenar pesakit boleh berubah. Ini juga dikenali sebagai berat badan bebas-edema, paru-paru pesakit tidak berair dan status hemodinamik tidak dikompromi (BP tidak rendah dan tidak ada gejala)

24/10/2021

Adakah pesakit dialisis perlu menyekat diet mereka?

Ya. Cadangan diet biasa untuk pesakit dialisis adalah pembatasan pengambilan makanan tinggi natrium, kalium, fosforus dan cecair. Pesakit dialisis mesti mengikuti nasihat diet ini. Kebanyakan pesakit dialisis dinasihatkan untuk mengambil lebih banyak protein berbanding preskripsi pra-dialisis mereka, dengan kalori yang mencukupi, vitamin larut air dan mineral. Adalah dinasihatkan bahawa pesakit dialisis berunding dengan pakar pemakanan untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk mereka.

🚫 Walaupun selepas menjalani dialisis, kawalan pemakanan mesti diteruskan.

23/10/2021

Bilakah dialysis diperlukan❓❓

Apabila fungsi buah pinggang dikurangkan sebanyak 85-90% dari normal (ESKD), produk sisa biasa dan cecair berkumpul dalam badan. Pengumpulan toksin seperti kreatinin dan produk sisa nitrogen lain menyebabkan gejala seperti mual, muntah, keletihan, bengkak dan sesak nafas. Ini dikenali secara kolektif sebagai uremia. Pada ketika ini, rawatan perubatan tidak mencukupi dan pesakit perlu memulakan dialysis dengan segera.

🚫 Dialisis adalah modaliti rawatan yang cepat dan berkesan untuk pesakit kegagalan buah pinggang yang teruk dan simptomatik.

Bolehkah dialisis menyembuhkan penyakit buah pinggang kronik❓❓

Tidak. Rawatan dialisis tidak menyembuhkan CKD dan apabila pesakit mencapai tahap 5 (ESKD), rawatan dialisis seumur hidup akan diperlukan melainkan jika pemindahan buah pinggang Berjaya dilakukan. Sebaliknya, pesakit dengan kecederaan buah pinggang akut (AKI) mungkin memerlukan sokongan dialisis hanya untuk tempoh yang singkat sehingga fungsi buah pinggang pulih.

🚫 Dialisis tidak dapat menyembuhkan kegagalan buah pinggang tetapi membantu pesakit untuk hidup dengan selesa walaupun kegagalan buah pinggang.

“Kesan Kepada Pesakit Makan Sewaktu Dialisis”.Kami sayang semua warga pesakit dan penting penerangan yang jelas kepada w...
20/10/2021

“Kesan Kepada Pesakit Makan Sewaktu Dialisis”.

Kami sayang semua warga pesakit dan penting penerangan yang jelas kepada warga pesakit.

Tanggungjawab kami untuk menjaga warga pesakit.

Juga sila rujuk SOP COVID-19.

Happy Day!

29/06/2021
12/03/2021

TIP PEMAKANAN *NO3

Tip Pengawalan Phosphate

1. Untuk mengurangkan kandungan fosfat:
a. Ayam direbus hingga masak dan dibuangkan air rebusannya terlebih dahulu sebelum
digoreng.
b. Gunakan daging/ayam segar yang dicincang sendiri berbanding dengan daging/ayam
cincang yang diproses.
c. Elakkan mengambil kuning telur.
d. Elakkan mengambil air rebusan ikan.

2. Pesakit akan diberi ubat pengikat phosphate yang perlu dikunyah bersama makanan. Ubat pengikat phosphate ini akan ‘mengikat’ phosphate daripada makanan supaya ia tidak akan diserap ke dalam salur darah dan seterusnya ia akan disingkir melalui najis.

12/03/2021

😊 Hari ini...
🕋 *28 Rejab 1442 Hijrah*
☪️ _Countdown_ Ramadan
⏳ 3️⃣2️⃣ hari lagi

Address

Jalan Makmur 1 Taman Makmur
Tanjung Karang
45500

Opening Hours

Monday 06:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60332698231

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Dialysis Nephrocare Global Cawangan Tanjung Karang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram