Farmasi Tanjung Tualang

Farmasi Tanjung Tualang WAKTU OPERASI : 8.00 AM - 9.00 PM
DIBUKA SETIAP HARI TERMASUK CUTI UMUM
TEL NO : wasap.my/60182306211

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Jawatan kosong.Hantarkan resume kepada nombor telefon yang tertera dengan segera unt...
31/10/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jawatan kosong.
Hantarkan resume kepada nombor telefon yang tertera dengan segera untuk urusan temuduga.
Terima kasih.

27/09/2024

Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai β€œpsoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.



26/09/2024

Ahli farmasi merupakan individu terlatih dengan pengetahuan khusus dan mendalam berkaitan ubat-ubatan.

Tugas ahli farmasi tidak terhad di kaunter farmasi sahaja, bahkan turut melibatkan pelbagai bidang termasuk bidang pengurusan, regulatori, penguatkuasaan, industri farmaseutikal, farmasi komuniti, fasiliti kesihatan swasta, akademia, militari dan maritim.

Jom jadikan ahli farmasi sebagai rakan ubat anda!



25/09/2024

πŸ“Œ Dengarkan temu bual bersama Dr Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM hari ini.

Platform: TV Alhijrah πŸ“»
Tarikh: 25 September 2024 (Rabu) πŸ—“οΈ
Masa: 9.00 Pagi
Topik: Bahaya Wabak MPOX (Monkeypox)



24/09/2024

πŸ“Œ Seharian di tempat kerja kadangkala menyebabkan pekerja berasa mudah stress dan kepenatan.

πŸ’ͺ😍 Jom kita lakukan bersama tip seperti yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk kita meningkatkan flesibiliti diri terutamanya dalam melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada produktiviti ketika bekerja.



23/09/2024

Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat πŸ‘πŸ»

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah πŸ₯•πŸ₯šπŸ— sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

‼️ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat



20/09/2024

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

πŸ”Ž Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.



19/09/2024
18/09/2024

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.



12/09/2024

Kebanyakkan penyakit mulut boleh cegah menerusi amalan penjagaan pergigian yang sempurna dan diikuti dengan penjagaan kebersihan gigi yang baik.

Ikuti cara pencegahan penyakit mulut seperti yang dikongsikan sebagai peringatan bersama bagi mencegah penyakit mulut yang boleh mengundang ketidaselesaan dan jaminan kesihatan mulut di tahap optimum.

πŸ“’ Pengumuman Penting! πŸ“’Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:πŸ•’ Isnin - Ahad: 08...
09/09/2024

πŸ“’ Pengumuman Penting! πŸ“’

Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:

πŸ•’ Isnin - Ahad: 08:00AM - 09:00PM

πŸ“ Alamat Kedai: NO 19, PERSIARAN TUALANG INDAH 1, TAMAN HALAMAN TUALANG INDAH, 31800 Tanjung Tualang, Perak
https://maps.app.goo.gl/im4fiL9AZNQtBR8v5

Jangan ragu untuk mengunjungi kami di Farmasi Tanjung Tualang pada waktu operasi yang telah dinyatakan. Kami menantikan kehadiran anda!πŸ₯°πŸ«Ά

Address

No. 19, Persiaran Tualang Indah 1, Jalan Tg. Tualang
Tanjung Tualang
31000

Telephone

+60182306211

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Tanjung Tualang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Tanjung Tualang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram