29/01/2026
🩸 TAHUKAH ANDA?
Selain kumpulan darah A, B, AB dan O, terdapat juga beberapa jenis darah jarang jumpa yang hanya dimiliki oleh sebilangan kecil individu di Malaysia! Kumpulan darah jarang jumpa ini sukar ditemui, biasanya nisbah 1 dalam 1,000 populasi,
Antara contoh jenis darah jarang jumpa ialah:
🔸 Bombay
🔸 -D-/-D-
🔸 Jka-b-
🔸 Fya-b-
🔸 Para-Bombay
Individu yang mempunyai darah jenis ini hanya boleh menerima darah daripada penderma yang
memiliki jenis darah yang sama sahaja. Pendermaan darah mereka dari individu dalam kategori ini sangat penting untuk membantu pesakit yang memiliki darah jenis jarang jumpa yang sama.