Farmasi Downtown Tapah

Farmasi Downtown Tapah Nadi Komuniti Anda

PROMOSI RAMADHAN!!!Ada masalah angin atau gastrik ketika berpuasa?Jangan risau, dapatkan ubat angin dan gastrik dengan p...
05/04/2023

PROMOSI RAMADHAN!!!

Ada masalah angin atau gastrik ketika berpuasa?

Jangan risau, dapatkan ubat angin dan gastrik dengan potongan harga sehingga 20% pada bulan ramadhan ini hanya di Farmasi Downtown Tapah.

Kunjungi farmasi kami sekarang! Sementara stok masih ada.

🍽KHASIAT KHAMIS🥛Topik: BadamAda apa dengan badam? Sejenis kekacang yang banyak khasiatnya!Hubungi kami atau datang terus...
09/03/2023

🍽KHASIAT KHAMIS🥛

Topik: Badam

Ada apa dengan badam? Sejenis kekacang yang banyak khasiatnya!

Hubungi kami atau datang terus ke Farmasi Downtown Tapah untuk mendapatkan nasihat pemakanan dan kesihatan yamg lebih terperinci.

📞05-4030877
📱+60 18-208 3685

Like dan share sosial media rasmi kami untuk info menarik setiap hari!




💡INFO ISNIN💡Topik: Selesema 🤧Selesema masih belum pulih lebih dari 3 hari walaupon telah mencuba pelbagai ubat dan kaeda...
13/02/2023

💡INFO ISNIN💡

Topik: Selesema 🤧

Selesema masih belum pulih lebih dari 3 hari walaupon telah mencuba pelbagai ubat dan kaedah rawatan?

Dapatkan set selesema dari Farmasi Downtown dengan harga yang lebih berbaloi!

Dapatkan nasihat dari ahli farmasi kami di Farmasi Downtown berhampiran anda atau hubungi kami di media sosial rasmi kami.

📱 https://wa.me/60182083685?text=Saya%20ada%20soalan%20

Like, follow dan share sosial media rasmi kami untuk info menarik setiap hari!




09/02/2023

Pembantu Farmasi Diperlukan!!

Mari sertai kami.

Hantar resume anda ke hr@farmasi-downtown.com sekarang!

💡INFO ISNIN💡Topik 1: Batuk 🫢Batuk kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan virus dalam saluran pernafasan. Kadang-kadang a...
26/12/2022

💡INFO ISNIN💡

Topik 1: Batuk 🫢

Batuk kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan virus dalam saluran pernafasan. Kadang-kadang ada batuk yang teruk sehingga menyebabkan jangkitan bakteria dalam paru-paru.

Batuk ringan dan biasa boleh dirawat dengan mengambil ubat di farmasi manakala batuk yang terlalu lama atau sehingga menyebabkan sesak nafas perlulah mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik atau jabatan kecemasan.

Pernah tak batuk berterusan sehingga beberapa minggu walaupon dah pergi jumpa doktor dan dah cuba pelbagai jenis ubat?

Kalau pernah jangan risau, kami ada cara nak bantu anda hilangkan batuk.

Pertama, kalau boleh ingat senarai ubat apa yang anda pernah makan supaya kami boleh cadangkan ubat yang lain. Ini kerana setiap orang dan setiap kejadian batuk adalah berbeza, mungkin ubat yang pernah anda cuba belum memberi kesan yang sepatutnya.

Jadi kalau anda boleh ingat ubat apa yang anda pernah makan, mudah bagi kami untuk rancang ubat yang terbaik untuk anda. Sebab itu adalah lebih baik anda berkunjung ke Farmasi Downtown dan daftar keahlian bersama kami supaya kami boleh semak rekod pembelian anda demi kebaikan anda dimasa hadapan.

Kedua, terdapat cara lain untuk membantu kurangkan gejala batuk antaranya:
✅ Makan ubat batuk, kahak dan sakit tekak dalam masa yang sama.
✅ Minum air campuran madu dengan limau atau lemon.
✅ Minum air suam dan elakkan air sejuk dan berais.
✅ Elakkan minuman dan makanan manis, pedas dan berminyak.

Anda juga boleh dapatkan set batuk dari Farmasi Downtown dengan harga yang lebih berbaloi!

Boleh dapatkan nasihat dari ahli farmasi kami di Farmasi Downtown berhampiran anda atau hubungi kami di media sosial rasmi kami.

📲 https://wa.me/60182083685?text=Saya%20ada%20soalan%20

Like, follow dan share sosial media rasmi kami untuk info menarik setiap hari!




🧩ADA APA AHAD🧩Pernah tak pergi farmasi nak cari ubat A, tapi takde stok dan farmasis tu tanya nak tak ubat yang sama den...
25/12/2022

🧩ADA APA AHAD🧩

Pernah tak pergi farmasi nak cari ubat A, tapi takde stok dan farmasis tu tanya nak tak ubat yang sama dengan ubat A tapi jenama lain.

Mesti pernah kan?

Tapi ada ke ubat yang sama tapi lain jenama?

Ye mestilah ada dan kadang-kadang tu ada lebih dari 3 jenama ubat untuk ubat yang sama.

Macam mana tu?

Ok mari kami terangkan dibawah dengan mengambil satu contoh yang tengah ramai orang cari sekarang ni 😆 iaitu.....

Difflam Lozenges!

INOVATOR VS GENERIK
Jenama: Difflam vs Sobenz

BAHAN AKTIF: BENZYDAMINE

Difflam merupakan jenama inovator keluaran syarikat Inova Pharmaceutical manakala Sobenz merupakan jenama generik keluaran Duopharma. Kedua-duanya mengandungi bahan aktif yang sama iaitu Benzydamine.

Apa tu ubat inovator dan ubat generik?

Ubat inovator merupakan ubat pertama yang dicipta berdasarkan bahan aktif tertentu. Syarikat inovator menjalankan kajian bertahun tahun untuk menghasilkan sesuatu ubat. Ubat generik p**a merupakan ubat keluaran syarikat lain yang menggunakan bahan aktif yang sama menggunakan jenama yang berbeza.

Macam meniru kan? Boleh ke macam tu?

Dalam bidang farmaceutikal, amalan ini adalah biasa dan dibenarkan. Ini bertujuan untuk memastikan ubat tersebut dapat dinikmati oleh ramai orang dan sekaligus menjadikan harga ubat lebih berpatutan. Ubat generik hanya boleh dihasilkan selepas patent syarikat inovator tamat.

Sebab tu kita nampak harga ubat inovator biasanya lebih mahal berbanding ubat generik walaupon sebenarnya kandungan, dos, kesan terapeutik, kesan sampingan dan cara pengambilan semuanya adalah sama.

Jadi, lepas ni kalau pergi farmasi cari Difflam tapi takde stok, boleh ambil Sobenz tau! 😉.

Like, share dan follow sosial media rasmi kami untuk info menarik setiap hari!





⭐️SATU PRODUK SABTU⭐️~NU3 OPTIMUM~Nu3 Optimum merupakan satu produk susu tepung yang mengandungi nutrisi yang lengkap. ✅...
24/12/2022

⭐️SATU PRODUK SABTU⭐️

~NU3 OPTIMUM~

Nu3 Optimum merupakan satu produk susu tepung yang mengandungi nutrisi yang lengkap.

✅ Tinggi protein + HMB
✅ triple fibre blend
✅ Omega-3
✅ Omega-6
✅ 28 Vitamin dan mineral
✅ UC-II

Kelebihan Nu3 Optimum berbanding susu lain adalah kandungan UC-II (Undenatured Collagen Type 2). UC-II merupakan kolagen jenis 2 yang asli berasaskan ayam.

UC-II membantu memulihkan kesakitan sendi seperti sendi lutut dan membantu memperlahankan proses penuaan sendi sekaligus menyokong kesihatan sendi.

UC-II juga menunjukkan tahap keberkesanan menghilangkan sakit sendi lebih baik berbanding glucosamine dan chondroitin.*

Oleh itu, Nu3 Optimum sangat sesuai untuk diambil oleh golongan berusia, selepas operasi sendi atau lutut dan mereka yang mempunya masalah sakit sendi.

Dengan hanya RM4.50 sehari, anda boleh amalkan Nu3 Optiumum untuk kesihatan badan dan sendi.

Dapatkan Nu3 Optimum di Farmasi Downtown sekarang!

Like, follow dan share posting sosial media rasmi kami untuk info menarik setiap hari!




📢JIMAT JUMAAT📢Dapatkan promosi setiap hari jumaat!Jumaat kali ini, kami ada buat promosi sehingga 6️⃣0️⃣% untuk ujian gl...
23/12/2022

📢JIMAT JUMAAT📢

Dapatkan promosi setiap hari jumaat!

Jumaat kali ini, kami ada buat promosi sehingga 6️⃣0️⃣% untuk ujian glukosa dalam darah.

Jom semak kandungan gula dalam darah anda dengan hanya RM2!!!

Nak dapatkan mesin ujian gula?

Mari dapatkan di Farmasi Downtown dengan harga terbaik. Kami akan ajar anda cara mengambil bacaan gula dengan percuma!

Like, follow dan share sosial media rasmi kami untuk lebih tawaran menarik setiap hari!




🍽KHASIAT KHAMIS🥛Topik: SusuDari kita kecil sampailah besar, kita masih minum sejenis air yang dinamakan susu. Tahukah an...
22/12/2022

🍽KHASIAT KHAMIS🥛

Topik: Susu

Dari kita kecil sampailah besar, kita masih minum sejenis air yang dinamakan susu. Tahukah anda kenapa?

Selain sedap, susu juga merupakan minuman yang lengkap mengandungi pelbagai khasiat seperti:
🍶 Vitamin A
🍶 Vitamin D
🍶 Kalsium
🍶 Protein
🍶 Potassium
🍶 Vitamin B12

Seperti susu ibu yang kita minum semasa bayi, susu tepung atau susu lembu yang berada dipasaran juga mempunyai khasiat yang sama.

Antara kelebihan minum susu adalah:
🍶 Menguatkan gigi dan tulang
🍶 Membantu tumbesaran
🍶 Sumber protein
🍶 Pengganti makanan bagi mereka yang tak boleh makana atas sebab kesihatan

Bagi golongan berusia p**a, terdapat susu khas seperti Nu3 Optimum, Ensure dan Anmum bagi membantu menjaga kesihatan badan, sendi dan tulang. Terdapat juga susu khas untuk golongan kencing manis.

Haa banyak kan jenis susu? Nak tahu lebih lanjut mengenai susu apa yang baik untuk anda yang mengalami masalah tertentu? Boleh datang ke farmasi kami!

Boleh hubungi kami atau datang terus ke Farmasi Downtown Tapah untuk mendapatkan nasihat pemakanan dan kesihatan.
📞05-4030877
📱+60 18-208 3685

Like dan share sosial media rasmi kami untuk info menarik setiap hari!




Topik: ParacetamolBadan anda panas? Anak anak demam? Bayi anda sakit gigi?Dapatkan paracetamol di Farmasi Downtown sekar...
21/12/2022

Topik: Paracetamol

Badan anda panas? Anak anak demam? Bayi anda sakit gigi?

Dapatkan paracetamol di Farmasi Downtown sekarang!

Apa itu paracetamol?

Paracetamol merupakan ubat yang digunakan untuk demam atau tahan sakit ringan.

Terdapat pelbagai jenama paracetamol di pasaran seperti Panadol, Uphamol, Paracil dan banyak lagi. Kesemuanya adalah sama dari segi kekuatan, cara makan, kesan sampingan dan keberkesanan.

Paracetamol terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tablet, tablet mudah larut, cecair dan juga supositori.

Dos biasa untuk paracetamol adalah seperti berikut:

💊500mg tablet: 2 tablet 4 kali sehari atau setiap 6 jam.
💊650mg tablet: 2 tablet 3 kali sehari atau setiap 8 jam.
💊120mg/250mg sirap: mengikut berat iaitu 15mg/kg setiap dos 4 kali sehari.
💊150mg/250mg supositori: mengikut berat 30mg/kg setiap dos.

Sebagai contoh anak anda demam, anda boleh dapatkan sirap paracetamol dan supositori. Tetapi ingat hanya salah satu dari 2 formulasi ini boleh digunakan pada satu-satu masa. Nanti terlebih dos p**a 😉

Supositori biasanya digunakan untuk demam yang sangat panas bagi mendapatkan kesan ubat yang lebih cepat kerana ubat akan terus diserap dalam saluran darah yang terdapat pada dinding dubur tanpa perlu melalui pencernaan di dalam perut yang mengambil masa.

Tahukah anda, paracetamol juga merupakan ubat paling selamat untuk digunakan oleh para ibu yang mengandung.

S**a apa yang anda baca? Like dan follow media sosial rasmi kami untuk dapatkan info terbaru setiap hari!

Anda juga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut atau terus ke farmasi kami dan berjumpa dengan ahli farmasi kami 🥰





19/12/2022

Info Isnin!!!

Dapatkan info kesihatan setiap hari Isnin di semua media sosial kami!

💡INFO ISNIN💡Assalamualaikum hai semua.Setiap hari Isnin kami akan kongsikan info-info mengenai penyakit dan cara untuk m...
19/12/2022

💡INFO ISNIN💡

Assalamualaikum hai semua.

Setiap hari Isnin kami akan kongsikan info-info mengenai penyakit dan cara untuk mengubati gejala penyakit tersebut didalam rancangan Info Isnin!

Topik 1: Demam 🤒

Demam merupakan satu gejala yang menyebabkan suhu badan meningkat melebihi 37.5 darjah celcius. Demam tercetus apabila badan sedang berusaha untuk melawan jangkitan.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengurangkan demam antaranya:
1. Makan ubat paracetamol. 💊
2. Gunakan koolfever. ⬜
3. Pakai pakaian yang longgar dan nipis. 👘
4. Banyakkan minum air kosong atau air penyejuk badan. 🥛
5. Mandi dengan air suam. 🛀

Boleh dapatkan nasihat dari ahli farmasi kami di Farmasi Downtown berhampiran anda atau hubungi kami di media sosial rasmi kami.

📲 https://wa.me/60182083685?text=Saya%20ada%20soalan%20

Like dan follow page kami untuk maklumat menarik setiap hari.





Farmasi terbaru di Tapah kini dibuka! Dapatkan barangan penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan anda dengan harga yang berpa...
09/12/2022

Farmasi terbaru di Tapah kini dibuka!

Dapatkan barangan penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan anda dengan harga yang berpatutan di Farmasi Downtown, nadi komuniti anda.

Lokasi kami bersebelahan Agro Bank Tapah. Buka seawal 8.00 pagi sehingga 9.00 malam untuk kemudahan anda terutamanya warga Tapah.

Kunjungi Farmasi Downtown Sekarang!



Kini Dibuka! 🥳
09/12/2022

Kini Dibuka! 🥳

Address

Tapah

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+6054030877

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Downtown Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Downtown Tapah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram