26/08/2025
🇲🇾 MEGA MERDEKA SALE!! 🇲🇾
MAT MOTOR MERDEKA JATUH CINTA | Aya Shi
Dia cuma nak jadi juara jalanan. Tapi tak sangka 'lumba hidup' lagi mencabar.
Ray, mat motor tegar yang s**a mengejar adrenalin malam minggu, akhirnya tersangkut dalam program pemulihan belia selepas ditahan dalam satu operasi. Dia ingat hidup akan menjadi bosan, sebab perlu mengikut aktiviti kampung, panjat bukit, dan membuat kerja s**arelawan.
Tetapi hidup mula kacau apabila dia terjumpa Kayla, ketua projek sambutan Merdeka yang tampak seperti Miss Sempurna sangat. Garang, idealistik, dan benci budak motor, sampai Ray terasa hendak cabut lari je.
Namun siapa sangka, si ‘minah kemas’ itu rupanya anak kepada ASP yang Ray ingin temui, kerana Ray datang ke kampung itu dengan niat yang tak semua orang tahu. Dan bila rahsia itu terbongkar… semuanya takkan sama lagi. Kisah silam mereka lebih terikat daripada yang disangka...
Dalam bising enjin dan lagu Merdeka, dua jiwa yang berbeza belajar erti kemerdekaan, bukan untuk negara saja, tapi untuk diri sendiri.
🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️
SERENA : API DALAM HATIKU | Bella Hastel
“You don’t remember my name, do you?” - JUAN
Aku terdiam. Satu-satunya yang aku ingat… hanyalah bau cologne yang menyelamatkan aku dari asap hitam yang hampir membunuh.
“You pulled me out of the fire. That’s all I know.” - SERENA
Dia senyum hambar. Mata dia… terlalu letih untuk seorang lelaki yang pernah pegang nyawa aku dalam genggamannya.
“And you… you shouldn’t have been there at all.” - JUAN
Kebakaran kolej aku bukan sekadar kemalangan. Ada tangan yang sengaja mencetuskan api. Dan sekarang, sebagai pelajar kewartawanan, aku perlu bongkar kebenaran itu walaupun aku sendiri masih dihantui trauma.
Tapi semakin aku dekat dengan jawapan, semakin aku sedar… ada rahsia dalam diri Juan yang tak pernah diceritakan pada sesiapa.
Lelaki yang menyelamatkan aku… mungkin juga lelaki yang menyembunyikan sesuatu.
🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️
CINTA TAK BERSARA | Bo Mojo
Cinta sejati tidak diukur dengan muda atau tua, tetapi dengan kesetiaan yang tetap bertahan walau masa meragut segalanya.
Inilah kisah Danny dan Naomi. Pasangan sederhana yang hidup penuh dengan tawa, manja dengan gurauan, dan tabah menghadapi detik paling getir apabila usia dan sakit mula merenggut segalanya.
Namun hingga ke hujung nyawa, mereka membuktikan bahawa cinta tidak pernah bersara. Ia kekal hidup dalam ingatan, doa, dan kenangan yang abadi.
Sebuah kisah manis, pilu, dan menyentuh hati tentang cinta yang tak pernah mati.
🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️
CURANG UNTUK SETIA | Bunga Emmly
Bagi Qalesya, suami adalah dunianya yang tiada galang ganti. Demi rasa sayang ini, jururawat itu sanggup bergadai jiwa, sehingga nyaris tercabut nyawanya.
“Mulut mak dah berbuih nasihatkan kau, Sya. Untuk kali terakhirnya, tolonglah! Tinggalkan suami jahanam kau tu! Sebelum kau jadi pelacur!”
Qalesya tidak pernah kesal mahupun gementar, tapi hadirnya sosok kacak Dr. Raihan mula mengubah pendirian.
“Kalau ditakdirkan kita berpisah, sumpah abang akan pastikan abang jatuh cinta pada Sya semula, walau seratus kali, walau seribu tahun lagi.”
Sang perawat hati nan romantik itu bakal melatari rahsia hidupnya dengan penuh dramatik, menjadikan rasa rindu ini semakin fantastik, walaupun hubungan mereka bakal dicemari angkara mistik.
“Saya terlalu cintakan dia, biarlah saya berdosa, kerana ini saja caranya untuk saya sedarkan dia... atau terus lepaskan dia.”
Demi cinta agung, Qalesya rela menanggung. Namun selama mana dia sanggup menelan derita untuk bahagia, sampaikan berani mencurang untuk setia?
🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️
BIARKU SEMBUHKAN HATIMU, SANG MEJAR! | Fiona Poem
Di medan bencana, mereka menyelamatkan orang lain. Tapi siapa yang menyelamatkan mereka?
Seorang doktor wanita yang percaya pada kasih dan pengharapan. Seorang lagi pegawai lelaki yang kehilangan segalanya, termasuk imannya terhadap cinta sejati.
Dalam runtuhan dan darah, mereka menemui sesuatu yang lebih kuat dari trauma, yakni suatu butir indah pengorbanan dan cinta sejati.
Bila dua jiwa bertemu dalam waktu yang salah, adakah kasih mereka akan bertahan, atau hanyut bersama angin perang?
🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️
PENCURI HATI MEJAR ICE | Nur Isma
Izwan lelaki berwajah dingin, s**ar didekati dan terlalu setia pada kerjayanya sebagai juruterbang TUDM. Berpangkat Mejar dan lebih dikenali dalam pas**an dengan nama panggilan Mejar Ice.
Pertemuan tidak sengaja di sebuah taman ketika berjoging menjadi titik mula perkenalan mereka. Insiden pelanggaran kecil itu membawa kepada sesuatu yang tak disangka. Apatah lagi apabila mereka sebenarnya berjiran.
Hati Izwan mula terpaut pada Nadira, namun dia dihantui keraguan. Status dan kerjaya menjadikan dia risau. Luka lama masih membekas, lebih-lebih lagi selepas rumahtangga terdahulu berakhir kerana tiada kesefahaman.
Namun, dia tidak mampu menafikan perasaannya. Nadira telah berjaya mencuri hatinya. Dan dia meluahkan segalanya.
Nadira menerima Izwan seadanya. Namun, bahagia mereka tak lama. Tiga bulan selepas bernikah, muncul Misha bekas isteri Izwan, bersama seorang anak perempuan bernama Dalila.
Anak yang tidak pernah sempat dibesarkan Izwan. Kini, dia nekad menebus kesilapan lalu. Dalila diterima dan dijaga penuh kasih sayang… namun tanpa sedar, Izwan mula mengabaikan Nadira.
Hadirnya Dalila mengubah segalanya. Rumahtangga mereka mula renggang. Kepercayaan semakin pudar. Nadira menahan rasa, memendam luka demi luka. Sehinggalah satu hari, tersingkap sebuah kebenaran yang lama tersembunyi.
Apakah yang sebenarnya berlaku antara mereka? Bahagiakah akhir kisah cinta Izwan dan Nadira? Dan apakah rahsia yang berjaya Nadira bongkarkan? Jom baca kisah ini...
🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️
SHERIFF: Lux et Labyrinthus Criminum | Izzy Isabelle Jones
Selepas beberapa kes penculikan tanpa jejak, rompakan tanpa bukti, dan pembunuhan misteri gagal diselesaikan, Bukit Aman menubuhkan D11—unit elit yang menghimpunkan penyiasat terbaik dari pelbagai cawangan. Tugas mereka: menyelesaikan kes pelik yang menentang logik biasa.
Bunyinya hebat sekali... Namun kebenarannya, D11 ditubuhkan untuk membuang pegawai-pegawai yang tidak dis**ai ke dalam satu unit dan membiarkan mereka menguruskan kes yang tiada siapa boleh selesaikan.
"Aku ni pegawai atasan kau, tau tak! Ish, takde adab betullah orang baru ni!" -Inspektor Sheriff
"Aku dipindahkan ke sini untuk pastikan kau, Inspektor Sarip, tak memalukan PDRM lagi." -Sarjan Mejar Iris
"S... Sarip?! Woi, call me 'Sheriff', okay! Bukan Sarip. Apa, kau ingat Sarip Dol apa?" -Inspektor Sheriff
Dibuang ke unit pelik D11, Inspektor Sheriff dan Iris tidak pernah sehaluan. Dia lantang, kuat perasan, selalu melanggar SOP, dan sentiasa mencari bala. Iris p**a garang, beku, dan seringkali jadi penyelamat bila Sheriff dilanda bahaya.
Apabila seorang CEO syarikat besar hilang dalam genangan darah dan seorang tukang tilik ditemui mati dengan selendangnya sendiri, mereka terpaksa bekerjasama untuk menguraikan rahsia wasiat palsu, darah yang 'tidak logik', dan bukti yang direka dengan licik.
"Kadang-kadang... Keadilan perlukan sedikit drama."
"Kalau dia dah mati dua tahun yang lalu... Siapa sebenarnya yang selama ini kita kejar?"
Jenayah gelap. Penyiasatan berliku. Dan seorang inspektor yang peliknya... masih lagi belum dibuang kerja.
"Kau? Hero? Kau tu lebih macam badut PDRM dari seorang pegawai polis."
"Dia pegawai yang berkebolehan. Tapi tulah... Bodoh tak bertempat."
SHERIFF: Lux et Labyrinthus CIza Imandi mana komedi bertemu jenayah, dan misteri terbesar ialah kenapa Sheriff masih belum dibuang kerja.
🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️🧚♀️
INSPEKTOR HATI DOKTOR JIWA | Iza Iman
Kerana perlanggaran kecil, ia telah mempertemukan seorang doktor pakar dan seorang inspektor polis. Daniel Rayyan dan Aulia Ismaira sering bertekak sedangkan mereka tidak pernah tahu mereka bakal dijodohkan. Tiada rasa tenang yang hadir setiap kali mereka bertemu. Yang ada hanyalah bahasa kesat dan maki hamun.
Sabrina, teman karib Daniel Rayyan yang juga seorang anggota polis sudah lama menyimpan perasaan terhadap Daniel Rayyan. Dia menyimpan rasa marah kerana Aulia Ismaira gagal menyelamatkan ibunya dalam satu pembedahan. Dia menganggap Aulia Ismaira jahat dan dia mahu membalas dendam. Satu ketika, Aulia Ismaira diculik dan Sabrina berada dalam kump**an penculikan tersebut.
Tanpa Aulia Ismaira duga, itu semua hanya satu lakonan untuk memberkas sindiket dadah. Tok Misai dan konco-konconya berjaya diberkas dengan bantuan Sabrina. Sejak itu, persepsi terhadap Sabrina telah berubah. Tiada lagi sisi negatif. Nilai persahabatan yang tinggi menjadikan mereka semua bersama-sama merasai semangat kemerdekaan.
Daniel Rayyan dan Aulia Ismaira mula belajar untuk mencipta rasa cinta dan semangat kemerdekaan bersama-sama. Mereka adalah inspektor hati dan doktor jiwa yang saling memerlukan. Tiada lagi rasa benci. Yang kekal hanyalah rasa cinta yang tidak bernoktah dan kekal bersemarak di taman bahagia.
8 EBOOK | 8 PENULIS
Harga RM 40
https://wa.me/60143630180