10/01/2025
Assalamualaikum semua.
Cuti sekolah akhir tahun akan datang tak lama lagi dan cuti kali ni sangat sinonim dengan musim sunat.
Di sini, kami kongsikan cara-cara penjagaan dan tanda-tanda komplikasi yang perlu diambil perharian dari ibu bapa sekalian.
Sehubungan dengan itu, mana-mana institusi (persatuan kampung atau masjid, dsb) yang berminat untuk membuat program sunathon, bolehlah hubungi kami di talian 054010429 atau bertanya terus di kaunter klinik kami.
Program sunathon yang selalu dijalankan:
- harga tetap RM150 (untuk 10 org dan keatas, tiada limit peserta)
- peralatan seperti katil, lampu, wayar extension dan lain lain, kami bawa dari HQ Sungai Petani menggunakan khidmat logistik kami sendiri.
- ubat-ubatan disediakan ( ubat tahan sakit, surut bengkak dan antibiotik sebagai pencegahan jangkitan kuman)
- kami juga bawa doktor-doktor terlatih dari cawangan kami yang lain dari satu Malaysia untuk menjalankan prosedur khatan.
Prosedur khatan tidak terikat pada waktu cuti persekolahan sahaja, kami juga terima:
- walk-in bila-bila masa,
- kanak-kanak lelaki atau dewasa,
- bayi lelaki selepas lahir hingga 4 bulan usia,
- muslim atau non-muslim,
- dan warganegara atau foreigner.