Farmasi Tapah

Farmasi Tapah Farmasi Tapah (sebelah 7Eleven) beroperasi sejak 2015. Pakar dalam ubat ubatan.

06/06/2025

InsyaAllah esok semua Muslim akan menyambut hari raya. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Semoga pengorbanan kita diterima dan doa kita dimakbulkan. Esok kami buka seperti biasa, cuma lewat sikit 12.00tghari-8.30malam. Ingat ubat Ingat Farmasi Tapah.

Orang lama dah bersuara tuuu 😁Min berterima kasih sangat kepada semua customer Farmasi Tapah yang sentiasa support kami....
16/05/2025

Orang lama dah bersuara tuuu 😁

Min berterima kasih sangat kepada semua customer Farmasi Tapah yang sentiasa support kami. Min terharu dengan sokongan korang.

Kami di Farmasi Tapah ni cuma mahukan semua warga Tapah lebih faham tentang ubat yang diambil dan jaga kesihatan dengan baik.

79 likes, 12 comments. “Korang dengar ya apa feedback En Mior. Jom jadi ahli farmasi kami dan dapatkan segala barang keperluan korang dekat kami. Ingat ubat, ingat Farmasi Tapah.”

UBAT CETIRIZINE VS LORATADINEMin nak share sikit info tentang ubat selesema atau resdung yang biasa ramai orang ambil ni...
06/05/2025

UBAT CETIRIZINE VS LORATADINE

Min nak share sikit info tentang ubat selesema atau resdung yang biasa ramai orang ambil ni.

Ubat-ubat ni dalam kelas ANTIHISTAMINE. Selain selesema dan resdung, juga boleh diambil untuk tahan gatal dan alergi.

Selalu keliru kan mana satu nak ambil? Sebenarnya boleh je mana-mana satu pun untuk simptom-simptom yang Min bagitahu tadi.

Okay, so lepas ni dah lebih tahu dah lah ya pasal ubat cetirizine dan loratadine ni 😉

Check out Farmasi Tapah’s video.

Jangan main-main, bos dah tegur tu 🤭Tapi jangan risau, staf Farmasi Tapah semua bagus-bagus dan mesra 🥰Jemput datang ke ...
30/04/2025

Jangan main-main, bos dah tegur tu 🤭

Tapi jangan risau, staf Farmasi Tapah semua bagus-bagus dan mesra 🥰

Jemput datang ke Farmasi Tapah kalau anda ada apa-apa masalah kesihatan ya. Kami sedia bantu. Follow dan Like tiktok kami juga! 😉

30 likes, 5 comments. “Korang pernah kena tak? Sekarang ni hp memang kena pakai waktu kerja, sebab memang kena pakai kan, nak cari maklumat, nak contact supplier customer..”

Farmasi Tapah mendapat berita salah seorang pelanggan kami telah kembali ke rahmatullah pagi semalam. Seluruh warga Farm...
24/04/2025

Farmasi Tapah mendapat berita salah seorang pelanggan kami telah kembali ke rahmatullah pagi semalam.

Seluruh warga Farmasi Tapah ucapkan takziah kepada keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Haritu staf Farmasi Tapah buat potluck raya sesama kami. Dapat lah merasa air tangan masing-masing. Sedap-sedap semua or...
23/04/2025

Haritu staf Farmasi Tapah buat potluck raya sesama kami. Dapat lah merasa air tangan masing-masing. Sedap-sedap semua orang masak. Kenyang sampai ke petang lah juga.

Min harap semoga ukhwah sesama staf sentiasa akrab dan happy happy je kerja ❤️

Walaupun dah lewat, kami juga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pelanggan kami. Min bagi pihak Farmasi Tapah memohon maaf zahir dan batin ya. Terima kasih atas sokongan anda semua 🥰

Check out Farmasi Tapah’s video.

21/04/2025

PANADOL KE PARACETAMOL? 💊

Biasa bila demam, kita akan cari Panadol kan? Paracetamol ni apa p**a?

Panadol dan Paracetamol ni benda yang sama je. Panadol ialah jenama (brand), manakala Paracetamol ialah nama bahan aktif dalam Panadol tu.

Bahan aktif ni apa p**a? Bahan aktif ialah bahan yang memberikan kesan ubat yang diinginkan tu.

Senang cerita, Paracetamol dalam Panadol tu lah yang buatkan demam boleh kebah.

Sebab tu kalau pergi farmasi, kadang-kadang pharmacist tu akan kata, "Ubat ni sama je, Cik. Jenama je beza". Ni sebab bahan aktifnya tu sama, cuma jenama dan pengilangnya saja beza. Dia macam beli baju lah, contohnya nak beli tshirt putih. Tshirt putih yang sama, tapi ada banyaakkkk kilang yang buat, ada banyaakkkk jenama. Boleh pilih nak beli Uniqlo ke, Cotton On ke, Pagoda ke.

Jadi, kalau nak beli ubat demam Paracetamol p**a, boleh pilih nak Panadol ke, Uphamol ke, Actimol ke.

Semua ubat pun macam ni. Ada nama jenama, dan ada nama bahan aktifnya. Contohnya, ubat darah tinggi Amlodipine, ada jenama Hovasc, Vamlo, Norvasc.

Min nak galakkan semua orang untuk ambil tahu tentang ubat anda. Ingat nama ubat, samada jenamanya atau bahan aktifnya. Ni PENTING tau! Sebab kalau sekadar ingat warna dan bentuk, hampir semua ubat warna dan bentuknya sama. Pharmacist akan garu kepala nak teka ubat mana satu 🤦 Tapi, bukan tu isunya. Isu UTAMA ialah tak nak anda tersalah makan ubat dan membahayakan diri anda.

Ada apa isu nak Min kupas lagi? Boleh comment dekat bawah 😌

Selamat pagi, warga Tapah!Hari ni ada gangguan bekalan air ya. Kome ada yang siap tadah air ke?Tapi Min dengar gangguan ...
16/04/2025

Selamat pagi, warga Tapah!

Hari ni ada gangguan bekalan air ya. Kome ada yang siap tadah air ke?

Tapi Min dengar gangguan bekalan kali ni sekejap je. Mungkin kita tak akan terkesan sangat.

Apa-apa pun Min nak pesan juga walaupun kekurangan air, tetaplah minum air dengan cukup untuk jaga kesihatan ya 😌

Notis gangguan bekalan air💧🚫

Pekan Tapah jem pagi-pagi ni sempena penamaan calon Ayer KuningMin nak bagitau rancang perjalanan anda walaupun nak ke p...
12/04/2025

Pekan Tapah jem pagi-pagi ni sempena penamaan calon Ayer Kuning

Min nak bagitau rancang perjalanan anda walaupun nak ke pekan 3km je,😅 dah macam rancang nak balik kampung, ini penangan ‘one-way’

Korang yang nak order dengan kami, boleh tekan link ni, memang akan jimat masa

http://www.wasap.my/60193193629/nakdelivery

Ingat ubat, ingat Farmasi Tapah





Sama-sama kita doakan segalanya dipermudahkan. Min sangat berharap trafik di Tapah ni kembali lancar 🤲
08/04/2025

Sama-sama kita doakan segalanya dipermudahkan. Min sangat berharap trafik di Tapah ni kembali lancar 🤲

PERLAKSANAAN KERJA SISTEM PENYURAIAN TRAFIK DI PEKAN TAPAH FASA 1

08/04/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ❤️❤️❤️

Min baru sempat nak ucap selamat hari raya ni. Busy bebenorrr 😅

So macam mana raya kome minggu lepas?
Min nak pesan juga, beringat-beringat ketika beraya ya. Jaga makan, jaga kesihatan.

Semoga semua dapat beraya dalam kesihatan yang baik dan gembira 😊

Selamat pagi, warga Tapah! Nak share sikit dekat korang pasal antara jenjs-jenia ubat batuk kanak-kanak. Korang jangan l...
27/03/2025

Selamat pagi, warga Tapah!

Nak share sikit dekat korang pasal antara jenjs-jenia ubat batuk kanak-kanak.

Korang jangan lupa FOLLOW tiktok kami ya! 😉

TikTok | Make Your Day

Address

No. 25, Jalan Bukit Baldwin, Pusat Perniagaan Baldwin
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 08:30 - 20:30
Tuesday 08:30 - 20:30
Wednesday 08:30 - 20:30
Thursday 08:30 - 20:30
Friday 08:30 - 20:30
Saturday 08:30 - 20:30
Sunday 08:30 - 20:30

Telephone

+6054010630

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Tapah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram