
27/06/2025
Mak Cik Salmah dan Basikal Legend Dia
Beberapa bulan lepas, saya pindah tempat kerja dari Bukit Mertajam ke lokasi baru. Sejak tu, saya tak sangka ada seorang pesakit lama yang betul-betul gigih nak cari saya — Mak Cik Salmah.
Rupa-rupanya, sejak saya pindah, dia dah cuba cari saya banyak kali. Tanya orang sana sini, cuba korek maklumat mana yang dia boleh dapat. Tapi tak berjaya… sampai la satu hari, dia dapat tahu lokasi saya yang baru. Tanpa fikir panjang, dia nekad kayuh basikal tuanya selama lebih kurang 1 jam setengah, semata-mata nak jumpa saya.
Bayangkan, dengan panas terik dan jalan yang jauh, dia tetap gigih sampai ke klinik saya. Masa saya nampak dia, saya betul-betul terkejut — dan jujurnya, sangat tersentuh. Dia terus peluk saya, mata pun dah mula berkaca.
"Doktor, saya cari doktor lama dah… Saya takkan lupa jasa doktor tolong saya dulu waktu saya susah."
Masa tu hati saya rasa sebak sangat. Saya ajak Mak Cik Salmah makan, kami duduk borak lama… cerita pasal dulu-dulu, gelak-gelak sikit, tapi dalam hati saya penuh rasa terharu. Dia betul-betul hargai pertolongan yang saya pernah beri, walaupun saya anggap benda tu biasa je dulu.
Lepas makan, saya tak benarkan dia kayuh balik — terus panggil Lalamove siap dengan basikal dia sekali untuk hantar dia balik rumah dengan selamat.
Pengajaran dari cerita ni — kebaikan yang kita buat, walaupun kecil, kalau ikhlas… akan kekal dalam hati orang. Terima kasih Mak Cik Salmah, sebab ingat dan hargai. Saya pun takkan lupa semangat dan kasih sayang mak cik hari tu.
Aunty Salmah and Her Old Bicycle
A few months ago, I moved to a new workplace, far from where I used to work in Bukit Mertajam. I didn’t think much of it — just another move. But little did I know, someone special was trying really hard to find me… Aunty Salmah.
Apparently, she had been looking for me for months. She asked around, tried to get info from people, but kept hitting dead ends. Then, one day, she finally found out where I was working now — and instead of asking for a ride or waiting, she cycled her way to me. On her old bicycle. For almost 1.5 hours. Just to see me.
I was totally shocked when she showed up at my clinic. Sweaty, tired, but smiling wide. And the moment she saw me, she hugged me tight.
“Doctor… I’ve been looking for you for so long. I never forgot what you did for me. You helped me during my hardest times.”
I was honestly speechless — touched beyond words. We had lunch together, chatted for quite a while, just catching up and talking about the past. It felt like meeting a long-lost family member.
Before she left, I booked a Lalamove to send her home — with her bicycle, of course. I just couldn’t let her cycle all the way back after that long journey.
The moral of the story? Kindness, no matter how small, is never forgotten.
Thank you, Aunty Salmah, for reminding me why I do what I do. ❤️