Farmasi AZAM ARA JAYA

Farmasi AZAM ARA JAYA AZAM HEALTHCARE (002987813-H)

Farmasi AZAM ARA JAYA merupakan sebuah farmasi komuniti dibawah poliklinik Dr. Azhar dan rakan-rakan.

23/08/2025

Watch, follow, and discover more trending content.

Kesihatan Hidung
22/08/2025

Kesihatan Hidung

Watch, follow, and discover more trending content.

✨ BONANZA LUCKY DRAW MERDEKA x HARI MALAYSIA! βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎBeli sambil berpeluang MENANG! 🎁Sempena bulan kebanggaan negara, Farmas...
21/08/2025

✨ BONANZA LUCKY DRAW MERDEKA x HARI MALAYSIA! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Beli sambil berpeluang MENANG! 🎁
Sempena bulan kebanggaan negara, Farmasi Azam Ara Jaya nak bagi hadiah istimewa untuk anda semua.

πŸ—“ Tempoh promosi: 17 Ogos – 17 September
🎟 Dengan setiap pembelian RM30, anda layak untuk 1 penyertaan Lucky Draw

πŸ‘‰ Lagi banyak anda beli, lagi banyak peluang untuk menang!

Jom singgah Farmasi AZAM ARA JAYA dan sertai sekarang! πŸ’™β€οΈπŸ€

30/07/2025

β€œMula-mula kami ingat baju sekolah dia yang tak berapa muat. Tapi lama-lama, setiap kali pakai pun tetap nampak senget…”

Dia mula perhati cara anak berdiri. Bahu tak sama tinggi. Bila anak bongkok ke depan, satu sisi belakang nampak timbul.

Rupanya, anaknya ada scoliosis tulang belakang yang membengkok perlahan-lahan, tanpa disedari.

Ramai ibu bapa tak tahu, ada ujian mudah yang boleh dibuat di rumah.

Cuma minta anak berdiri, kemudian bongkok ke depan seolah-olah nak sentuh jari kaki. Dari belakang, perhatikan:

– Bahu atau belakang nampak tak sama tinggi?
– Tulang belakang nampak membengkok ke sisi?
– Pinggul sebelah lebih tinggi?

Kalau ya, itu mungkin tanda awal scoliosis.

Tapi jangan panik lebih awal dikesan, lebih besar peluang untuk rawatan . Kadang-kadang hanya perlu pemantauan. Kadang perlu alat sokongan. Yang penting, jangan tunggu sampai ia jadi makin teruk.

Satu pemerhatian kecil boleh selamatkan masa depan anak.

🌟 Perut si manja tak selesa? GKB Kids Probizymes ada jawapannya! Dengan kombinasi probiotik, prebiotik & enzim pencernaa...
18/05/2025

🌟 Perut si manja tak selesa? GKB Kids Probizymes ada jawapannya! Dengan kombinasi probiotik, prebiotik & enzim pencernaan, ia membantu:

βœ… Menyokong sistem penghadaman kanak-kanak
βœ… Memperbaiki penyerapan nutrien
βœ… Seimbangkan bakteria baik dalam usus
βœ… Kuatkan sistem imun si kecil

πŸ‘Ά Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas
πŸ‘ Perisa pic yang sedap & TANPA gula tambahan!
πŸ’— Jom bantu si manja lebih sihat dan ceria dari dalam!

πŸ“Dapatkan sekarang di Farmasi Azam Ara Jaya

Sempena Hari Guru, Esok Jumaat 16.05.2025 .😍😍😍😍😍Kami menjemput anda yg bergelar guruπŸ‘©β€πŸ«πŸ§‘β€πŸ« ke Farmasi Azam Ara Jaya bagi...
15/05/2025

Sempena Hari Guru, Esok Jumaat 16.05.2025 .😍😍😍😍😍Kami menjemput anda yg bergelar guruπŸ‘©β€πŸ«πŸ§‘β€πŸ« ke Farmasi Azam Ara Jaya bagi menuntut hadiah misteri sebagai tanda menghargai jasa anda yg telah mendidik anak bangsa.

Setiap pembelian RM30 ke atas anda juga layak mendapat voucher bagi pembelian seterusnya.

"Guru Pemacu Reformasi Pendidikan"



07/05/2025
07/05/2025

5 Punca Penyebaran HFMD Yang Kita Tak Sangka

HFMD bukan sekadar jangkitan biasa. Ia mudah merebak, terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Tapi tahukah anda, banyak benda harian yang kita sangka β€˜selamat’ sebenarnya boleh jadi punca?
1. Mainan di taska/tadika
Disentuh ramai anak, jarang disanitasi. Virus boleh hidup di permukaan hingga 24 jam.
2. Troli pasaraya
Bahagian tempat duduk kanak-kanak sering tercemar, tapi jarang orang lap sebelum guna.
3. Meja makan restoran
Anak makan atas meja yang mungkin tak dibersihkan betul-betul. Tangan terus masuk mulut.
4. Remote control & permainan di homestay
Ramai yang sentuh, tapi siapa yang cuci? Anak anda mungkin jadi mangsa seterusnya.
5. Tombol tandas & suis lampu awam
Anak anda sentuh lepas ke tandas? Jika tak cuci tangan, virus akan dibawa balik ke rumah.

Pesan kami:
Tak semua virus nampak di mata, tapi boleh dicegah dengan langkah mudah. Cuci tangan, lap permukaan, dan elak bawa anak kecil ke tempat sesak jika tak sihat. HFMD bukan gurauan.

Jagalah anak, jagalah masyarakat.

07/05/2025

TAJI TUMIT , Sakit Mencucuk Yang Tak Disangka-Sangka

Bangun pagi, baru je nak langkah kaki ke bilik air…

Tiba-tiba terasa sakit mencucuk di tumit, seolah-olah terpijak paku.

Taji tumit bukan sekadar sakit biasa. Ia adalah pertumbuhan tulang kecil di bawah tumit akibat tekanan berulang.

Dan yang paling ramai tak sangka, ia boleh berlaku walaupun kita bukan atlet. Cuma sebab berdiri lama, berat badan berlebihan, atau kasut yang tak menyokong kaki pun boleh jadi puncanya.

Taji tumit hanya boleh disahkan melalui X-ray.
Melalui X-ray, doktor boleh nampak jika ada pertumbuhan tulang kecil (bone spur) di bawah tumit.

Berita baiknya taji tumit boleh dirawat tanpa pembedahan. Rehat, tuam ais, kasut yang sesuai dan senaman regangan boleh membantu.

Kalau sakit berlarutan, jangan tangguh. Jumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Tumit kita kecil, tapi beban yang ditanggungnya besar.

Address

No. 5 (Tingkat Bawah, Jalan Ara Jaya, Taman Ara Jaya
Tasek Gelugor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi AZAM ARA JAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram