19/03/2026
🔥 Bakar Lemang, Bakar Semangat Raya 🔥
Suasana makin terasa bila bau lemang mula naik 😄Staff dan klien sama-sama turun padang menjayakan program membakar lemang sempena menyambut Hari Raya yang bakal tiba.
Lebih bermakna apabila turut serta, Pengarah PUSPEN Kampung Selamat, Tuan Wan Hilmi bin W. Ab Rahman yang bersama-sama memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada semua 💚
Bukan sekadar membakar lemang, tapi di sinilah terjalin kebersamaan, kerjasama dan semangat kekeluargaan.
Gelak tawa, panas api, dan usaha bersama—semuanya jadi kenangan manis dalam perjalanan kepulihan.
Semoga aktiviti kecil ini memberi makna besar, mengeratkan hubungan dan menyuntik semangat baru untuk terus melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Selamat menyambut Aidilfitri, dari kami warga PUSPEN 🌙✨
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia