Pusat Terapi Alternatif De Emilia

Pusat Terapi Alternatif De Emilia Coach/Bekam/akupunktur sunnah,medik,TCM,DrS Herbalist,Master Reiki,Master Brain Massage,PP-PPT/PPL,PB,SLDN kesembuhan atas izin Allah
Kontraktor Binaan

08/04/2026

Side effect...3 shot vacc...

08/04/2026
5000 kekosongan, 500 je yang lapor diriSemua tahu dah sekarang doktor dah makin sikit. Orang yang nak jadi doktor pun da...
08/04/2026

5000 kekosongan, 500 je yang lapor diri

Semua tahu dah sekarang doktor dah makin sikit. Orang yang nak jadi doktor pun dah berkurang. MO buat kerja HO, pakar buat kerja MO.

Yang bestnya, saya tak perlu buat kerja HO dah. Tapi alangkah bestnya kalau akan datang doktor kat hospital buat kerja doktor je. Nak hire doktor mungkin mahal, so tambah la staff sokongan keliling doktor.

1️⃣ Phlebotomist
Kerja dia ambik darah je. Darah,darah,darah dan darah. Termasuk lah FBC,RP,ABG sampai ke Blood C&S sekali pun. Ha termasuk lah pasang branula untuk semua patient kat dalam wad. Fuh, jimat banyak masa kat situ.

2️⃣ Runner
Actual runner yang betul-betul runner. Bukan runner yang cakap

“Kalau doktor nak cepat, doktor hantar lah sendiri”

Kita nak buat kerja kat wad lagi, nak handle patient lagi. Tapi kena lari satu hospital semata-mata nak send darah urgent.

3️⃣ Portable ventilator
Masalah ni tak selalu, tapi kalau lah ada banyak portable ventilator. Takde lah HO nak bagging sampai berjam-jam nak tunggu anaest punya ventilator sebenar sampai. Ada pengalaman bag patient lama-lama?

4️⃣ Kerani
Ini tak lah crucial sangat. Tapi kalau ada kerani yang boleh buat semua discharge summary kan best. Yang ada idea tentang perubatan. So takde lah doktor duduk depan PC sampai sejam nak siapkan discharge summary patient yang 2 bulan stay dekat ward.

5️⃣ ROTD
Ada certain hospital yang amalkan doktor kena pergi ke radio department untuk request scan. Dah tahun 2026, pedia nak jalan jauh-jauh pi sana. Semua boleh setel dengan single phonecall. Tapi make sure hospital tu ada sistem komputer lah.

Saya dah takde idea apa lagi yang diperlukan sebab dah lama keluar hospital.

Mungkin kalau ada semua ni, doktor dah boleh clerk dengan tenang, rawat pesakit dengan teliti, tak berkejar kat tempat lain selain duduk ward. Best kan kalau macam tu.

👁️ Mata cepat letih, rabun makin terasa, atau sering kabur?Kadang kita terlalu fokus pada gadget sampai lupa jaga kesiha...
08/04/2026

👁️ Mata cepat letih, rabun makin terasa, atau sering kabur?

Kadang kita terlalu fokus pada gadget sampai lupa jaga kesihatan mata 😢
Padahal, ada beberapa resipi alami yang boleh jadi pendamping untuk bantu mata terasa lebih segar 🌿

Dari halia, bunga telang, sampai smoothie kelor — semuanya kaya nutrisi yang baik untuk mata.

✨ Tapi ingat ya beb:
Ini hanya ikhtiar alami, bukan pengganti rawatan doktor.

✔️ Kurangkan screen time
✔️ Rehatkan mata secara berkala
✔️ Cukup tidur & minum air

Jaga mata dari sekarang… sebab penglihatan itu sangat berharga 🤍

👇 Kamu paling sering alami yang mana?

08/04/2026

Rakan-rakan yang dihormati, apa yang kita sedang alami sekarang bukanlah cuaca panas biasa. Ini adalah kedatangan bahaya “El Niño”, yang boleh meragut nyawa secara senyap dan memisahkan kita daripada orang tersayang. Keadaan ini akan menjadi lebih serius apabila bulan Mei semakin hampir.
😱 Apa itu “El Niño”?
Secara ringkas, air di Lautan Pasifik menjadi sangat panas. Ini mengubah aliran udara di seluruh dunia. Monsun barat daya yang sepatutnya membawa hujan pada bulan Mei mungkin akan lewat atau berkurangan kali ini. Ini bermakna apabila sepatutnya hujan, yang berlaku hanyalah cuaca panas yang terik.
🏠 🔥 Keadaan ini sangat berbahaya
Walaupun orang yang sihat juga boleh meninggal dunia akibat strok haba. Oleh itu, untuk menyelamatkan nyawa kita, kita mesti melakukan perkara berikut dengan segera:
💧 Jangan tunggu sehingga anda rasa dahaga – itu berbahaya!
Rasa dahaga adalah tanda badan sudah mengalami dehidrasi. Anda perlu minum air setiap jam. Pastikan kanak-kanak dan warga emas minum air secukupnya. Sentiasa sediakan botol air berdekatan.
☀️🚫 Waktu paling berbahaya adalah dari jam 11 pagi hingga 3 petang
Pada waktu ini, cahaya matahari mengenai badan secara langsung:
Seboleh-bolehnya kekal berada di dalam rumah
Fikir dengan teliti jika ada aktiviti sukan sekolah
Nyawa anak anda lebih berharga daripada sebarang pingat
👕 Elakkan memakai pakaian berwarna hitam
Warna hitam menyerap lebih banyak haba. Pakailah pakaian kapas berwarna cerah seperti putih atau merah jambu.
⚠️ Tanda-tanda strok haba:
Sakit kepala yang teruk
Pengsan
Muntah
Kulit kering tanpa berpeluh
Jika mengalami gejala ini, segera bawa mangsa ke tempat teduh dan terus ke hospital.
🐾 Jangan lupakan haiwan
Bantu bukan sahaja kucing dan anjing di rumah, tetapi juga haiwan di jalanan:
Letakkan air di hadapan rumah atau berhampiran dinding
Pastikan ada tempat teduh
🚰📢 Akhir sekali
Jangan berdiam diri selepas membaca maklumat ini. Kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan. Kita semua perlu bersedia untuk menghadapi keadaan “El Niño” yang bakal datang.
Ingat:
Kita hanya dapat mengelakkan bahaya ini jika kita sentiasa selamat.
Kongsikan maklumat ini untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa. ❤️🙏

SUMBER LAIN KAYA FISETIN- Bantu Atasi Masalah KANSER PAYU-DARA dan KANSER USUS BESARBahan khasiat FISETIN berpotensi seb...
31/03/2026

SUMBER LAIN KAYA FISETIN- Bantu Atasi Masalah KANSER PAYU-DARA dan KANSER USUS BESAR

Bahan khasiat FISETIN berpotensi sebagai antikanser PAYUDARA dan antikanser USUS BESAR

Selain mulberry, bahan ini dijumpai dalam pelbagai sumber, antaranya strawberry, epal, bawang dll

Kajian oleh saintis Jepun menunjukan bahan ini hadir pada kuantiti tinggi dalam daun mulberry.

Ianya hadir pada kuantiti 283.61 mg/g berbanding buah strawberry 160.0 g/g

Daun mulberry boleh diminum sebagai teh.

Kuantiti yang disarankan adalah 3 g daun mulberry kering dan direndam dalam 300 ml air panas.

Tambah Bahtera Madu bila suam dan diminum setiap pagi.

Dr Suri Roowi Ph.D (Glasgow), KMN
Principal Scientist
Natural Product and Human Nutrition
Foto: OneGreenPlanet

Rujukan:
Rahmani et al (2022). doi. org/10.3390/molecules27249009
Tsurudome et al. (2021). DOI:10-1002/biof.179

Address

Tawao

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Alternatif De Emilia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Terapi Alternatif De Emilia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram