Pusat Maklumat Pemakanan Tawau Rasmi

Pusat Maklumat Pemakanan Tawau Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Maklumat Pemakanan Tawau Rasmi, Nutritionist, Jalan Chong Thien Vun, Tawau.

PMP Tawau beroperasi sebagai sebuah pusat informatif yang mengumpul dan menyebar maklumat pemakanan yang terkini dan tepat kepada masyarakat dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian, berkesan dan mesra pelanggan.

💥 Masa untuk undi pemenang  ! 💥Tonton video dari 3 finalis hebat dalam penghasilan video inspirasi bertemakan “Amalan Pe...
07/10/2025

💥 Masa untuk undi pemenang ! 💥
Tonton video dari 3 finalis hebat dalam penghasilan video inspirasi bertemakan “Amalan Pemakanan Sihat Untuk Si Gadis” dan pilih yang paling menarik hati anda 💚

✅ Like = 1 undian
🔄 Share = 2 kali semangat!

Ayuh kita sokong gadis-gadis hebat yang menyebarkan mesej gaya hidup sihat! 🌿
Siapa bakal dinobatkan sebagai JUARA 2025? Undi sekarang sebelum terlambat! ⏰

Selamat tahun baharu 2024!Realisasikan azam untuk mengamalkan pemakanan sihat anda tahun ini dengan mula kurangkan penga...
12/01/2024

Selamat tahun baharu 2024!
Realisasikan azam untuk mengamalkan pemakanan sihat anda tahun ini dengan mula kurangkan pengambilan gula di dalam makanan & minuman.

Mari bersama-sama ikuti ceramah yang disampaikan oleh Nutritionist Izzaaz berkaitan ”Advokasi Gula: 1 Sudu Teh Sudah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik!” secara Facebook Live di page Pusat Maklumat Pemakanan Tawau Rasmi.

ANDA PENGGEMAR PISANG?Pisang (Musa spp.) merupakan salah satu buah-buahan tropika yang kerap diambil oleh masyarakat Mal...
09/01/2024

ANDA PENGGEMAR PISANG?

Pisang (Musa spp.) merupakan salah satu buah-buahan tropika yang kerap diambil oleh masyarakat Malaysia secara amnya. Terdapat pelbagai cara untuk menikmati buah ini seperti dimakan segar, dibuat cucur atau cekodok, bubur atau pengat dan sebagainya. Masyarakat Sarawak khususnya menikmati pisang dengan sagu.

Tahukah anda bahawa buah pisang ini banyak khasiatnya? Antaranya ialah serat di dalam pisang dapat membantu mencegah masalah sembelit dan sekaligus mengekalkan kesihatan usus. Selain berkhasiat, pisang juga boleh memberikan anda tenaga segera.

Kenyalang Nutri-Info: Pusat Maklumat Pemakanan Sarawak





Minyak dan lemak merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam proses memasak makanan. Makanan yang digoreng memiliki ...
09/01/2024

Minyak dan lemak merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam proses memasak makanan. Makanan yang digoreng memiliki aroma, rasa, serta tekstur yang lebih dibandingkan dengan cara memasak atau pengolahan yang lain seperti makanan kukus atau rebus. Namun begitu, minyak atau lemak akan membawa kesan negatif tehadap kesihatan jika diambil secara berlebihan seperti masalah obesiti, hipertensi, diabetes dan penyakit jantung.

Apa nak buat jika terlebih letak minyak dalam masakan? Jangan risau, ikuti tip di bawah untuk kurangkan pengambilan minyak dalam masakan. Ingat! Minyak adalah kategori lemak, yang mana mempunyai kalori lebih tinggi berbanding protein dan karbohidrat.

Satu gram minyak = 9 kalori ‼️

Jadi jom kita kurangkan minyak dalam masakan!

Nutritionist Sabah






TAK MAKAN BARU KURUS, BETUL KE?Seringkali kita beranggapan bahawa ‘langkau waktu makan’ adalah kunci penurunan berat bad...
09/01/2024

TAK MAKAN BARU KURUS, BETUL KE?

Seringkali kita beranggapan bahawa ‘langkau waktu makan’ adalah kunci penurunan berat badan. Ramai yang mencuba cara ini dan mendapat keputusan yang mengecewakan.

Ini kerana melangkau waktu makan boleh menyebabkan kita makan secara berlebihan pada waktu makan seterusnya tanpa kita sedari.

Kunci utama penurunan berat badan adalah pemakanan seimbang dan tetap waktu makannya. Jom amalkan konsep suku suku separuh!

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang






09/01/2024

Fakta penting mengenai gula yang perlu anda ambil tahu!





PENURUNAN BERAT BADAN YANG SIHAT DAN SELAMATMacam mana dengan azam anda untuk turunkan berat badan? Dah tercapai belum? ...
09/01/2024

PENURUNAN BERAT BADAN YANG SIHAT DAN SELAMAT

Macam mana dengan azam anda untuk turunkan berat badan? Dah tercapai belum? Jom kongsikan dengan kami berapa berat yang anda berjaya turunkan dan cara anda jaga pemakanan, siapa tahu boleh jadi inspirasi buat kawan kita yang lain.

Bagi yang merancang untuk turunkan berat badan pada tahun 2024 ini, pastikan matlamat anda realistik iaitu 0.5 kg sehingga 1 kg sahaja seminggu. Tak perlu turunkan secara drastik pun, asalkan anda dapat konsisten dalam proses mengawal berat badan. Penting untuk diingatkan bahawa penurunan berat badan yang terlalu drastik dalam masa yang singkat adalah tidak normal.

Semoga berjaya!

Perlis Nutritionist






PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN BOLEH 'MEROSAKKAN' Sehingga hari ini, masih ramai mengambil mudah dan masih mengambil gula s...
09/01/2024

PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN BOLEH 'MEROSAKKAN'

Sehingga hari ini, masih ramai mengambil mudah dan masih mengambil gula secara tidak terkawal. Sedangkan kereta pun boleh rosak disebabkan gula, tidak mustahil kesihatan tubuh badan pun boleh terjejas jika mengambil gula berlebihan setiap hari.

Ingat, kereta yang rosak masih boleh diganti baru, organ yang rosak tiada tukar gantinya. Jadi, fikir-fikirkanlah.





ADAKAH MENJADI LEBIH SIHAT SALAH SATU AZAM TAHUN BARU ANDA?Tahun baharu adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda membu...
02/01/2024

ADAKAH MENJADI LEBIH SIHAT SALAH SATU AZAM TAHUN BARU ANDA?

Tahun baharu adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda membuat perubahan gaya hidup kepada lebih sihat sekaligus meninggalkan tabiat buruk.

Jom semak semula amalan kita, adakah sudah cukup untuk menjadikan kita sebagai individu yang lebih "SIHAT"? Jika tidak, ubahlah kepada amalan dan tabiat yang lebih sihat demi kesejahteraan hidup di masa akan datang.






Selamat Tahun Baru 2024!Semoga kehadiran tahun baharu ini akan memberi dorongan kepada kita semua untuk terus berusaha m...
02/01/2024

Selamat Tahun Baru 2024!

Semoga kehadiran tahun baharu ini akan memberi dorongan kepada kita semua untuk terus berusaha mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan dapat menikmati setiap detik kehidupan dengan penuh bersemangat.






29/11/2023

PMP Tawau telah berjaya melaksanakan program kembara pemakanan sihat di pasar raya bersama murid & cikgu daripada SJK (C) Chung Hwa dan peserta daripada program trim & fit pada 28.11.2023.

JOM MINUM AIR KOSONG! Minum air kosong dengan secukupnya (6-8 gelas) setiap hari dapat membantu  fungsi usus, mencantikk...
04/09/2023

JOM MINUM AIR KOSONG!
Minum air kosong dengan secukupnya (6-8 gelas) setiap hari dapat membantu fungsi usus, mencantikkan kulit dan memberi tenaga kepada otot.

Marilah kita bersama-sama belajar tip mudah cukupkan minum air kosong setiap hari.

Address

Jalan Chong Thien Vun
Tawau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Tawau Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Maklumat Pemakanan Tawau Rasmi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category