Klinik Mabello Umas

Klinik Mabello Umas Segala informasi terkini akan kami paparkan dari masa ke semasa

01/06/2022

🚨 Penyakit HFMD mudah merebak melalui perkongsian peralatan .

✔️ Lakukan proses disinfeksi untuk membasmi kuman dengan mencuci peralatan dan permainan menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin dan air.

❌ Elakkan juga berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta alat mainan.

Assalamualaikum dan selamat hari raya kepada semua yang meraikan, untuk makluman, klinik mabello umas akan beroperasi se...
04/05/2022

Assalamualaikum dan selamat hari raya kepada semua yang meraikan, untuk makluman, klinik mabello umas akan beroperasi seperti biasa mulai esok dari jam 8.00pagi sehingga 5.00petang. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi di no 0128124787/01131615090
Sekian terima kasih, selamat meraikan hari lebaran 😁

13/04/2022

BEWARE GUYS....

Cerita pasal peniaga bazaar ramadhan ni, nak bercerita p**a pasal sejarah Tifoid ini..

Ia kisah nan panjang,
Tapi siapa nak ilmu,
Jemputlah baca sehingga noktah terakhir

Ia bermula dengan nama seorang wanita Mary Mallon.
Beliau berasal dari Ireland kemudian berhijrah ke AS untuk mencari rezeki.
Umurnya 14 tahun ketika itu.

Kerja yang dilakukan adalah menjadi tukang masak untuk keluarga orang kaya.
Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan.
Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut - bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan.

Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia.

Mary kemudiannya bekerja p**a dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan orang ahli keluarga tuannya itu mengalami peristiwa sama.

Persinggahan seterusnya adalah di Long Island di mana dalam masa dua minggu, empat hingga 10 keluarga majikannya dimasukkan ke hospital.

Mary terus bertukar-tukar majikan yang menyaksikan tiga buah keluarga lagi telah dijangkitinya.

Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper.

Tifoid lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor.
Peliknya, wabak tersebut terjadi di kalangan individu berharta.
Siri penyiasatan Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary.
Dia berjaya dijejaki di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif.
Dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu.

Sambil bermati-matian menafikan pernah menghidap tifoid, Mary telah memaki Dr. Soper apabila diminta contoh najisnya.

Dia turut mengugut doktor berkenaan menggunakan pisau pemotong daging, memaksa pihak polis dan pegawai kesihatan New York campur tangan membawa kepada penangkapan Mary.

Kerana tidak memahami bagaimana orang sihat sepertinya boleh merebakkan penyakit, Mary cuba melawan balik dan meronta-ronta agar dilepaskan.

Semasa disoal siasat, Mary mengakui dia jarang membasuh tangannya ketika memasak kerana tidak nampak apa keperluannya.

Kultur air kencing dan najisnya yang diambil dengan bantuan matron penjara mengesahkan pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi.

Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil.

" Saya tidak membawa sebarang penyakit !" tegasnya.

Pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan.
Dia bersumpah menjadi mangsa konspirasi kerajaannya.

Bagaimanapun, dia dibenarkan bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Riverside.
Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu.

Kerana pendapatan yang tidak mencukupi, Mary yang menukar nama keluarganya kepada Brown akhirnya berpaling tadah dan untuk tempoh lima tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja.

Semasa suasana kecoh berikutan tercetusnya wabak tifoid serius di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan yang meragut dua nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya.

Tidak lama kemudian, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan.

Kedegilannya itu telah menyebabkan Mary dikuarantin seumur hidup di sebuah p**au. Pop**aritinya ketika itu mengalahkan celebrity.

Mary meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan!

Mary Mallon aka Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu.

Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh.

Bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya.

Jadi,
Jangan pandang remeh pada suntikan Tifoid untuk semua pengendali makanan ya.

Demam Kepialu ini bukan benda kecik,
Ia boleh membawa maut !

Tq kpd Aqilah Nor atas penjelasan tentang kepentingan suntikan typoid. Perkongsian yg sgt bermanfaat kpd semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat menyambut ibadah puasa kepada semua, untuk makluman, sepanjang bulan ramadh...
04/04/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat menyambut ibadah puasa kepada semua, untuk makluman, sepanjang bulan ramadhan, klinik akan beroperasi pada:
Isnin-sabtu, 8.00 pagi- 4.30 petang

Terima kasih

15/03/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, bagi ujian test rtk dan pcr, boleh datang terus ke klinik dan tidak perlu untuk booking, untuk harga adalah seperti berikut :
1. Ujian rtk covid19 : Rm60
2. Ujian Pcr covid19 : Rm220

Klinik Mabello Umas juga menyediakan perkhidmatan swab test bagi ladang-ladang atau kilang yang memerlukan perkhidmatan ini. Sebarang pertanyaan boleh call/whatsapp di nombor 0128124787/01131615090

Terima kasih 😁

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, untuk makluman klinik mabello umas akan tutup pada esok hari, sabtu, 1 januar...
31/12/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, untuk makluman klinik mabello umas akan tutup pada esok hari, sabtu, 1 januari 2022, dan akan buka semula pada 3 januari 2022.

Hari ini merupakan hari terakhir pada tahun 2021, pelbagai cabaran dan dugaan yang kita tempuhi, semoga dengan tahun baru ini, kita dapat mengecapi apa yang kita inginkan dan semoga kita semua diberikan kesihatan dan keselamatan yang lebih baik.

Selamat tahun baru kepada semua, semoga tahun 2022 ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya 💪🏽😁

Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat menyambut hari natal bagi yang meraikannya, hari ini 25.12.21 klinik mabello u...
25/12/2021

Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat menyambut hari natal bagi yang meraikannya, hari ini 25.12.21 klinik mabello umas buka 8.00am-2.00pm

Untuk swab test boleh datang terus ke klinik
Untuk bersunat boleh call di nombor 0128124787 untuk mendapatkan tarikh temujanji

Selamat bercuti dan pastikan kita sentiasa menjaga SOP 😁

Assalamualaikum semua, untuk makluman hari ini 19 oktober 2021 klinik mabello umas akan tutup sempena sambutan maulidur ...
18/10/2021

Assalamualaikum semua, untuk makluman hari ini 19 oktober 2021 klinik mabello umas akan tutup sempena sambutan maulidur rasul dan akan buka semula pada esok 20 oktober 2021.
Sekian terima kasih 😁

Assalamualaikum selamat pagi semua, minggu depan hari isnin stok saliva self test kit akan ada d klinik mabello umas, sa...
16/10/2021

Assalamualaikum selamat pagi semua, minggu depan hari isnin stok saliva self test kit akan ada d klinik mabello umas, satu kit berharga rm19.90, sekiranya ingin membeli test kit ini boleh ke klinik untuk mendapatkannya.

Terima kasih 😁

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, bagi sesiapa yang belum dapat vaksin lagi, segera datang ke dewan felda umas, te...
07/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, bagi sesiapa yang belum dapat vaksin lagi, segera datang ke dewan felda umas, terbuka kepada semua, anda hanya perlu datang terus ke dewan untuk mendapatkan vaksin. 😁

Assalamualaikum dan selamat pagi, untuk makluman hari ni klinik mabello umas tutup untuk sehari iaitu 31/8/2021 sempena ...
31/08/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi, untuk makluman hari ni klinik mabello umas tutup untuk sehari iaitu 31/8/2021 sempena hari kebangsaan Malaysia yang ke 64.
Klinik akan beroperasi seperti biasa pada esok hari 1/9/2021. 😁

Address

BANGUNAN SAWARI FELDA UMAS 2
Tawau
91009

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Mabello Umas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Mabello Umas:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram