Pusat Terapi Alternatif De Emilia

Pusat Terapi Alternatif De Emilia Coach/Bekam/akupunktur sunnah,medik,TCM,Master Reiki,Master Brain Massage,PP-PPT/PPL,PB,SLDN kesembuhan atas izin Allah

Sinar Cahaya, Mitokondria & Penyakit Moden - Kenapa Sekarang Ramai Orang Muda Sakit Seperti Orang Tua?Kita selalu anggap...
23/07/2025

Sinar Cahaya, Mitokondria & Penyakit Moden - Kenapa Sekarang Ramai Orang Muda Sakit Seperti Orang Tua?

Kita selalu anggap masa dicuri oleh kerja, tekanan, atau rutin harian.

Tapi kita lupa ada pencuri yang lebih senyap.
Dan pencuri ini tak datang dari stres, tapi dari cahaya yang salah.

Ia berlaku di tahap paling asas:

Mitokondria.

-

Mitokondria: Kilang Tenaga atau Lubuk Penyakit?

Setiap sel tubuh kita ada “kilang tenaga” yang dikenali sebagai mitokondria.

Mitokondria bukan mesin buta. Ia bertindak balas pada persekitaran : terutamanya cahaya.

- Cahaya merah dan inframerah (600–1000nm) dari matahari terbukti boleh aktifkan enzim cytochrome c oxidase (CCO).
- CCO penting dalam proses penjanaan ATP yang bersih dan efisien.
- Bila CCO aktif, ROS (radikal bebas) juga dapat dikawal.

Kajian oleh Hamblin (Harvard Medical School) menunjukkan bahawa cahaya inframerah bantu pemulihan sel dan turunkan keradangan.

Kajian lain oleh Sommer et al. turut sahkan pengaruh spektrum cahaya terhadap kecekapan oksidatif mitokondria.

-

Apa Jadi Bila Cahaya Ini Tiada?

Bila kita duduk lama di bawah cahaya putih buatan dan jauh dari cahaya matahari…

- Enzim CCO jadi pasif.
- ATP makin sedikit.
- ROS meningkat dan mula rosakkan DNA mitokondria.
- Fungsi sel masuk fasa hipoksia : seolah-olah sel sedang lemas dalam gelap.

Keadaan ini bukan sekadar keletihan. Ia asas kepada pelbagai penyakit kronik.

- Kencing manis
- Autoimun
- Keletihan kronik
- Penyakit saraf seperti Alzheimer dan Parkinson
- Turbo cancer : barah yang terlalu cepat membiak dan agresif

-

Kenapa Blue Light Jadi Masalah?

Cahaya biru (400–500nm) yang datang dari lampu putih LED dan skrin telefon bukan saja tak membantu mitokondria, malah merosakkannya.

Kajian oleh Rybnikova menunjukkan cahaya biru naikkan tekanan oksidatif dan ganggu fungsi retina.

Kajian Brown p**a menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan boleh ganggu pernafasan sel mitokondria secara langsung.

- Cahaya biru inhibit CCO
- ROS meningkat secara berlebihan
- Mutasi DNA mitokondria (heteroplasmy) berlaku dengan lebih pantas
- Badan nampak sihat luar, tapi dalamnya… tua sebelum waktunya

-

Jam Biologi Kita Juga Kacau

Bukan mitokondria saja yang terganggu.
Cahaya buatan juga ganggu jam biologi utama otak kita : suprachiasmatic nucleus (SCN).

- SCN perlukan isyarat dari cahaya semula jadi (melalui retina) untuk tentukan bila kita patut tidur, bangun, rembes hormon dan pulih sel.
- Kajian oleh Czeisler dari Harvard tunjukkan gangguan ritma ini rosakkan fungsi sistem secara menyeluruh, dari melatonin, kortisol hingga sistem imun.

Kesannya?

- Tidur jadi singkat singkat dan tak nyenyak
- Bangun pagi rasa letih
- Gula tak stabil
- Mood swing
- Sistem badan kehilangan koordinasi

Semua ini berpunca dari pencemaran cahaya yang kita tak pernah anggap penting.

-

“Cahaya Salah” + Badan Lemah = Resipi Sakit?

Bila mitokondria dah sedia lemah, sama ada sebab jangkitan, keradangan kronik, atau logam berat dan kita p**a halang cahaya semulajadi dari sampai ke badan kita..

Kita sebenarnya putuskan talian hayat sel-sel badan.

Dan sebab itu, makin ramai orang muda jatuh sakit pelik,dan penyakit yang muncul… cepat membunuh.

-

Penutup: Cahaya Adalah Masa

Cahaya bukan sekadar terang atau gelap.
Ia adalah maklumat biologi.
Ia adalah jam.
Ia adalah tenaga.
Ia adalah masa.

Dan bila cahaya yang salah kerap masuk ke tubuh, masa hidup kita mula dipendekkan dalam diam.

Tapi kita masih sempat ubah.

- Tukar lampu rumah kepada ambience kuning
- Elakkan lampu putih terang dari atas kepala
- Gunakan cahaya sisi yang tenang dan redup
- Dan setiap pagi… buka langsir, biar cahaya matahari masuk ke retina dan kulit

Sebab di situlah tenaga hidup kita… bermula semula.

23/07/2025
Pada 16 Julai lalu, seorang lelaki berusia 61 tahun, Keith McAllister, maut selepas insiden ngeri yang berlaku di sebuah...
23/07/2025

Pada 16 Julai lalu, seorang lelaki berusia 61 tahun, Keith McAllister, maut selepas insiden ngeri yang berlaku di sebuah pusat MRI di Long Island, New York.

Beliau datang menemani isterinya, Adrienne, yang menjalani imbasan lutut. Ketika sesi hampir tamat, isterinya memanggil beliau masuk ke bilik MRI untuk membantunya bangun. Tanpa menyedari bahaya, Keith melangkah masuk sambil masih memakai rantai logam berat seberat 9 kilogram.

Dalam sekelip mata, medan magnet yang luar biasa kuat menarik rantai itu dengan kekuatan luar kawalan dan Keith dihentam terus ke mesin MRI. Tubuhnya terhempas dan tersepit.

Namun, menurut laporan, Keith terperangkap hampir satu jam sebelum rantai itu berjaya dilepaskan. Beliau mengalami beberapa episod serangan jantung dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di hospital.

⚠️ APA ITU MRI DAN MENGAPA IA BERBAHAYA JIKA CUAI?

MRI (Magnetic Resonance Imaging) menggunakan medan magnet ultra kuat untuk menghasilkan imej dalaman badan.

Disebabkan itu, segala objek logam tak kira kecil atau besar WAJIB dikeluarkan sebelum masuk ke bilik MRI, termasuk:
• Rantai, jam tangan, klip rambut, telefon bimbit
• Alat dalam badan (pacemaker, klip pembedahan)
• Baju dengan zip atau butang logam

✅ Jangan masuk bilik MRI tanpa kebenaran.

Kes ini bukan yang pertama. Pada tahun 2001, seorang budak 6 tahun juga maut apabila tangki oksigen melayang dan menghentam kepalanya akibat daya tarikan mesin MRI.

Hargai nyawa, patuhi protokol. MRI bukan tempat untuk ambil mudah.

PERIA KATAK Boleh @ Tak Atasi KENCING MANIS? Bijinya BERACUN !Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Plants pada 2021 menu...
22/07/2025

PERIA KATAK Boleh @ Tak Atasi KENCING MANIS? Bijinya BERACUN !

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Plants pada 2021 menunjukkan sekurang-kurangnya 2 bahan yang mempunyai sifat antikencing manis telah dikenalpasti dalam peria katak.

Ianya adalah charantin dan vicine.

Kajian klinikal yang diterbitkan dalam Recent Patents on Food, Nutrition & Agriculture pada 2012 dapati pesakit kencing manis yang mengambil 230 g peria katak goreng setiap hari selama 8 hingga 11 minggu boleh turunkan kadar gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian klinikal mendapati peria TIDAK menunjukkan sifat antikencing manis yang ketara.

Contohnya, kajian ke atas 50 pesakit kencing manis yang mengambil 6 g buah kering setiap hari selama 2 dan 4 minggu menunjukkan tiada perubahan ketara pada tahap gula dalam darah.

Kajian ke atas pesakit yang mengambil 6 kapsul peria katak untuk tempoh 3 bulan dan pada akhir rawatan juga menunjukkan TIADA kesan ketara pada tahap gula dalam darah dan jumlah kolesterol.

Biji peria ada lectin & tidak boleh dimakan. Ia boleh sbbkan ketoksikan kpd sel darah merah.

Dr Suri Roowi Ph.D (Glasgow, UK), KMN
Principal Scientist
Natural Product and Human Nutrition
Foto: Freepik

22/07/2025
22/07/2025
22/07/2025
22/07/2025

Address

Tawau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Alternatif De Emilia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Terapi Alternatif De Emilia:

Share