12/05/2026
💙 Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 💙
Hari ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua jururawat, pembantu jururawat, pembantu perubatan, staf kesihatan, frontliner, serta pelajar-pelajar yang sedang menuntut ilmu untuk menjadi jururawat pada masa hadapan sama ada di Putramed Clinics mahupun di hospital, klinik dan pusat kesihatan di seluruh negara.
Terima kasih kerana memilih satu jalan yang bukan mudah jalan untuk membantu, merawat dan memberi harapan kepada insan lain.
Di sebalik tugas yang mencabar, ada hati yang besar.
Di sebalik keletihan, tetap hadir senyuman untuk menenangkan pesakit.
Buat para pelajar jururawat, teruskan melangkah dan menimba ilmu. Perjalanan ini mungkin penat, tetapi satu hari nanti anda akan menjadi insan yang sangat bermakna dalam kehidupan ramai pesakit. 🤍
✨ You are the real heroes behind healing.
Semoga semua yang berkhidmat dalam dunia kesihatan sentiasa diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
💚 Ikhlas daripada kami di Putramed Clinics
Selamat Hari Jururawat Sedunia!