
31/07/2025
Say no to bullying
Ramai ibu bapa memasang harapan besar bila anak diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, atau mana-mana sekolah elit. Tapi dalam mengejar impian, jangan lupa satu perkara kesihatan mental dan keselamatan emosi anak lebih penting
Kadang-kadang anak dah beri hint:
Tak mahu balik asrama.
Minta tukar sekolah.
Murung setiap kali cuti hampir habis.
Tapi kita jawab, “Cuba bertahan ya. Semua orang pun rasa macam tu mula-mula.”
Tidak. Tak semua orang rasa macam tu.
Ada yang rasa takut, rasa terkurung, rasa disakiti. Dan itu bukan perkara biasa.
Setiap kali anak pulang, tanyalah:
• Ada orang buli tak?
• Ada kawan baik ke?
• Tidur lena tak?
• Ada apa-apa yang buat rasa takut nak balik?
Luangkan masa untuk melawat asrama.
Kehadiran ibu bapa kadangkala cukup untuk beri signal kepada warden dan rakan-rakan bahawa anak ini dipantau dan dilindungi.
📌 Paling penting, jangan ukur kejayaan anak dengan nama sekolah semata-mata.
Anak yang selamat, sihat, dan bahagia itulah sebenar-benarnya kejayaan