23/06/2020
Bismillah..
SAYA KONGSIKAN SALAH SATU KELEBIHAN BEKAM PADA TUBUH
Selepas kitaran 120 hari, sel darah merah dalam tubuh akan mati dan akan diproses di hati dan limpa
Ini fisiologis yang berlaku dalam tubuh namun akibat daripada terdedah dengan pelbagai bahan kimia, pencemaran dan stress yang tinggi, sel darah merah akan mati atau rosak melebihi daripada kadar normal
Faktor usia menyebabkan fungsi organ hati dan limpa ini tidak mampu menjalankan fungsinya secara maksimum
Kadar sel darah merah yang rosak akan menjadi lebih banyak, lengket, bertahan lama di dalam tubuh dan akhirnya mengganggu pengaliran darah pada saluran kapilari kecil
Kesannya, pengaliran darah menjadi tidak lancar dan menurunkan peratus oksigen dan nutrisi yang akan dibekalkan kepada sel, tisu dan organ seluruh tubuh
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh ialah, badan terasa lesu, letih, kebas anggota badan, mudah mengantuk dan sukar fokus.
Pengaruh pressure gradient dan traction force yang ada dalam mekanisma bekam membuatkan sel darah merah yang rosak ini dapat dikeluarkan hasil dari peningkatan kapilari filtrasi.
Peradangan ringan semasa proses bekam juga mengeluarkan rembesan inflamasi mediator yang memberi kesan sistemik agar salur darah menjadi vasodilatasi atau melebar maka lebih banyak darah dapat mengalir ke seluruh tubuh.
Tindak balas ini meningkatkan pengaliran darah, bekalan oksigen dan nutrisi kepada sel, tisu dan organ supaya tubuh badan lebih sihat dan mencegah berlakunya komplikasi penyakit kronik.
Kehidupan yang penuh tekanan dan gaya hidup sekarang amat wajar bekam menjadi satu kaedah dalam memelihara kesihatan kita dan keluarga.
Semoga bermanfaat.