09/12/2020
BEKAM TU APA CIK ? TANYA SEORANG PELANGGAN YANG DATANG KE PREMIS KAMI.
Bekam adalah salah satu nama pengobatan sunnah, yang mana selain dari bekam ada juga yang panggil namanya kop, ada juga yang panggil namanya Alhijamah dan ada juga yang panggil dengan panggilan cuppying therapy, tetapi lebih dikenali dimalaysia sebagai bekam.
Oooo, sambil tersenyum dan mengangguk angguk kepala. Tanya beliau lagi, maksudnya apa tu cik?
Maksudnya yang lebih terperinci pengertiannya adalah menyedut darah kotor dibawah lapisan permukaan kulit atau dipanggil kapilari.
Apa itu kapilari?
Kapilari ialah pembuluh darah yang halus halus yang duduk dibawah permukaan kulit. Pembuluh darah terbahagi kepada 3 iaitu
1) kapilari
2) vena
3) Ateri
Dipembuluh kapilarilah yang kita akan keluarkan darah yang rosak/ toksid. Melalui kaedah bekam yang diberkati.
Sakit tak bekam ni tuan?
Jika teknik yang salah memang akan sakit, tetapi jika cara yang betul akan membuatkan individu itu tidak berasa sakit, hanya sedikit saja rasa seperti cubit cubit manja. Bini cubit lagi sakit tuan hahaha.
Hehheehe, beliau juga turut gelak gelak kecil.
Sambung kami lagi, peralatan yang kami gunakan Alat moden, bersih selamat dan tidak menyakitkan. Jika rasa teramat sakit dan tidak berpuas hati jaminan wang 100% dikembalikan tanpa soal banyak.
Wow! Menarik tu tuan.
Sebaiknya sebelum bekam pastikan tidak dalam keadaan terlalu kenyang, dalam keadaan tanpa dipaksa dan tak makan ubat pencair darah. Jika makan ubat pencair darah pastikan sekurangnya 8 jam selepas makan baru boleh dibekam.
Ok saya nak cuba bekam lah
Kebetulan sekarang ni ada kekosongan, rezki tuanlah. 😊