Mentari Tawau

Mentari Tawau +6019-855 8353 (MENTARI Tawau)

To contact us during operation hours.

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Tawau, dengan kerjasama Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Ra...
23/04/2026

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Tawau, dengan kerjasama Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah telah menjayakan Sambutan Hari Kesedaran Autism 2026 pada 20 April 2026, bertempat di Hospital Tawau. Program ini dihadiri seramai lebih 250 tetamu, peserta dan petugas.

Sambutan dirasmikan oleh Datuk Rina Binti Hj Jainal, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, merangkap Ahli DUN N. 70 Kukusan. Dalam majlis ini, YB Datuk Rina memaklumkan inisiatif kerajaan negeri melalui Pusat Autisme Sabah yang memberikan perkhidmatan Early Intervention Program yang separuh kosnya ditanggung oleh kerajaan negeri sebagai subsidi. Cawangan terbaru beroperasi di Tawau sejak Mac 2026.

Program bertemakan 'Autism Across Lifespan' ini cuba mengetengahkan hakikat keperluan individu dengan Autisme yang kompleks. Setiap fasa dalam pembesaran dan perkembangan mereka mengemukakan cabaran dan mempunyai keperluan yang berbeza untuk dipenuhi, merangkumi aspek kesihatan, pendidikan dan kebajikan sosial mereka.

Oleh itu, dalam pelaksanaan program ini, pihak penganjur mengumpulkan jabatan-jabatan dan agensi dari 3 kementerian bagi mencapai objektifnya. Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk forum, ceramah dan pameran serta aktiviti di reruai. 2 pertandingan turut dilaksanakan bagi mencungkil bakat dan mengangkat karya-karya kreatif mereka untuk tatapan umum.

Antara aktiviti yang dijalankan
1. Forum : Autism Across The Lifespan : Ask The Expert. Panel : Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Pegawai Psikologi Klinikal dan Pegawai Terapi Carakerja

2. Taklimat berkenaan Perkhidmatan dan Pembangunan bagi OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

3. Taklimat berkenaan peluang latihan melalui Program Sijil Kemahiran/Sijil Khas Kemahiran (OKU) di Kolej Komuniti

4. Ceramah berkenaan penjagaan kesihatan gigi oleh Pakar Pergigian Keperluan Khas

5. Pertandingan seni kreatif dengan tema "Shine In Your Own Way" dan Pertandingan Penghasilan Video dengan tajuk "Bakat Istimewa, Potensi Luar Biasa"

6. Pameran reruai dari MENTARI Tawau, Jabatan Dietetik & Sajian, Jabatan Pemulihan Carakerja, Kolej Komuniti Tawau, Unit Audiologi dan Terapi Pertuturan, Jabatan Pergigian Keperluan Khas, Pusat Autisme Sabah (PAUS) Cawangan Tawau dan 4 Sekolah Menengah PPKI di sekitar Tawau. Pameran memberi fokus kepada perkhidmatan dan intervensi yang tersedia, informasi dan pendidikan berkenaan penjagaan kesihatan seeta pilihan dan peluang pendidikan bagi individu autisme dari peringkat sekolah hingga kolej.

Diharapkan program yang dilaksanakan memberi manfaat kepada masyarakat dan memperkukuhkan kerjasama antara jabatan-jabatan yang terlibat sekaligus menambahbaik standard dalam memberi perkhidmatan kepada anak-anak autisme.

๐Ÿ“ข Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa *Program Mentari Got Talent 2.0* kini kemba...
04/11/2025

๐Ÿ“ข Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa *Program Mentari Got Talent 2.0* kini kembali dan dibuka untuk penyertaan kepada pesakit Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental.

โšก๏ธJangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini. Serlahkan kreativiti anda!

๐ŸŽญ Kategori penyertaan bebas :
-Nyanyian & Muzik
-Tarian & Persembahan Kreatif
-Lakonan, Puisi & Sajak
-Lain-lain

๐Ÿ“… Tarikh : 14 November 2025 (Jumaat)
๐ŸŒž Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat : Auditorium, Hospital Tawau
๐Ÿ† Hadiah menarik menanti para pemenang!

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Tawau akan menganjurkan program โ€œCarer Educational Programโ€ bagi tahun 2...
29/10/2025

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Tawau akan menganjurkan program โ€œCarer Educational Programโ€ bagi tahun 2025.
Dijemput para waris atau penjaga untuk datang memeriahkan program.
Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta pengetahuan berkaitan penjagaan pesakit.

Tarikh: 13 November 2025 (Khamis)
Masa: 8AM- 4.30PM
Tempat: Klinik Psikiatri 2 / Anjung Minda Hospital Tawau




[PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN KANVAS INSPIRASI]๐ŸŒฟ Tahniah kepada semua pemenang Kanvas Inspirasi! ๐ŸŒฟSetinggi-tinggi pe...
06/10/2025

[PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN KANVAS INSPIRASI]

๐ŸŒฟ Tahniah kepada semua pemenang Kanvas Inspirasi! ๐ŸŒฟ

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua peserta yang telah berkongsi karya dan suara hati masing-masing. Setiap karya membawa mesej harapan, kekuatan dan empati yang menggambarkan betapa pentingnya kita saling menyokong dalam perjalanan kesihatan mental ๐Ÿ’ซ

Sempena Minggu Kesedaran Kesihatan Mental yang berlangsung minggu ini, ayuh kita teruskan semangat ini bersama untuk memahami, menghargai dan menjaga antara satu sama lain ๐Ÿ’š

Penyampaian hadiah akan diadakan semasa Majlis Penutup Minggu Kesedaran Kesihatan Mental nanti. Jom kita raikan bersama! ๐ŸŽจโœจ

[MINGGU KESIHATAN MENTAL 2025]๐Ÿ—“๏ธTarikh: 6 โ€“ 10 Okt 2025โฐMasa: 9am -12.30pm๐Ÿ“Tempat: Tingkat 2, Hospital Baru Tawau dan Au...
30/09/2025

[MINGGU KESIHATAN MENTAL 2025]

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 6 โ€“ 10 Okt 2025
โฐMasa: 9am -12.30pm
๐Ÿ“Tempat: Tingkat 2, Hospital Baru Tawau dan Auditorium Hospital Baru Tawau

Jom sertai kami untuk pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Kesihatan Mental! ๐Ÿ’šโœจ

๐Ÿ‘‰Saringan Kesihatan Minda Percuma ๐Ÿง 
๐Ÿ‘‰Kuiz Mini & Mini Indoor Games๐Ÿงฉ
๐Ÿ‘‰Aktiviti Mewarna ๐ŸŽจ
๐Ÿ‘‰ Lucky Draw ๐ŸŽ
๐Ÿ‘‰Tree of Hope & Photobooth๐ŸŒณ๐Ÿ“ท
๐Ÿ‘‰ Jualan MENTARI dan pelbagai booth menarik menanti anda! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ’ฅ Nantikan acara penyampaian hadiah untuk Pertandingan Kanvas Inspirasi di Majlis Penutup Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2025!

๐Ÿ’ฌ Mari bersama kita sebarkan kesedaran, pupuk harapan dan menyokong kesejahteraan mental masyarakat.

๐ŸŒŸ Minggu Kesihatan Mental 2025 ๐ŸŒŸ๐Ÿ—“๏ธTarikh: 6 โ€“ 10 Oktober 2025๐Ÿ“Tempat: Tingkat 2, Hospital Baru TawauJom sertai kami untu...
25/09/2025

๐ŸŒŸ Minggu Kesihatan Mental 2025 ๐ŸŒŸ

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 6 โ€“ 10 Oktober 2025
๐Ÿ“Tempat: Tingkat 2, Hospital Baru Tawau

Jom sertai kami untuk pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Kesihatan Mental! ๐Ÿ’šโœจ
๐Ÿ‘‰ Saringan Minda Percuma
๐Ÿ‘‰ Kuiz Mini & Aktiviti Mewarna ๐ŸŽจ
๐Ÿ‘‰ Pameran Kesihatan Mental ๐Ÿง 
๐Ÿ‘‰ Tree of Hope & Kanvas Inspirasi ๐ŸŒณ๐Ÿ’ก
๐Ÿ‘‰ Jualan MENTARI dan booth-booth menarik menanti anda! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ’ฅ Nantikan acara penyampaian hadiah di Majlis Penutup Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2025!

๐Ÿ’ฌ Mari bersama kita sebarkan kesedaran, pupuk harapan dan menyokong kesejahteraan mental masyarakat.

[PERTANDINGAN KANVAS INSPIRASI SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2025]Jom sertai pelbagai pertandingan menarik yg di...
26/08/2025

[PERTANDINGAN KANVAS INSPIRASI SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2025]

Jom sertai pelbagai pertandingan menarik yg diadakan sepanjang Minggu Kesedaran sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025! ๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berkarya, berkongsi inspirasi, dan menonjolkan bakat anda.

๐Ÿ“Œ Kategori Pertandingan:
๐ŸŽจ Pertandingan Poster
๐Ÿ–Œ๏ธ Pertandingan Cerpen/ Puisi
๐Ÿ“ธ Pertandingan Fotografi
๐ŸŽฅ Pertandingan Videografi

๐Ÿ† Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang.
(1๏ธโƒฃ, 2๏ธโƒฃ, 3๏ธโƒฃ & saguhati)!

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh akhir penyertaan: 26 September 2025

๐Ÿ… Penyampaian hadiah akan diadakan pada Majlis Penutup Minggu Kesedaran sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, 10 Oktober 2025.

โœจ Sertai sekarang & jadilah sebahagian daripada kempen ini bersama kami.

๐Ÿ‘‰ Untuk maklumat lanjut & cara penyertaan: https://forms.gle/UcSsvYQoNpx2bxSM6

Ceria mushroom merupakan salah satu bentuk program pemulihan@ rehabilitasi yang diberikan kepada pesakit psikiatri sebag...
27/05/2025

Ceria mushroom merupakan salah satu bentuk program pemulihan@ rehabilitasi yang diberikan kepada pesakit psikiatri sebagai satu inisiatif "Employement transition programme" yang dapat membantu mereka untuk persediaan kembali ke komuniti dan beri manfaat kepada masyarakat.

Pada 25/4/2025 yang lalu rumah cendawan Mentari ceria mushroom telah dirasmikan oleh Puan Pengarah Hospital Tawau Dr Norlimah Arsad bagi menjayakan lagi program Mentari Tawau ini.



Consistent Support and Teamwork from MENTARI TAWAU  ๐Ÿคœ๐Ÿผ๐Ÿค›๐Ÿผ
23/01/2025

Consistent Support and Teamwork from MENTARI TAWAU ๐Ÿคœ๐Ÿผ๐Ÿค›๐Ÿผ

Program Kursus Membuat Roti dan Kek MENTARI TAWAU ๐Ÿฅง๐ŸฅŸ๐Ÿฐ๐Ÿฉ๐ŸชPogram ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar kep...
23/01/2025

Program Kursus Membuat Roti dan Kek MENTARI TAWAU ๐Ÿฅง๐ŸฅŸ๐Ÿฐ๐Ÿฉ๐Ÿช

Pogram ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pesakit MENTARI Tawau tentang proses pembuatan roti.

Ini kerana memasak (termasuk pembuatan roti dan kek) adalah satu proses yang melibatkan integrasi proses kognitif, fizikal dan psikososial.

Selain itu , aktiviti ini adalah satu intervensi yang boleh membantu meningkatkan harga diri dan keyakinan diri, minda yang positif dan pergaulan yang lebih baik.

Selain menambah kemahiran, kursus ini juga memberi peluang kepada pesakit untuk belajar berniaga dengan menggunakan kemahiran yang mereka perolehi daripada kursus ini.

Akhir sekali , ia meningkatkan kualiti hidup pesakit serta membantu mereka kembali ke dalam komuniti.

Slide hingga akhir okay



Mentari Tawau menerima Jemputan daripada IPGM Kampus Tawau bagi menjayakan "Program Kesihatan Mental tanggungjawab bersa...
22/01/2025

Mentari Tawau menerima Jemputan daripada IPGM Kampus Tawau bagi menjayakan "Program Kesihatan Mental tanggungjawab bersama" pada 13 Jan 2025 lalu dimana perkongsian berkenaan info-info kesihatan mental serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di Mentari Tawau di kalangan pendidik IPGM Kampus Tawau.



MENTARI MALAYSIA

Address

Department Of Psychiatry And Mental Health, Hospital Tawau
Tawau
91007

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 12:00
12:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 12:00
12:30 - 17:00

Telephone

+60198558353

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mentari Tawau:

Share