
06/02/2024
Masih ramai yang salah faham tentang FARAID...
Faraid merupakan step terakhir dalam pengurusan harta pusaka.. bukan yang terawal..
1️⃣Jika si mati masih ada hutang, wajib keatas waris faraid untuk melangsaikan hutang2 si mati terlebih dahulu dengan menggunakan harta pusaka si mati.
2️⃣Jangan marahkan waris yang nak uruskan harta pusaka dengan segera. Tiada istilah tanah kubur masih merah lagi. Harta pusaka perlu diuruskan dengan sesegera yang boleh supaya tak berlaku waris berlapis..
3️⃣Apa itu waris berlapis? Waris berlapis bermaksud ada penambahan waris lain dalam proses pembahagian harta pusaka.. makin bertambah waris, makin banyak halangan dan cbaran yang perlu ditempuh. Yang sepatutnya 5 orang, dah jadi 12 orang yg berhak keatas harta pusaka si mati.
Sebab itu, merujuk pada statistik sekarang, proses pengurusan harta pusaka ni akan ambil masa melebihi 5-7 tahun lamanya..
Setiap orang perlu tahu ini...waris UTAMA Faraid anda adalah:
1. Suami/Isteri
2. Ayah
3. Ibu
4. Anak Lelaki
5. Anak Perempuan
Jika Ayah atau Ibu anda meninggal selepas anda meninggal, sedangkan harta pusaka anda belum selesai diuruskan, waris faraid akan bertambah lagi dengan melibatkan pembahagian faraid kepada adik beradik anda.
Sebab itu pengurusan harta pusaka perlu di-SEGERAKAN...
Satu lagii kena ingattt.... FARAID dulu, baru MUAFAKAT.. !! Jangan belakangi hukum Allah..
HARTA UNTUK DIWARISI... BUKAN UNTUK DITANGISI...