Bekam Al-Zahran

Bekam Al-Zahran Mari saya bantu anda mengekalkan kesihatan dan kesegaran badan melalui rawatan bekam.

Semoga amalan sunnah ini memberi keberkatan dan kenikmatan untuk memudahkan urusan ibadah di dunia yang sementara ini.

Masalah ASID REFLUK dan GERD1. MINUM AIR KELAPAMenurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Biochemistry an...
13/02/2025

Masalah ASID REFLUK dan GERD

1. MINUM AIR KELAPA
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition, asid refluk dan penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) mungkin disebabkan oleh keradangan pada sistem penghadaman.

Air kelapa TANPA GULA boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan GERD.
Ini kerana minuman ini kaya potassium.

Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks.

Potasium juga tinggi dalam kelapa muda berbanding kelapa tua.

2. MINUM AIR TEBU
Kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu bantu atasi masalah GERD.

Kajian ini diterbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2020.

Hasil kajian menunjukkan 22 orang yang minum air tebu setiap hari menunjukkan pengurangan ketara pedih ulu hati dan pengurangan gejala GERD.

3. MINUM AIR KUNYIT
Menurut kajian pada tahun 2007, penyakit GERD mungkin disebabkan oleh keradangan. Kunyit dikatakan mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang dan boleh melegakan GERD.

4. KURANGKAN MINUM KOPI
Beberapa kajian menunjukkan meminum kopi berlebihan boleh menyebabkan pelepasan asid gastrik. Rembesan asid gastrik selanjutnya boleh menyebabkan berlakunya refluks, pedih ulu hati dan GERD

Dr Suri Roowi Ph.D KMN
Principal Scientist
Foto: herzindagi

Kredit : Dr Suri Roowi

🩺 Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bac...
13/02/2025

🩺 Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.

07/02/2025

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW

Nabi Saw bersabda
“Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga.”

PERINTAH BERBEKAM

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM ?

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari , baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit.

Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Ia akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)

WAKTU BERBEKAM

Berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan hijiriah mengikut kajian para ulama seperti Ibnu Sina kerana ketika ini, darah toksik berhimpun di dalam badan. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”
(Shahih Sunan Abu Dawud - II/732, karya Imam al-Albani)

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.”
(Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani -II/204)

27/06/2024

[BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW]

KELEBIHAN BERBEKAM UNTUK DARAH TINGGI

1) Melancarkan Peredaran Darah
Bekam membantu melancarkan peredaran darah dengan mengeluarkan darah kotor atau toksin dari badan. Ini boleh membantu menurunkan tekanan pada dinding arteri dan seterusnya mengurangkan tekanan darah.

2) Mengurangkan Stres
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi adalah stres. Bekam dipercayai dapat merangsang sistem saraf parasimpatetik, yang membantu badan berehat dan mengurangkan tahap stres. Pengurangan stres ini secara tidak langsung membantu menurunkan tekanan darah.

3) Menurunkan Kadar Kolesterol
Bekam juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Kolesterol yang tinggi adalah salah satu punca utama tekanan darah tinggi. Dengan mengurangkan kolesterol, risiko penyumbatan arteri juga dapat dikurangkan, seterusnya mengawal tekanan darah.

4) Meningkatkan Fungsi Sistem Imun
Bekam merangsang sistem imun tubuh, membantu badan melawan penyakit dan keradangan. Keradangan kronik adalah salah satu penyebab tekanan darah tinggi, jadi mengurangkan keradangan dapat membantu menstabilkan tekanan darah.

5) Mengurangkan Ketegangan Otot dan Sakit
Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan ketegangan otot dan sakit kepala. Bekam dapat membantu melegakan ketegangan ini, mengurangkan sakit, dan memberi kesan positif kepada tekanan darah.

Kesimpulan
Walaupun bekam mempunyai banyak kelebihan, penting untuk mendapatkan rawatan daripada pengamal yang bertauliah dan berpengalaman. Juga, bekam tidak seharusnya menggantikan rawatan perubatan moden, tetapi boleh digunakan sebagai terapi tambahan.

Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, adalah penting untuk berunding dengan doktor sebelum mencuba sebarang rawatan alternatif. Dengan pendekatan yang betul, bekam dapat menjadi salah satu cara efektif untuk membantu mengurus dan mengawal tekanan darah tinggi, sambil meningkatkan kesejahteraan keseluruhan.

7 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi dalam Darah
16/06/2024

7 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi dalam Darah

7 tanda-tanda kolesterol tinggi dalam darah.

Address

Telok Panglima Garang
42500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Al-Zahran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bekam Al-Zahran:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram