17/12/2024
(PERKONGSIAN KISAH SEBENAR)
**Gangguan Malam: Warisan Keturunan Yang Mengikat Janji**
Tak semua yang diwarisi itu menyenangkan.
Tak semua yang diwarisi itu diperlukan.
Azmi (bukan nama sebenar) tiap-tiap malam tidur tak lena. Rasa dada berat, susah bernafas. Dirasakan seperti ada orang di atas badannya. Seluruh tubuh tak boleh digerakkan, hanya jari jemari sahaja yang mampu digerakkan.
"Allah, Allah, Allah"
Azmi mula membaca ayat Qursi.
Sambil berzikir.
Dan akhirnya bebadan pada badan Azmi mula rasa ringan.
Bukan malam itu sahaja dia kena.
Sudah 3 minggu.
Jumpa doktor pun sudah, Azmi khuatir kalau ada kaitan dengan darah tinggi, sakit jantung, tapi Alhamdulillah, dia sihat-sihat saja.
Isterinya Ana (juga bukan nama sebenar) hari-hari menadah telinga dengar luahan suaminya itu.
Nak tolong tapi tak tahu nak buat macam mana.
Atas nasihat kenalan mereka, Azmi bersama Ana datang berjumpa saya di Pusat Rawatan saya.
"Berapa lama dah jadi macam ni"?
"3 minggu dah Ust. Tak tahan dah ust. Hari-hari kena tindih. Tiap2 malam panggil nama saya. Masa solat pun dok rasa macam ada orang perhati je"
Takpelah, biar saya baca nama dulu.
Macam biasa, saya akan cek nama dahulu.
Dan,...
"SAKA ni."
"Mungkin dari tok saya tu ust." Gumam Azmi. "Saya selalu mimpi rumah lama tok saya."
"Terp**ang pada kamu nak buang atau tak. Sekarang dia duk kacau kamu tu sebab dia nak kenalkan diri je tu. Dia akan ganggu kamu sampai kamu terima dia. Macam paksa lah. Sekarang ni, kamu masih belum terima dia lagi."
"Ust, saya taknak sambung benda ni. Tolong saya ye"
"Kalau dah begitu kata kamu, baiklah."
.......
Seminggu berlalu...
"Ust, Alhamdulillah dah takde kena tindih lagi malam-malam. Solat pun tenang je."
"Alhamdulillah, ingat apa yang saya ajar. Amalkan"
"Faham ust. Cuma, masih ada yang perhatikan saya. Tapi lagi seram ust."
"Hah, apa benda p**ak"
"Isteri saya Ust, hahahaha"
"🙄 Tu pandai-pandai kamulah."
.................
Rawatan Islam Akedemistik Cawangan Perak
Ust Alang
019-552 5453