Jabatan Ortopedik Hospital Teluk Intan

Jabatan Ortopedik Hospital Teluk Intan Klinik Ortopedik Hospital Teluk Intan

06/05/2026

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.

Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak makan. Nak buka kasut. Nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari itu.

Tapi di zon sekolah, satu saat leka boleh jadi penamat kepada satu nyawa.

Kita selalu anggap depan sekolah itu tempat biasa. Tempat berhenti sekejap. Tempat reverse sekejap. Tempat turunkan anak cepat-cepat sebab lambat kerja.

Sebenarnya, depan sekolah ialah kawasan paling rapuh.

Anak kecil rendah. Kadang-kadang mereka berada di blind spot kenderaan. Mereka belum cukup matang untuk menilai kelajuan, jarak dan bahaya. Bila loceng balik berbunyi, kawasan sekolah jadi penuh dengan van, kereta, motosikal, ibu bapa, pengawal, penjaja dan murid yang bergerak serentak.

Sebab itu zon sekolah bukan tempat untuk berebut jalan.

Bukan tempat untuk marah-marah sebab kereta depan lambat.

Bukan tempat untuk “kejap je”.

Bukan tempat untuk tekan minyak sebab mahu cepat keluar.

Kalau bawa van, kereta atau motosikal di kawasan sekolah, perlahanlah walaupun tiada orang nampak. Berhenti betul-betul. Pandang kiri kanan. Periksa depan, belakang dan sisi kenderaan. Jangan bergantung pada cermin sahaja.

Anak orang bukan kon, bukan halangan jalan, bukan bayang-bayang kecil yang boleh kita abaikan.

Mereka adalah dunia seseorang.

Hari ini mungkin kita cuma terlambat 5 minit.

Tapi ada keluarga yang mungkin kehilangan sepanjang hayat.

06/05/2026

Selamat pagi!

Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan dibuka seperti biasa sepanjang minggu ini.

📍Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
🗓️ Khamis, 7 Mei 2026
🕒 9.00 pagi - 2.00 petang

📍Bangunan Persatuan Amal dan Akhlak Che Pei Kok, Taman Ria, Sekinchan
https://maps.app.goo.gl/GyuFqgmLSxyKwq8s8?g_st=ac
🗓️ Ahad, 10 Mei 2026
🕒 9.00 pagi - 2.00 petang

Kami menjemput anda untuk tampil sebagai wira dengan menderma darah. Setiap titisan amat bermakna untuk mereka yang memerlukan

03/05/2026

Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

Big shout out to my newest top fans! 💎Lieza Haron, Nasrul Nizam, Mohd Sharifudin Said, Al HassanDrop a comment to welcom...
03/05/2026

Big shout out to my newest top fans! 💎

Lieza Haron, Nasrul Nizam, Mohd Sharifudin Said, Al Hassan

Drop a comment to welcome them to our community, fans

Big thanks toNasrul Nizamfor all of your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!
03/05/2026

Big thanks to

Nasrul Nizam

for all of your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!

01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026

“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”

Bersama kita terus berbakti demi kesejahteraan masyarakat dan negara tercinta

Ikhlas daripada,

Pengurusan Hospital Teluk Intan

01/05/2026

Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan.

❗️Stres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan, mengganggu perasaan, produktiviti, perhubungan dan kualiti hidup.

❤️Ayuh ikuti kaedah 10B untuk tangani stres. Anda juga boleh hubungi Talian HEAL di 15555 untuk dapatkan perkhidmatan tele-kaunseling dan sokongan psikososial.

01/05/2026

Kuih-muih adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan kuih muih yang manis dengan kerap boleh menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan meningkatkan berat badan berlebihan dan risiko diabetes.

Orang ramai disarankan untuk menghadkan pengambilan kuih muih yang manis dalam makanan harian bagi mencegah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan kegemukkan.

Misi Bermula....
30/04/2026

Misi Bermula....

30/04/2026

Address

Klinik Pakar Ortopedik, Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 12:00

Telephone

+6056298634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Ortopedik Hospital Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share