Shaklee Teluk Intan & Hutan Melintang, Perak - 0125032978

Shaklee Teluk Intan & Hutan Melintang, Perak - 0125032978 Shaklee Terbaik. Sihat dengan Shaklee. Blog: http://fizahsahin.blogspot.com
Fb: Fizah Sahin
Order: pm | whats app 0125032978

Fb: Fizah Sahin
order: pm | whats app 0125032978

SHAKLEE ID : 1108966
COD area Teluk Intan, Simpang 4, Hutan Melintang, Bagan Datoh
PosLaju seluruh Malaysia.

Kolonoskopi : Apa Yang Anda Perlu Tahu – Dr Lam Yeaw FahApabila anda mengalami sakit perut, pendarahan dubur atau cirit ...
07/05/2019

Kolonoskopi : Apa Yang Anda Perlu Tahu – Dr Lam Yeaw Fah

Apabila anda mengalami sakit perut, pendarahan dubur atau cirit birit untuk jangka masa yang lama anda akan berjumpa dengan gastro-enterologis. Anda akan disarankan menjalani kolonoskopi untuk menentukan penyebab gejala yang dihidapi. Mungkin ramai yang pernah mengalami situasi ini dan musykil jika ia benar-benar perlu untuk menjalani kolonoskopi. Adakah ini satu prosedur yang lebih memanfaatkan doktor daripada pesakit?

Apa itu kolonoskopi?

Kolonoskopi adalah prosedur di mana kabel gentian optik yang dipasangkan kamera pada hujungnya dimasukkan ke dalam usus besar. Ini membolehkan doktor melihat keadaan dalam usus dan mengenalpasti diagnosis. Pada sesi yang sama, sebarang ujian atau prosedur lanjut yang diperlukan boleh diteruskan.

Apakah syarat-syarat mengharuskan kolonoskopi?

Terdapat pelbagai sebab mengapa pesakit perlu menjalani kolonoskopi. Di antaranya ialah perubahan pada tabiat pembuangan air besar seperti cirit birit untuk masa yang lama, sembelit, pendarahan atau lendir pada najis, sakit di abdomen dan bengkak ketara di bahagian perut. Tanda-tanda ini menunjukkan kemungkinan pesakit mengalami radang usus, ketumbuhan kecil dalam usus besar atau pun barah usus. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk pesakit menjalani kolonoskopi supaya diagnosis yang tepat boleh dibuat.

Apakah persiapan yang perlu dibuat sebelum menjalani kolonoskopi?

Perlu diketahui bahawa usus besar dipenuhi najis. Oleh sebab itu, pesakit perlu membersihkan usus daripada najis sebelum kabel gentian optik boleh dimasukkan untuk mendapatkan imej yang jelas dalam usus besar. Ini dinamakan sebagai persediaan usus. Pesakit diminta tidak mengambil makanan berserat seperti sayuran, daging atau makanan berasaskan protein, sehari sebelum prosedur. Makan hanya bubur, air, dan jus tanpa serat sebelum ubat pembersihan usus. Kaedah biasa untuk membersihkan usus adalah menggunakan larutan sodium phosphate (Fleet®, colclean®), larutan macrogol (Fortran®). Selepas minum larutan tersebut, pesakit akan mengalami pergerakan usus dalam 30-60 minit. Dinasihatkan supaya mengambil larutan tersebut mengikut arahan. Apabila sisa perkumuhan dalam usus telah dibersihkan dan tinggal hanyalah kandungan berair tanpa mendapan pejal barulah usus boleh menjalani kolonoskopi.

Adakah prosedur tersebut menyakitkan? Adakah saya akan merana?

Prosedur ini sesuatu yang biasa dijalankan pada masa kini berbanding 10 tahun yang lalu apabila prosedur-prosedur perubatan masih dalam peringkat awal. Dengan kemajuan alat-alat perubatan, perkembangan prosedur kolonoskopi lebih selesa dan para doktor telah mendapat latihan yang lebih baik untuk menjalankan prosedur tersebut; kadar ketidakselesaan adalah minima. Dibantu ubat pelali yang diberikan ketika prosedur, pesakit tidak akan merasakan atau mengingati apa-apa yang berlaku ketika prosedur tersebut dijalankan. Ketika permulaan, pesakit dipindahkan ke suite endoskopi di mana semua peralatan perubatan yang diperlukan disediakan. Pesakit dibaringkan atas katil endoskopi dan pemantauan tanda-tanda penting dijalankan. Ubat pelali diberikan untuk menenangkan pesakit dalam keadaan tidak sedar diri. Selepas itu barulah prosedur akan dimulakan. Setelah selesai, pesakit tidak akan mengingati apa-apa yang berlaku sepanjang prosedur..

Apakah yang akan dilakukan doktor ketika prosedur?

Kolonoskopi secara ringkasnya adalah memasukkan kabel gentian optik kedalam usus besar. Dengan bantuan lensa kamera di hujung kabel, doktor boleh melihat imej bahagian dalam usus pada skrin monitor. Penglihatan secara langsung membolehkan seluruh bahagian usus besar digambarkan.

Prosedur terbahagi kepada dua jenis :

Diagnostik – prosedur di mana doktor hanya membuat penggambaran seluruh bahagian usus besar dan membuat pengenalan penyakit berdasarkan pemerhatian dalam usus besar misalnya barah usus, penyakit radang usus, kolitis dan sebagainya.

Terapeutik – prosedur tambahan ketika kolonoskopi diagnostik dijalankan. Apabila ketumbuhan dijumpai dalam usus besar seperti polip kolon, doktor boleh menjalankan pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut ketika kolonoskopi. Ini dipanggil pembedahan buang polip atau polypectomy. Begitu juga dengan ketumbuhan dalam usus besar yang disyaki sebagai barah, pada sesi yang sama doktor akan melakukan biopsi sampel ketumbuhan tersebut dan menghantarnya untuk pemeriksaan histopatologi untuk mengesahkan barah usus besar.

Dengan prosedur terapi sedia ada, ketumbuhan awal dalam usus boleh dikenalpasti dan dibuang. Prosedur ini membolehkan pesakit mendapatkan rawatan awal untuk mengelakkan ketumbuhan tersebut berlarutan menjadi barah.

Apakah bahaya atau senario paling buruk untuk prosedur kolonoskopi?

Semua prosedur mempunyai kadar risiko tertentu berlakunya komplikasi. Kolonskopi adalah sama dan komplikasi tidak dapat dielakkan. Sekiranya kolonoskopi dijalankan oleh pakar yang berpengalaman, risikonya adalan rendah.

Komplikasi mungkin hanya rasa tidak selesa disebabkan kembung perut kerana udara terperangkap dalam usus besar, rasa sakit, dan ketidak selesaan abdomen. Ini adalah komplikasi kecil yang boleh pulih dengan sendirinya. Risiko terbesar adalah pendarahan usus besar menyusuli trauma dari prosedur, dinding usus besar luka selepas apa-apa prosedur seperti pembedahan buang polip, rasa kembung perut kerana udara terperangkap dalam usus, rasa sakit, dan ketidak selesaan abdomen. Risiko-risiko besar akan memerlukan pembedahan susulan. Kadar risiko dinding usus koyak adalah dalam 0.35%-2.30%.

Berapa kerap perlu saya jalani kolonoskopi?

Sebab-sebab perlunya kolonoskopi telah dinyatakan di atas. Selepas selesai menjalani prosedur, kebanyakan pesakit akan bertanyakan kekerapan kolonoskopi diulang. Ramai bimbang jika ketumbuhan itu akan datang semula. Kekerapan atau tempoh kolonoskopi diulang bergantung pada pemerhatian terhadapketumbuhan yang mula-mula dijumpai. Jika ketumbuhan tersebut menunjukkan perubahan malignan (displasia parah) dari laporan histopatologi, pesakit akan diminta datang semula setiap enam bulan untuk pepemiksaan susulan bagi mengetahui sama ada ketumbuhan berulang semula selepas pembedahan buang polip (polypectomy).

Jika ketumbuhan itu tidak berubah dan berisiko rendah untuk barah, skop ulangan akan dilakukan selepas satu tahun. Jika penemuan skop itu normal, pesakit dianggap normal sehingga 3 tahun jika tiada gejala baru timbul.

Prosedur kolonoskopi adalah prosedur biasa yang dijalankan di hospital. Hasil perkembangan dan kemajuan peralatan perubatan, prosedur ini kini lebih selamat dan cekap. Terdapat juga pusat diagnostik yang menawarkan khidmat ini kepada orang awam. Anda harus ingat bahawa setiap prosedur yang dijalankan ke atas pesakit mempunyai risiko-risiko tertentu. Anda perlu pilih pusat yang menawarkan khidmat tersebut yang juga berupaya mengendalikan komplikasi-komplikasi selepas kolonoskopi. Pusat-pusat ini mungkin juga lebih mahal tetapi keselamatan perlu lebih diutamakan berbanding kos.

Copy & paste

24/03/2019

PANDUAN DIET SELEPAS PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY/LAPAROTOMY

1-7 hari selepas pembedahan

1. Kebanyakan pesakit lebih mudah menerima makanan lembut jadi anda boleh makan makanan seperti;

Bubur Nasi / Nasi Lembik di makan dengan sup
Lauk; Ayam yang dipotong kecil-kecil ataupun ikan
Oat masak
Karot/Kentang Lenyek
Sayur-sayuran yang direbus
Buah-buahan lembut seperti pisang dan betik (Ini juga bagus kalau nak elak sembelit)

2. Anda mungkin tidak mampu menerima jumlah makanan yang banyak sekaligus. Jadi prinsip kita ialah,

Hidangan sedikit dan kerap a.k.a small and frequent meal
Cuba dahulu habiskan satu mangkuk saiz kecil (200 ml) dan kalau boleh habiskan dua mangkuk, itu lebih baik
3 hidangan utama semasa Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam
3 snek antara waktu senggang. Minum susu ataupun roti dan biskut yang dicicah dengan minuman
Sebaik sahaja rasa kenyang dan perut dah penuh, Berhenti makan.

3. Minum air cukup
Keperluan air bagi wanita berat 60 kg ialah lebih kurang 1800 ml - 2400 ml
Air kosong lebih digalakkan
Air yang diambil termasuklah kalau kita makan makanan bersup dan air yang terkandung dalam buah-buahan
Tapi kebanyakan masa, kita hanya akan tidur sahaja sebab rasa badan lemah.

8 - 30 hari selepas pembedahan

Tiada pantang khas selepas pembedahan. Kebanyakan masyarakat Melayu percaya untuk mengelak beberapa jenis protein untuk mengelak nanah ataupun mengelak luka lambat sembuh. Kepercayaan ini adalah salah kerana nanah ialah petanda jangkitan yang mungkin berpunca daripada kegagalan badan melawan jangkitan kerana pemakanan yang tidak seimbang.

Protein adalah nutrien PALING PENTING dalam penyembuhan luka selepas pembedahan. Jadi kita kena juga makan makanan sumber protein.

Ayam. Makan ayam bahagian isi. Buang kulit dan elakkan ayam goreng
Daging pun sama. Buang bahagian lemak. Pastikan daging dimasak empuk dan mudah dikunyah.
Telur. Telur putih ialah protein. Jadi makan telur putih dan asingkan telur kuning yang mengandungi kolesterol
Ikan.
Makanan Laut. Boleh juga kalau nak makan udang, ketam atau sotong. 1 kali sebulan.
Hasil Soya. Tempe, tofu, dan tauhu juga merupakan sumber protein yang boleh membantu proses penyembuhan luka.
Contoh Menu Makan Tengahari/Makan Malam

Nasi 1 cawan @ Bubur Nasi 2 cawan
Ikan (sebarang jenis ikan pun boleh) kukus halia
Tofu masak sos tiram
Sup sayur
Betik 1 potong

Air Masak

Pendek kata, pastikan anda makan makanan seimbang dan pelbagai. Banyakkan berehat dan nikmati MC yang doktor bagi.

Yang ditunggu setelah lama menghilang muncul kembali😉*ZINC COMPLEX*( 120 kapsul )*Menghalang rambut gugur*Meningkatkan s...
29/09/2018

Yang ditunggu setelah lama menghilang muncul kembali😉

*ZINC COMPLEX*
( 120 kapsul )
*Menghalang rambut gugur
*Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan luka dan masalah jeragat
* Ekzema orang dewasa
*Kesihatan prostat
*Meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ
*Mengawal selera makan / penurunan berat badan
*Mengawal kencing manis, stress dan buta malam

Akak restok Shaklee hari ini...cust cust akak tunggu akak balik teluk intan ye😉
24/08/2018

Akak restok Shaklee hari ini...cust cust akak tunggu akak balik teluk intan ye😉

*VIVIX*( 150 ml )*Untuk kanser (diambil selepas berhenti dari kemoterapi)*Penemuan hebat anti-penuaan selular*Melindungi...
14/04/2018

*VIVIX*
( 150 ml )
*Untuk kanser (diambil selepas berhenti dari kemoterapi)
*Penemuan hebat anti-penuaan selular
*Melindungi dan memperbaiki sel DNA
*Meningkatkan jangka hayat selular
*Anti-kanser, anti-oksiden dan anti-inflamasi
*Melindungi daripada penyakit jantung
*Untuk kencing manis, cyst, darah tinggi, jantung, alergi, turunkan berat badan, hilangkan ketagihan merokok, kawal stress, bagi tenaga
===================================== =
Untuk DETAIL , INFO & KONSULTASI PERCUMA ,
Anda boleh WHATSAPP Fza
☎ 0125032978 FIZAH SAHIN
✿ LINK BLOG : http://fizahsahin.blogspot.com
=====================================

☺ ‪PERHATIAN‬- TOLONG SHARE/TAG PADA SAUDARA2 & RAKAN2 YANG MEMERLUKAN, TQ.

*VITA-LEA IRON FORMULA*( 120 kapsul )*Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan daripada jangkitan*Membantu fungsi no...
14/04/2018

*VITA-LEA IRON FORMULA*
( 120 kapsul )
*Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan daripada jangkitan
*Membantu fungsi normal penghadaman dan selera makan
*Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
*Untuk kesihatan yang baik
*Untuk kesihatan tulang dan gigi
*Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah
===================================== =
Untuk DETAIL , INFO & KONSULTASI PERCUMA ,
Anda boleh WHATSAPP Fza
☎ 0125032978 FIZAH SAHIN
✿ LINK BLOG : http://fizahsahin.blogspot.com
=====================================

☺ ‪PERHATIAN‬- TOLONG SHARE/TAG PADA SAUDARA2 & RAKAN2 YANG MEMERLUKAN, TQ.

*OSTEMATRIX*( 120 kapsul )*Mengekalkan tekanan darah normal*Menolong pengecutan otot dan saraf*Mengurangkan simptom PMS:...
08/04/2018

*OSTEMATRIX*
( 120 kapsul )
*Mengekalkan tekanan darah normal
*Menolong pengecutan otot dan saraf
*Mengurangkan simptom PMS: kembung, kejang, bengkak air dan kemurungan
*Menguatkan tulang dan struktur terhadap sendi
*Membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi
===================================== =
Untuk DETAIL , INFO & KONSULTASI PERCUMA ,
Anda boleh WHATSAPP Fza
☎ 0125032978 FIZAH SAHIN
✿ LINK BLOG : http://fizahsahin.blogspot.com
=====================================

☺ ‪PERHATIAN‬- TOLONG SHARE/TAG PADA SAUDARA2 & RAKAN2 YANG MEMERLUKAN, TQ.

08/04/2018
*ESP*( 850 g )*Membekalkan tenaga*Menahan lapar*Mencegah penyakit jantung*Mencerahkan kulit*Sesuai untuk pesakit kencing...
08/04/2018

*ESP*
( 850 g )
*Membekalkan tenaga
*Menahan lapar
*Mencegah penyakit jantung
*Mencerahkan kulit
*Sesuai untuk pesakit kencing manis, anemia, berat badan berlebihan, kolestrol
*Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku & otot
*Penting untung kanak-kanak, ibu menyusukan anak, pantang, hamil, dan mereka sedang pulih daripada sakit
===================================== =
Untuk DETAIL , INFO & KONSULTASI PERCUMA ,
Anda boleh WHATSAPP Fza
☎ 0125032978 FIZAH SAHIN
✿ LINK BLOG : http://fizahsahin.blogspot.com
=====================================

☺ ‪PERHATIAN‬- TOLONG SHARE/TAG PADA SAUDARA2 & RAKAN2 YANG MEMERLUKAN, TQ.

Address

No 107, Lorong 5, Taman Desa Bernam Indah, Batu 10
Teluk Intan
36400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shaklee Teluk Intan & Hutan Melintang, Perak - 0125032978 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share