Tips Sihat Dan Cantik Untuk Ibu Menyusu, Mengandung & Berpantang

Tips Sihat Dan Cantik Untuk Ibu Menyusu, Mengandung & Berpantang makanan sunnah qaseh gold sebagai pilihan utama dalam untuk menyokong kesihatan ibu ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu dengan sihat Dan terbaik

π‘¬π’π’‚π’Œπ’Œπ’‚π’ π’Œπ’†π’”π’Šπ’π’‚π’‘π’‚π’ π’Œπ’†π’•π’Šπ’Œπ’‚ π’ƒπ’†π’“π’‘π’‚π’π’•π’‚π’π’ˆ 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 π’”π’†π’π’…π’Šπ’“π’Šβ—1. Tiada perancangan waktuSekiranya bangun di awal pagi, anda boleh m...
08/02/2022

π‘¬π’π’‚π’Œπ’Œπ’‚π’ π’Œπ’†π’”π’Šπ’π’‚π’‘π’‚π’ π’Œπ’†π’•π’Šπ’Œπ’‚ π’ƒπ’†π’“π’‘π’‚π’π’•π’‚π’π’ˆ 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 π’”π’†π’π’…π’Šπ’“π’Šβ—

1. Tiada perancangan waktu
Sekiranya bangun di awal pagi, anda boleh mempersiapkan beberapa tugas seperti mengurus diri, bersarapan sambil meminta suami untuk menguruskan anak sebentar. Dengan cara ini, anda mempunyai sedikit masa untuk diri sendiri.

2. Tidak mahu berbengkung
Bengkung dapat membantu melangsingkan semula badan serta mengecutkan rahim yang bengkak dan membantu menetapkan kedudukan peranakan daripada β€˜jatuh’. Ia juga memperbaiki postur badan, menghilangkan sakit belakang dan mempercepatkan keluar darah kotor.

3. Kurang minum air
Pengambilan air yang banyak membantu menghidratkan badan dan memberikan tenaga untuk si ibu.

4. Struggle siapkan kerja rumah
Minimakan tugas2 rumah dan lakukan yang perlu sahaja dan hanya sekali. Tugas2 berat elakkan buat untuk seketika.

5. Tidak memilih ubat dengan betul
Bagi yang pertama kali, cuba dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu dan lihat reaksi pada tubuh anda dan bayi. Jika semuanya bagus, barulah boleh diteruskan.

Berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang. Memilih untuk berpantang secara moden atau tradisional juga bergantung kepada anda cuma pastikan kesihatan dijaga dengan baik dan tidak stress.

Ada yang mencari set berpantang ke? Dengan Forever Living ni semuanya dah complete. Tinggal nak amalkan je. Apa yang ada...
08/02/2022

Ada yang mencari set berpantang ke? Dengan Forever Living ni semuanya dah complete. Tinggal nak amalkan je. Apa yang ada dengan set Berpantang Forever ni?


Aloe Vera Gel si botol kuning - mengelakkan sembelit dan melawaskan pembuangan lepas bersalin.

Aloe Berry Nectar si botol merah - melawaskan kencing dan mengelakkan kencing kotor serta untuk kesihatan rahim.

Absorbent C si vitamin C - membantu proses penyembuhan luka luar dan dalaman.

Forever Bee Honey si madu mentah 100% pure - Tidak dimasak, tidak ditapis dan tidak diproses bagi dikekalkan keaslian semulajadi geli raja dan debunganya. Ia membekalkan tenaga kepada ibu selepas bersalin, penyembuh luka, antibiotik, antioksida dan sebagainya termasuk demam selsema dan batuk sekali.


Berpantang dengan tenang bersama Forever ataupun hadiahkan set berpantang untuk yang tersayang sekarang!


Semua READY STOCK siap FREE GIFT lagi πŸ’›








BULU MATA PANJANG BERGANDA HANYA DENGAN SECALIT GEL DAUN LIDAH BUAYA
27/01/2021

BULU MATA PANJANG BERGANDA HANYA DENGAN SECALIT GEL DAUN LIDAH BUAYA

26/01/2021
RAHSIA KECANTIKAN KULIT ORANG KOREA / JEPUN. 1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga d...
24/01/2021

RAHSIA KECANTIKAN KULIT ORANG KOREA / JEPUN.

1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

2.Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcoholatau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut β€˜Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas Berkahwin. Kebanyakan wanita akan naik berat badannya secara mendadak selepas berka...
23/01/2021

4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas Berkahwin.

Kebanyakan wanita akan naik berat badannya secara mendadak selepas berkahwin. Perkara inilah ramai wanita tidak inginkan. Mereka ingin sentiasa tampil cantik dan langsing dihadapan suami tersayang. Malangnya ada beberapa perkara yang akan menyebabkan wanita bertambah berat badan selepas berkahwin.

1. Persiapan Perkahwinan
Bagi menempuhi hari bahagia ini, wanita akan diet dan tidak makan sebelum bersanding. Kerana itulah ramai wanita kelihatan cantik dan anggun pada hari persandingan mereka. Namun apa yang terjadi selepas hari persandingan mereka, mereka akan makan sebanyak yang mungkin bagi menggantikan apa yang sebelum ini.

2. Makan Bersama Suami
Mengikut kajian, lelaki lebih banyak makan berbanding wanita, tetapi berat badan lelaki susah untuk bertambah disebabkan mereka banyak melakukan pergerakan dan pekerjaan. Oleh yang demikian, mana mungkin si isteri ingin membiarkan suami makan seorang. Mesti hendak berteman.

3. Waktu Di Dapur
Ketika baru berkahwin, pasangan suami isteri lebih banyak menghabiskan waktu bersama untuk memasak didapur. Tidak mustahil bagi pasangan suami isteri naik berat badan pada waktu itu.

4. Kurang Bersenam
Selepas seharian penat mengurus rumah, wanita akan jadi malas untuk melakukan senaman. Disebabkan itulah wanita menjadi gemuk selepas berkahwin. Bagi yang berkemampuan, mereka mempunyai orang gaji sendiri.

P/s: Kepada wanita, buat persedian rapi sebelum berkahwin.
KERANA IA MENJADI NADI DAN TUNJANG DALAM MENJAGA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEHORMONIAN RUMAH TANGGA DAN MENGURUS DENGAN BAIK.

8 PETUA KULIT CANTIK YANG PERLU ANDA TAHU.1. TimunTimun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan...
22/01/2021

8 PETUA KULIT CANTIK YANG PERLU ANDA TAHU.

1. Timun

Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawatsunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.

Cara guna:
Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.

2. Teh Hijau

Anda s**a minum teh? Pernah cuba teh hijau?

Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.

Cara guna:
Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

3. Air beras

Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?

Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.

Cara guna:
Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu aje. Senang kan?

4.Kunyit

Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik danscrub muka.

Cara guna:
Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu dibahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. Karang tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning hehehe.

5. Arang

Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.

Cara guna:
Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan makan tau).

Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.

6. Minyak kelapa

Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan ? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.

Cara guna:
Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try lak ya. Karang ada yang digelar wanita minyak hehehe.

7. Oat

Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.

Cara guna:
Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tu masuk mulut lak.

8. Lidah buaya atau Aloa Vera

Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.

Cara guna:
Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah.

7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri, No 2 Tak Semua Lelaki Boleh Buat!Sikap lelaki ada ketikanya s**ar untuk didu...
22/01/2021

7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri,
No 2 Tak Semua Lelaki Boleh Buat!

Sikap lelaki ada ketikanya s**ar untuk diduga dan difahami. Bagi pasangan suami isteri, nilai kasih sayang amat perlu dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni.

Namun, sikap suami yang dianggap s**ar untuk menunjukkan rasa cinta pastinya membuatkan isteri mudah berkecil hati dan cepat merajuk. Ini kerana kebanyakan suami lebih gemar meluahkan rasa sayang dan cinta melalui bahasa tubuh malah secara indirectly.

Ingin tahu antara bahasa tubuh dan juga caraindirectly yang misteri sangat tu? Jom kita lihat.

1. MINTA NASIHAT ISTERI

Apabila suami meminta pendapat atau nasihat daripada isteri, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan memerlukan bimbingan anda. Untuk pengetahuan isteri, amat s**ar untuk seorang lelaki meminta pertolongan daripada seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri.

Jadi, jika suami anda memerlukan nasihat daripada anda, itu bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh isteri.

2. BELI BARANG KEPERLUAN RUMAH UNTUK ISTERI

Jika suami bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar-benar menyayangi anda. Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang?

Contohnya begini. Anda sering menyuruh suami membeli groceries semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata β€˜tidak’ kepada anda. Malah permintaan anda itu diterimanya dengan senang hati dan barang-barang yang dipesan dibeli dengan secukupnya. Sehinggalah satu hari anda mendapat tahu yang rupanya suami jenis lelaki yang tidak begitu gemar ke pasar raya, namun dia lakukan juga kerana dia menyayangi anda.

3. LEMPARKAN SENYUMAN MANIS

Masih ingat tak lagi senyuman yang diberikan suami saat pertama kali anda berdua bertemu? Bagaimana senyuman itu boleh memberi impak besar dalam hidup anda. Impak senyuman sama juga seperti memegang tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa untuk melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis anda berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan β€˜saya sayangkan kamu’ tanpa anda sedar.

4. JADI PENDENGAR SETIA

Majoriti wanita di dunia ini mempunyai banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Lelaki bersedia untuk duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda itu tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan. Percayalah, dia benar-benar menyayangi diri anda!

5. PEGANG TANGAN

Inilah tanda suami sayangkan isteri, kemesraan yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan β€˜saya sayang kamuβ€˜. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk sebuah cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan ke arah intim malah cara paling mudah untuk suami menunjukkan perasaan hatinya.

6. RINGAN TULANG

Walaupun penat pulang dari kerja, suami akan cuba membantu anda mengemas rumah, menjaga anak, selain membantu anda memasak. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa anda lakukan tanpa disuruh. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya kepada anda tetapi dengan pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya itu adalah salah satu cara untuknya menunjukkan yang dia ambil berat tentang anda.

7. IKHLAS BERIKAN SESUATU

Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian ataupun pandangan yang penuh dengan kasih syg. Apabila suami mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kes**aan anda dan mungkin juga tidak. Kata2 sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata2. Pandang tepat ke arah mata suami dan cuba selami hatinya. Anda akan mendapat jawapannya di situ.

Ada beberapa tip untuk ibu ibu yang masih baru dalam dunia ibu.Dekat sini kak min share kan beberapa tips antaranya iala...
14/12/2020

Ada beberapa tip untuk ibu ibu yang masih baru dalam dunia ibu.

Dekat sini kak min share kan beberapa tips antaranya ialah :

1. Beri bayi anda susu dengan kerap. Penyusuan dengan kedua-dua payudara.

βœ… Pastikan bayi anda menyusu dengan cukup lama.

βœ… Jangan ikut jadual penyusuan. Ikut isyarat bayi anda jika mereka dah lapar.

βœ… Kerap sus**an bayi anda pada waktu malam sebab penyusuan pada waktu malam akan menghasilkan lebih banyak susu.

βœ… Gunakan pam payudara sama ada pam letrik atau manual selepas sus**an bayi anda untuk pastikan yang payudara anda betul-betul kosong.

βœ… Teknik urutan payudara yang betul dapat membantu untuk melancarkan pengaliran susu.

βœ… Pastikan anda mengawal stress dengan baik kerana stress akan menganggu pengeluaran susu anda

βœ… Elakkan tidur meniarap supaya payudara anda tidak mengalami sebarang tekanan yang boleh menganggu pengeluaran susu anda

βœ… Elakkan menggunakan puting tiruan

βœ… Elakkan mengambil pil perancang ketika menyus**an bayi anda

βœ… Jangan merokok semasa hamil

βœ… Minum air banyak terutama sebelum penyusuan

βœ… Cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein

βœ… Makan diet yang sihat dengan protein yang banyak

βœ… Berbincang dengan doktor anda tentang prekripsi atau pengambilan supplement untuk meningkat penghasilan susu ibu



Masalah kulit kepala gatal ni memang kerap terjadi untuk kaum wanita.. mungkin juga faktor shampoo yang tidak serasi.. a...
11/12/2020

Masalah kulit kepala gatal ni memang kerap terjadi untuk kaum wanita.. mungkin juga faktor shampoo yang tidak serasi.. ataupun masalah kulit kepala sendiri.

Apa kata cuba amalkan beberapa petua untuk mengurangkan kulit kepala gatal..


1. Minyak Tea Tree

Selain minyak tea tree, syampu bayi diperlukan untuk menyembuhkan gatal di kulit kepala. Campuran setengah gelas syampu bayi dan 10-20 titik minyak tea tree boleh digunakan setiap hari untuk mencuci rambut.

Selain untuk syampu, 2-3 titis minyak tea tree yang dicampur dengan satu sudu makan minyak sayur adalah kombinasi tepat untuk mengurut kulit kepala yang gatal.

2. Garam

Agak pedih tapi boleh cuba dengan cara menaburkan garam di kulit kepala kemudian gosok secara halus, lalu diamkan sebentar. Selepas itu bilas dengan air hingga bersih.

3. Jus lemon

Dua sudu makan jus lemon adalah penyelesaian semula jadi untuk mengatasi kulit kepala yang gatal. Selepas urut pada kulit kepala, bilas dengan air.

Kemudian cuci lagi rambut dengan campuran segelas air dan satu sudu teh jus lemon. Aplikasikan setiap hari untuk hasil yang lebih maksimum.


4. Air Sejuk

Mencuci kepala dengan air panas akan membuat kulit kepala kering dan kemudian mengelupas. Dan mencuci kepala dengan air sejuk ini dapat mengembalikan kelembapan pada kulit kepala dan mengurangkan rasa gatal.


5. Minyak Jojoba

Selain melembapkan, minyak jojoba juga mampu mengurangkan sensasi gatal di kulit kepala.

Cukup lakukan urutan halus di kulit kepala dengan minyak jojoba seminggu sekali. Rasa gatal akan perlahan-lahan berkurang.


6. Lidah Buaya

Lidah buaya adalah resipi terkini yang boleh menyembuhkan gatal di kulit kepala.

Ambil bahagian dalam lidah buaya yang bentuknya seperti gel dan letakkan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya hingga bersih.

7. Air Putih

Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh meminum air putih minimum 8 gelas sehari.

Jika rutin meminum air dalam jumlah tersebut boleh menjaga rambut agar terhidrat sehingga boleh memperbaiki bahagian tubuh yang kering serta menghilangkan kulit kering yang gatal.

Address

Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 14:00

Telephone

+60125466172

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Sihat Dan Cantik Untuk Ibu Menyusu, Mengandung & Berpantang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tips Sihat Dan Cantik Untuk Ibu Menyusu, Mengandung & Berpantang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram