24/04/2026
Bukan Semua Cendawan Boleh Dimakan
Musim hujan dan keadaan lembap menyebabkan banyak cendawan tumbuh liar di halaman rumah, kebun dan kawasan sekitar. Namun, orang awam diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan rupa bentuk cendawan yang nampak โselamatโ atau seperti boleh dimakan, kerana ada antaranya sebenarnya beracun dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Jangan petik dan makan cendawan liar jika tidak pasti jenisnya.
Walaupun rupanya seakan-akan cendawan yang biasa dimakan, ia mungkin spesies berbahaya. Antara cendawan liar yang sering tersalah petik dan dimakan hingga menyebabkan keracunan ialah Chlorophyllum molybdites, iaitu sejenis cendawan beracun yang kerap dikaitkan dengan kejadian keracunan makanan.
Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak telah menerima notifikasi kes keracunan berkaitan pengambilan cendawan. Susulan itu, petugas PKD telah turun ke lapangan untuk menjalankan siasatan, mengambil sampel berkaitan untuk dihantar bagi tujuan pemeriksaan, dan cendawan yang masih terdapat di lokasi turut telah dimusnahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Keracunan akibat cendawan boleh menyebabkan gejala seperti muntah, cirit-birit, sakit perut, loya dan lemah badan. Jika anda atau ahli keluarga mengalami gejala selepas memakan cendawan liar, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
Ingat, tidak semua yang tumbuh liar itu selamat dimakan.
Jika tidak pasti, jangan petik, jangan masak, dan jangan makan.