12/08/2025
11 Ogos 2025
Dewan Auditorium, Kampus Utama UCYP University
&
Bilik Mesyuarat E1, Tingkat 2, Kompleks Yayasan Pahang.
AKE & Yayasan Pahang
Program Perkongsian Bersama Pelajar dan Perbincangan Kerjasama Antara AKE & UCYP, Yayasan Pahang.
Alhamdulillah,
Hampir 200 pelajar bidang pendidikan awal kanak-kanak dari UCYP University telah bersama AKE pada sesi pengenalan dan perkongsian yang bertajuk
βLittle Steps, Brighter Futures : Industry Insights in ECEβ.
Program ini memperkenal bakal graduan ECE tentang keadaan semasa dan bidang ECE dari sudut pandang pemain industri. Pengenalan dan pencerahan tentang dunia sebenar di dalam industri ini dilihat sebagai satu keperluan yang boleh membantu bakal graduan siap siaga dengan plan dan halatuju sebelum meninggalkan menara gading dan melangkah ke dunia industri yang sebenar. Alhamdulillah tugas yang diberikan, diterima dengan positif oleh semua bakal graduan dan dapat menyuntik semangat dan motivasi mereka untuk terus mempertingkat industri pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.
Pada sebelah petang,
Team AKE disambut baik oleh Team UCYP dan Team KYP Education Sdn Bhd dalam mesyuarat kerjasama dua hala di antara AKE & Yayasan Pahang.
Terima kasih
YH Prof Dato Dr Muhammad Fauzi Bin Mohd Zain
Vice Chansellor
Puan Norsazlina Binti Che Ghazali
GM, KYP Education
Prof Madya Ts Dr Mohd Hamisa Bin Abdul Hamid
Deputy VC (Academic)
Prof Madya Dr Tan Li Pin
Deputy VC (Research & Innovation)
Prof Madya Dr Ahmad Fared Bin Mohd Din
Deputy VC (Student Dev & Community Diplomacy)
Puan Rozita Binti Jusoh
Dean, Faculty of Education and General Studies
Puan Nor Afzan Nizan Binti Mohd Aris
Pengurus
Job Placement & Industrial Linkages Department
KYP Education SB
Alhamdulillah
Satu perbincangan yang menemukan titik persamaan dan sinergi dalam membangun dan mempertingkat martabat pendidikan awal kanak-kanak ke suatu tahap yang lebih tinggi. InsyaAllah kerjasama sama ini akan terus kekal berpanjangan dan penuh dengan impak dan hasil yang memberangsang kepada semua pihak.
AKE komited dan akan terus berjuang bersama-sama dengan rakan strategik untuk memacu dan memberi anjakan paradigma dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Together We Can!
AKE! Awesome!
East Coast are you ready?